Percutian

Itinerari Lengkap Travel Ke Osaka 7 Hari 6 Malam Bersama Anak Kecil

129
SHARES

Jepun merupakan salah satu negara yang menjadi tempat pelancongan idaman ramai orang kerana cuacanya dan pemandangannya yang sangat cantik. Selain Tokyo, Osaka juga menjadi pilihan ramai kerana tempat pelancongannya yang banyak. Tapi, ramai beranggap untuk ke sana memerlukan kos yang banyak dan merumitkan. Jadi, ini antara persediaan yang anda perlu tahu jika ingin melancong ke Osaka, Jepun.

10 PERKARA WAJIB ANDA TAHU JIKA INGIN TRAVEL KE OSAKA

Salam semua, haii, saja saya nak berkongsi detail itinerary yang mana saya pergi ke Osaka selama 7 hari 6 malam pada awal bulan november baru-baru ini. Ada beberapa kenalan saya komen atau inbox saya berapa habis kos keseluruhan dan apa perlu buat kalau nak pergi ke osaka dan sebagainya.

Oleh itu, disini saya akan menerangkan 10 perkara yang ampa wajib tahu jika mahu travel ke Osaka like a pro. Ground kos hanya Rm1000 seorang tidak termasuk tiket flight, makan minum, serta shopping. Murah je kan hanya kos RM1000 je ampa dapat explore Osaka. Okay lets begin, saya kongsikan dahulu itinerary dan kos keseluruhan kami.

TRIP 7D 6N TO OSAKA

Date 1 – 7 November 2019 ( early autumn ). Bilangan pax : 6 dewasa, 1 kanak-kanak, 2 bayi. OSAKA , KYOTO , NARA , KOBE , HIMEJI

Itinerari:

DAY 1 :

Arrived Kansai Airport 9:40 pm, bermalam di airport , kena ke bangunan sebelah airport, belakang station keretapi, namanya Aeroplaza, Ada ruang utk tido dan free selimut, mandi ja kena bayar.

DAY 2 :

( COVER HIMEJI + KOBE ) using KTP 3 days

Dari airport naik train Nankai line ke Shinimamiya station guna KTP, simpan lunggage kat Daikoku Locker, gerak ke Himeji dan Kobe.

1.Himeji Castle (Sanyo Himeji Station)

2.Kobe Mosque (Sannomiya Station by Hankyu-Kobe Line)

3.Sannomiya Center Street (walk from Kobe Mosque)

4.Kobe Harborland (Harborland Station by Kaigan Line)

5.Kobe Port Tower ( walk from Kobe Harborland )

Ambil bag dari Daikoku locker dan menuju ke Ebisucho Station yang mana terletak 10 minit dari situ dengan berjalan kaki, airbnb kami terletak di depan station Ebisucho je. Check in Airbnb, rehat dan tidur.

DAY 3 :

( COVER KYOTO ) using KTP 3 days

1.Kyoto Tower (Syinimamiya Station to Kyoto Station )

2.Arashiyama Bamboo Grove (By bus free
using KTP)

3.Starbuck Tatami

4.Lunch di Curry Club Ruu ( sebelahan starbuck tatami )

5.Nishiki Market (Kawaramachi Station)

6.Gion (Gion-Shijo Station)

7.Fushimi-Inari Taisya (Fushimi-inari Station)

DAY 4 :

( Cover OSAKA ) using OAP 1 day

1.Osaka Castle Museum (turun Osaka business Park Station)

2.Osaka Museum of Housing living (Tenjinbashisuji 6-chome Station)

3.HEP5 Ferris Wheel (Umeda Station)

4.Umeda Floating Obersavatory Umeda Sky Building ( jalan kaki 10 minit dari Umeda Station )

5.Santa Maria Cruise ( Osakako Station )

6.Universal Studio Japan ( naik boat captain line), bergambar depan Globe USJ & Hard Rock Cafe Osaka

7.Tempozan Ferris Wheel ( naik waktu malam memang lawa bak ang view dia )

8.Kaiyukan Aquarium ( bergambar je sebab memang lawa giler dengan gemerlapan lampu warna warna di situ )

9.Cruise Dontonbori

DAY 5 ( santai dan shooping ) :

Explore area Ebisucho. Jalan kaki je.. so jimat duit beli tiket train

1.Tsutenkaku tower

2.Shinsekai

3.Kuromon park / kuromon market

4.Shopping area Denden town

5.Shopping di Shinsaibashi suji street

DAY 6 :

Sambung shopping !!

