DIY & Kraf

Geramnya Tengok Pokok Capsicum Montel! Rupanya Tanam Cara Campak Benih Dalam Pasu Je..

63
SHARES
capsicum hijau

Lada benggala atau lebih dikenali sebagai capsicum dalam Bahasa Inggeris merupakan salah satu jenis sayur yang sering digunakan dalam masakan. Bukan sahaja boleh dimakan secara mentah, ia juga mempunyai variasi warna iaitu capsicum hijau, kuning dan merah. Jangan risau, walaupun dipanggil sebagai lada namun rasanya tidak pedas!

Untuk anda yang suka menanam sayuran di rumah, boleh juga cuba menanam pokok lada benggala ini. Ada tips dan cara yang dikongsikan oleh Fakriyah Hanafi bagi mendapatkan pokok capsicum ini tumbuh dengan subur dan montel-montel.

Baca juga: Cara Paling Mudah Tanam Pokok Ketumbar Guna Biji Ketumbar, Nak Masak Petik Je!

CARA TANAM CAPSICUM HIJAU, KUNING DAN MERAH SUPAYA SUBUR ELOK

capsicum hijau

1. Beli capsicum segar di pasar, ambil bijinya (boleh rendam semalaman dan ambil biji yang tenggelam saja). Beli buah merah, jika nak hasil capsicum merah dan sebaliknya.

2. Lepas biji benih dalam bekas yang dialas dengan tisu. Saya letak tepi singki dapur saja. Periksa tisu kalau kering sembur air sikit. Tunggu hingga biji benih bercambah.

3. Bila dah bercambah, nampak ekor putih saya masuk dalam tray semaian atau pasu kecil. Siram dua kali sehari.

4. Bila dah ada 3-4 helai daun boleh alih ke pasu.

5. Saya guna tanah yang beli di nursery 6 in 1 tapi tambah dengan tanah yang harganya RM2.50 1 beg.

6. Penggunaan baja, masa sedia tanah, saya campurkan juga dengan tinja kambing. Bila dah naik pokok baru guna baja TPF dan baja sembur.

7. Bila buah sebesar syiling 50 sen balut buah untuk elak serangga perosak.

8. Capsicum ini saya tanam dalam pasu dan letak tepi rumah tapi masih kena cahaya, bila hujan kena tempias saja. Hasilnya montel-montel lada benggala semua!

capsicum hijau

*Selamat mencuba!

Baca juga: Teknik Tanam Taugeh Di Rumah Guna Bekas Plastik, Lepas 4 Hari Dah Boleh Tuai & Makan!

Sumber: Fakriyah Hanafi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×