Percutian

Nak Melancong Ke Jepun? Ini 14 Tips Untuk First Timer, Barulah Tak Terkapai-Kapai Di Sana!

69
SHARES
melancong ke jepun

Seronoknya bila tengok perkongsian trip percutian rakan-rakan di laman media sosial ketika mereka ke negara matahari terbit, Jepun bukan? Jadi, inilah masanya untuk kita juga menyimpan azam supaya dapat berkunjung ke negara yang kaya dengan budaya dicontohi oleh masyarat dunia. Bukan itu sahaja, banyak tempat menarik yang menanti apabila anda melancong ke Jepun ini.

Tapi, mesti ada beberapa tips untuk anda jadikan rujukan supaya sentiasa bersedia dengan perubahan di negara luar ini. Jangan risau, buat yang pertama kali bakal berkunjung ke Jepun, berikut merupakan 15 petua supaya anda tak terkapai-kapai kelak!

NAK MELANCONG KE JEPUN? INI TIPS SUPAYA ANDA TAK TERKAPAI-KAPAI BILA KE SANA

melancong ke jepun

14 tips bagi mereka yang pertama kali melawat Jepun:

1) Visa

Tak perlu. Anda boleh stay di sana sehingga 90 hari.

2) Duit Yen

Tukar siap-siap di Malaysia kerana kadar tukaran lebih baik. Boleh juga tukar duit di sana. Mesin money changer pun ada di sana.

3) Talian internet

Bawa pocket wifi untuk memudahkan capaian internet. Boleh book online dan bila sampai sana boleh ambil di airport. Boleh juga bawa siap-siap dari Malaysia.

4) Pengangkutan

Beli pass keretapi (Japan Rail Pass) atau pass bas. Di sana pengangkutan keretapi efisen dan menepati waktu. Contoh, keretapi mempunyai jadual 07.13 am. Next train 07.27 am. Seterusnya 07.48 am. Bukan 07.00/07.30/08.00 am. Setiap keretapi adalah punctual.

melancong ke jepun

5) Makanan halal

Ada, tapi tidak di semua tempat. Elok bawa sambal ikan dan serunding. Bungkus dalam pek kecil supaya mudah untuk dihabiskan sekali makan dalam perjalanan menaiki keretapi. Saya suka Brahim (nasi segera bersama lauk) sebab boleh panaskan dalam microwave dan masukkan dalam tupperware untuk dibawa travel.

6) Kalau lapar sangat masuk 7E

Untuk mereka yang kali pertama masuk 7E Jepun, kita akan rasa macam ‘alangkah kalau kat Malaysia pun macam ni’. Kat kaunter cuba cakap – Sumimasen (Excuse me). Gohan (nasi) – wa- doko desuka? (where is it?).

Sumpah, inilah makanan (nasi melekit Jepun) yang paling kenyang, mudah, murah dan mampu untuk wallet backpackers di samping onigiri.

7) Penginapan

Bergantung kepada bajet anda. Saya pernah duduk hotel, rumah Air BNB, tumpang rumah kawan Jepun. Yang penting ada kemudahan memasak dan bilik tidur. Tips- pilih rumah yang paling mudah diakses (baca: dekat) dengan stesen bas atau stesen keretapi.

Berjalan kaki – anda kena bersedia untuk banyak berjalan kaki di Jepun. Lainlah kalau anda sewa kereta dengan pemandu di sana which is very expensive.

Orang Jepun jalan laju. Kalau anda baca guidelines macam ni, ‘The hostel is 5 minutes away on foot from the train station,’ percayalah perjalanan lima minit tu kena darab dengan 3.89 kali ganda dulu sebab tak sama nak catch-up halaju jalan kaki mereka.

8) Tempat menarik kat Jepun? 

Saya dah sampai Kyoto, Kobe, Osaka, Tokyo, Gotemba, gunung Fuji. Keindahan semulajadi serta kecanggihan sisi moden Jepun di sebalik bangunan lama yang dipelihara sangat sesuai untuk dilawati. 70 peratus muka bumi Jepun adakah hutan dan gunung.

Banyak tempat menarik boleh dilawati dan kebanyakannya tiada bayaran dikenakan. Jepun mempunyai banyak tempat menarik yang diwartakan sebagai warisan UNESCO.

9) Bahasa Jepun

Elok juga tahu sepatah dua sebagai menunjukkan budi bahasa kita. Contoh: Selamat pagi -Ohayo Gozaimas, Hello – Kon ni chi wa, Terima kasih – Arigato Gozaimas, Excuse Me – Sumimasen.Rakyat Jepun sangat helpful walaupun mereka sendiri tak faham apa yang kita tanya. Kelebihan berbahasa asing adalah lebih baik.

10) Vending machine

Teramat banyak di sana. Boleh beli apa saja. They are everywhere. Terdapat 5.5 juta vending machine di negara ini. Daripada bento kepada sosej. Payung kepada surat khabar. Air tu of course la kan, coklat, telur ayam, sup ikan, burger, ramen, buah oren dan pisang.

Malah ada juga mesin yang berfungsi untuk mengambil selfie. Japanese are all about conveniences.

melancong ke jepun

11) Tandas

Bersih dan canggih. Sampaikan button mana nak tekanpun tak pasti selepas menunaikan hajat. Rakyat Jepun obses akan kebersihan dan keselesaan.

Selalunya di tepi bidet atau dinding sebelah kanan anda akan ada pilihan water pressure, suhu air, cara pancuran pembersihan (sori tak bermaksud nak campur urusan peribadi anda), tetapi itulah hakikat kemodenan mangkuk tandas di Jepun. When in Japan, do as the Japanese do.

12) Surau

Islam itu mudah dan memudahkan. Di lapangan terbang utama Jepun memang disediakan surau. Di bandar-bandar besar juga ada masjid dan surau walaupun kena berusaha mencari. Malah di kebanyakan restoran halal turut menyediakan ruang untuk solat.

Cuma disebabkan rakyat Jepun sangat anti dengan lantai yang berkecah dan basah, kita perlu menghormati adab di tempat orang. Berusahalah untuk berwuduk dengan cermat dan tertib bahkan kalau ada tisu atau kain lap disediakan, lap sikit lantai lepas selesai berwuduk.

melancong ke jepun

13) Makan ramen

Makan dengan hirupan bunyi kuat dianggap penghargaan kesedapan kepada tukang masak. Kalau kat Malaysia rasa nak tampar muka orang yang makan berbunyi begitu. Di kedai makan pula, pelanggan akan makan dengan cepat apabila ada lagi customer yang beratur menunggu di luar sebagai tanda kita menghormati masa orang lain. Only in Japan.

14) Duit syiling Jepun

Ada banyak dominasi – 1, 5, 10, 50, 100 dan 500 Yen (design memang cantik) – kecuali jika anda ingin menyimpannya sebagai cenderamata, bolehlah berusaha habiskan sebab balik Malaysia nanti dah tak boleh tukar kat money changer.

Selamat melawat Jepun!

Sumber: Twitter @TravelJimat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×