1.Mega Don Quijote

2.Daiso

3.Denden Town

4.Big Camera Namba

5.Shinsaibashi Suji Street

6.Dontombori look around

7.Dinner di Naritaya

Sebelum tidur kemas baju siap-siap esok boleh check out awal.

DAY 7 :

( COVER NARA ) using KTP 3 days

Check Out Airbnb at 9 am, simpan baggage di Daikoku Locker dan guna service penghantaran Baggage ke Airport Kansai bagi Baggage kami yang besar dan barang2 shopping yang kami joli sakan selama 2 hari. Menuju ke Nara.

1.Nara Deer Park (Kintetsu-Nara Station)

2.Makan kuih Mochi yang femes di Nara

Jam 5 petang gerak balik ke Shinimamiya station ( Nara station – shinimamiya station ), amik lungagge di Locker Daidoku, menuju ke airport kansai naik dari station Shin Imamiya guna nankai line airport. Check in lunggage, flight departed ke Kuala Lumpur jam 10pm.

Preparation in Malaysia: per pax

1.Bigpay Card topup Rm1000 ( emergency only )

2.AirAsiaX KLIA2-KANSAI-KLIA2 Flight Return FREE 25KG per way, RM220 ( murah sebab staff AA )

3.InFlight meals Return – RM30

4.Insurance Travel Etiqa 360tripcare – RM134.99 ( family plan, Platinum ) ( bahagi dua dengan wife = rm68 )

5.Wifi Pocket Roaming Man – RM62 ( bahagi 3 orang = rm21 )

6.Accomodation Airbnb for 6 day 5 night , nearest Ebisucho Station, ada 3 bilik muat 6-8 orang dewasa – RM2776.15 ( bahagi 6 pax = RM463 per pax )

7.Kansai Thru Pass 3 days – RM190

8.Osaka Amazing Pass 1 Day – RM100

*KTP & OAP beli dengan HIS MALAYSIA, beli dengan staff HIS = FB name : Cason Conan

*Wifi Pocket Roaming Man book online kat website : https://www.roamingman.my (https://www.roamingman.my/) ( beli online lagi murah dari walk in )

*Bawak sikit makanan Dari Malaysia, Sharifah Food beli direct kilang

*Etiqa 360tripcare takaful insurance travel beli online plus aku ni agent etiqa juga hehhe

*PowerBank bawa dua for emergency

*Medicine/ Lotion/ Vaseline/ Lipbalm

Rate semasa: 1000¥ = RM38.84, aku tukar duit yen dari Malaysia – 50k yen

KOS SEPANJANG DI JAPAN ( TAK TERMASUK SHOPPING DAN MAKAN MINUM)

1.Simpan Luggage 1 hari pada hari kedua dan 1 hari pada hari terakhir di Daikoku Locker – 300 yen for 5 Bag besar x 2 day = 600 yen ( bahagi 3 orang : 200 yen )

2.Penghantaran Luggage ke Airport Kansai – 2500 yen per bag ( hantar 2 bag : 5000 yen, bahagi 3 pax = 1667 yen )

3.Tiket train subway dari Nipponbashi station ke Ebisucho Station – 180 yen

4.Tour Bus pusing2 Kobe City – 260 yen

5.Beli makanan untuk rusa di Nara Park – 200 yen, total : 2507 yen bersamaan RM97 per pax

Total kos keseluruhan per pax ( x termasuk tiket flight, shopping, makanan ) = RM969 per pax

6.Bajet untuk makan minum kat sana around RM40-RM50 sekali makan per pax.
Aku sarankan beli siap2 makanan dari Malaysia seperti Sharifah Food, Brahim,Kembara,Mychef dan lain-lain.

7.Beli yang Instant Food senang, letak dalam microwave ja 5 minit siap terus makan. Time breakfast ampa makan makanan dari Malaysia tu, lunch dengan dinner ampa makan kat kedai makan. Sekarang banyak ja kedai Halal di Jepun. Bila lagi kita nak try makanan Jepun? Ramen, Udon, Sushi, Bento dan banyak lagi ampa boleh try.

8.Bajet untuk shopping pula ikut pada kehendak nafsu ampa masing2, macam aku ni memang aim nak beli barang2 mainan ja macam kereta dash Tamiya, Jam Gshock, Toy Figure, Hard Rock, diecast car Takara Tommy dan lain2. Beli la barangan2 yang made in Japan, yang mana kat Malaysia memang mahai, so berbaloi la kalau nak shopping barang kat sini. Tu belum lagi bajet nak beli souvenir seperti Tshirt, Fridge Magnet, Keychain dan lain2.

So, bawak ja duit banyak-banyak hahha.. nak selamat simpan dalam BigPay ja, so lebihan tu tak dela rugi sangat daripada ampa tukar siap-siap duit kepada matawang yen. Balik Malaysia ampa nak jual dapat murah plak dari harga ampa beli..

10 perkara wajib tahu jika ingin travel ke Osaka.

1)Penginapan

Penginapan yang terbaik di Osaka adalah di area : Shin imamiya, Namba.

Kenapa? Satu Train dari Kansai Airport, lokasi Terdapat 4 station Train., terdapat Banyak kedai 24jam., lokasi hotel dengan harga mampu milik. Trust me!! Kalau ampa stay kat area sini, ampa tak perlu susah payah nak tukar train dah sebab direct ja turun kat shinimamiya station atau namba station dari Airport Kansai. Jimat masa dan tenaga. Laluan train shin imamiya atau namba juga merupakan laluan train utama ke bandar2 yang lain seperti Kyoto,Kobe,Himeji dan lain-lain. Benda boleh permudahkan kenapa perlu pilih laluan yang rumit?

2)Data Internet

Pocket Wifi Roaming Man, sehari rm12 sahaja, unlimited data, speed laju, boleh buat hotspot sampai 5 devices. yang penting xde deposit charge. Book online di website: https://www.roamingman.my (https://www.roamingman.my/). Kalau pergi solo atau jenis suka meliar boleh beli Sim kad Hello1010. Ada pelbagai pakej, ikut bilangan hari dan data kuota juga ada yang unlimited data. Boleh beli di website : https://hello1010.my/ (https://hello1010.my/) ( apply promo code: hello1010xrtj )

Free Public Wifi , setibanya di Airport Kansai, ampa dah boleh access Free Wifi Airport, bandar-bandar utama pun ada Free Wifi, dalam train pun ada juga tau tapi tak semua la. Kebanyakkan tempat di Osaka memang ada Free Wifi. So kalau ampa jenis nak jimat sangat, guna jela Free Wifi ni. Tapi ada kelemahan dia juga, dia kena login setiap 2-3 jam sekali, dan kalau phone kita lock, dia automatik unconnected wifi, unlock phone kita balik baru dia auto connect wifi. Biasa la benda free kan.

Free Roaming dari Umobile Postpaid User,
Sapa yang pakai plan postpaid Umobile P139, ampa boleh guna free roaming di Jepun okeh, bulanan diberi data free roaming 3GB x silap.. Okay la tu 3gb banyak dah. Setakat nak update status FB, reply whtsap, buat live video xde masalah.

3)Pass dan Pengangkutan

OSAKA Amazing Pass ( OAP ). Enjoy Tour Osaka + Entrance Fee semaksima mungkin.
Kalau tak ada OAP ni, Kos perjalanan by Subway + Entrance melebihi harga OAP ni tau. OAP adalah Sejenis PAS pengangkutan merangkumi train dan BAs di Metropolitan Osaka [ Non JR]. Pass ni boleh di gunakan secara unlimited selama 1 hari. Keistimewaannya ia termasuk dengan bayaran tempat lawatan tumpuan pelancong. PASS INI HANYA SESUAI DAN WAJIB DI GUNAKAN DI OSAKA sahaja, kerana ia sangat menguntungkan, ia dijual dalam kegunaan 1 dan 2 hari sahaja secara berturut turut.

Namun anda harus berhati-hati kerana hanya pada hari PERTAMA-untuk 1 day pass, (jika anda beli 2 days PASS tidak valid), anda boleh gunakan hampir semua LINE keretapi di Osaka (dan sekitar spt Amagasaki, Tenjimbashi, Nanakoshima, Nakamozu dll).

Hanya pada hari pertama (utk 1 days pass) anda boleh gunakan Hankyu Line, Kintetsu Line, Subway, Keihan Line, Hanshin Line dan Nankai Line. Tetapi laluan LINE ni adalah terhad untuk Osaka sahaja. Termasuk bus. Manakala untuk 2 days pass, hanya subway, tram dan bus SAHAJA. Lain2 sudah tidak valid.

Secara dasarnya, saya lebih galakkan ampa beli OAP 1 DAY PASS. Sbb kebanyakkan kes, pembelian OAP 2 days adalah merugikan. Sebab apa? Sebab ampa tak mungkin nak guna semua kemudahan free, sebab niat anda ke Jepun adalah melancong berjalan2 bukan buang masa nak main permainan PERCUMA.
Di katakan jika anda maksimumkan penggunaan OAP 2 days pass, anda berjimat lebih dari RM400.00. Tetapi secara purata, dgn 1 day pass tu pun anda dah boleh jimat hampir RM200.00++.

KANSAI Thru Pass ( KTP )

-Cover Hampir 80% Pengangkutan Awam di Kansai. Kyoto – City bus + Subway + Non JR Train. NARA – Non JR Train. Kobe – City bus + Subway + Non JR Train. Osaka – Nankai Train to Airport + Subway + City Bus.

-KTP Juga Sejenis PAS keluaran gabungan Train dan Bas bukan dari JR. Dengan pass ini anda boleh menjelajah KANSAI – Kyoto / wakayama/ Kyoto / kobe / himeji / Nara dengan train dan subway juga sesetangah Bas. Ia di jual dalam kegunaan 2 hari dan 3 hari sahaja, pengunaan secara unlimited dan boleh berselang hari mahupun berturut.

-Harga pass ni walaupun nampak murah cuma RM190-rm220 (3 hari) tetapi bagi orang Jepun sendiri, harga pass ni agak mahal. Saya banyak tengok posting yang under utilised guna pass ni. Kita bayar RM220 bukan RM50, bukan RM100.

Jadi agak terkejut juga bila saya tengok ada yang post dia guna KTP 3 days tapi tempat2 yang dia pergi langsung tidak berbaloi dengan harga pass contohnya guna KTP untuk hari pertama pergi ke Kobe sahaja, hari kedua pergi ke Kyoto sahaja, dan hari ketiga hanya pergi Nara sahaja. Kalau anda buat begini, ianya tidak berbaloi dengan harga Pass anda beli.
Lebih murah kalau beli SINGLE DAY PASS biasa.

-Paling baik dan berbaloi jika anda gunakan pass ini Day 1 (Himeji+Kobe), Day 2 (Nara+Kyoto) dan Day 3 (Wakayama). So, total semua tempat ni ialah ¥13,000 (RM520.00). See! Anda jimat banyak kalau buat seperti ini. Nampak rushing? Tidak. Anda harus bermula seawal jam 5 pagi dan berakhir jam 10 malam. Apa pun, bergantung cara anda travel.

-Kita gunakan PASS KTP ini sebab kita hendak berjimat. Bukan beli PASS harga RM200 tapi guna cuma atau bersamaan nilai RM200. Be a SMART traveller gaiss.

4)Hotel atau Airbnb

-Terpulang pada bilangan ampa, kalau ramai melebihi 4 orang aku sarankan book thru Airbnb je sebab murah berbanding book hotel asing-asing.

-Rate harga hotel per night average RM200-300 untuk 1 bilik bed queen. kalau 5 malam? Dah seribu lebih dah nak oii. Jadi, kalau ampa ramai contoh 6 orang, better book apartment ja thru Airbnb, cari yang ada 3 bilik tidur, satu malam harga around RM200-300 jugak, 5 malam seribu, bahagi la 6 orang ampa, jimat uiii..

-Lagi satu yang bestnya Airbnb ni memang provide facilities macam rumah dah seperti Dapur, cerek,peti ais, mesin basuh, iron, kelengkapan mandi, dan yang paling best owner sediakan Wifi Pocket Portable tau. Boleh bawak ke mana2 , xperlu beli data internet dah kan.

5)Aeroplaza (tempat rehat Kansai Airport)

Aeroplaza ni sebenarnya tempat ruang menunggu di Kansai Airport, ampa nak baring tidur pun boleh xde masalah. Kat sini ada plug boleh la caj powerbank atau phone ampa, ada tandas laki dan perempuan, baby room kalau nak tukaq pampers anak , ada bilik air untuk mandi tapi kena bayar 500 yen untuk 15 minit penggunaan air. Lebih dari cukup boleh sharee 2 orang kalau nak jimat. Yang bestnya juga turut disediakan blanket atau selimut, free sahaja, lepas guna kena letak balik tempat yang disediakan.

Lokasi Aeroplaza ni dalam bangunan Airport jugak, lepas keluar daripada imigresen dan tempat ambil bagasi tu, ampa naik lift tekan butang level 2F. Terus ja dan ampa nampak tulisan Aeroplaza besar. Sebelum masuk tu ampa akan selisih dengan Nankai Airport Line dan juga JR line. Selepas masuk Aeroplaza ampa terus ja sampai nampak Lawson dan Burger King. Ruang menunggu tu betul2 berhadapan dengan Burger King. Bagi keluarga yang membawa bayi atau anak kecil saya tak galakkan anda staynight dalam ruangan ini kerana dikuatiri akan memberi gangguan pada orang lain yang tengah beristirihat.

6)Daikoku Locker

Daikoku Locker ini tersangat popular dari kalangan rakyat Malaysia kerana Locker penghulu kita yakni Tok Jack ada disini. Siapakah Tok Jack ni?? Tok Jack ni rakyat Malaysia macam kita juga, dia juga merupakan penulis Buku Road to Japan yang top seller tuh, bukan itu sahaja Tok Jack juga salah seorang admin Group Facebook Road to Japan. Ampa boleh la join group tu ye untuk dapatkan info terkini dan pelbagai tips mengenai travel ke jepun.

Daikoku Locker ini menyediakan perkhidmatan menyimpan baggage anda dengan kadar harga yang murah mengikut saiz baggage kita.
Harga : Size Besar 150 yen, size Medium 100 yen, size kecil 50 yen. Kalau banyak bag owner kedai bagi diskaun banyak juga, contoh bag kami ketika itu lebih kurang 6-7 baggage, dia hanya caj 300 yen sahaja. berbaloi sungguh !!

Turut menyediakan perkhidmatan penghantaran baggage ke Airport Kansai dengan harga yang berpatutan. 1 Baggage besar hanya caj 2,500 yen , jika baggage kita kecil dia akan combinekan dan masukkan dalam satu kotak besar dan juga hanya caj 2,500 yen tetapi ada caj tambahan 400 yen untuk harga kotak. Servis ini kita boleh gunakan ketika hari terakhir, kena hantar sebelum Jam 11 pagi ye kalau nak baggage kita sampai pada hari yang sama di Airport Kansai.

Oh ya, ampa jangan lupa sebut nama RTJ atau Tok Jack tau, owner kedai akan kasi diskaun punya dan yang bestnya ampa boleh mintak kunci locker Tok Jack. Dalam locker tu banyak barang2 yang anda boleh pinjam dan ambil.

Senarai barang yang Ada di dalam Locker Tok Jack :

1. Tuala Wanita [baru]

2. Berus Gigi [ baru]

3. Ubat Gigi [baru]

4. Pil “Chi-Kit” Tek Aun

5. Cool Fever Untuk Budak

6. Minyak urut Kaki

7. Perencah Masakan

8. Tisu Basah

9 . Tisu Kering

10. Maggi Cup

11. Sudu plastik

12. Sterika – Pinjaman

13.Periuk Nasi – pinjaman

14. Beras

15.Baju Hujan 3 set

16. Kasih sayang orang malaysia yang menderma.

Sila ambil dan gunakan sebaiknya kemudahan ini – PERCUMA. Jangan tinggalkan makanan yang tidak habis di Homestay, ia akan menyusahkan Tuan Rumah. Sila Tinggalkan di dalam locker Tok Jack ye. Lokasi Daikoku Locker hanya bersebelahan dengan Exit 4 Station Dobutsuen-Mae. Beroperasi seawal jam 6 pagi sehingga jam 9 Malam setiap hari.

7)Aplikasi mobile

Masing-masing ada phone canggih kan, tiap tahun tukaq phone kan, so setakat nak install apps dalam play store/apps store tak jadi masalah la kan. Sila install apps ni ya. Sangat membantu jika ampa datang ke jepun.

Google Maps – ibu segala apps, wajib install, juz search ja nak pergi mana, akan ditunjukkan detail cara ke sana, naik station train apa, platform berapa, exit mana semua detail, memang paduu google maps.

-Google Translate – orang jepun memang jenis memperkasakan bahasa ibunda depa, kalau kita cakap english mostly memang depa tidak paham, jadi ampa translate jela dari english ke jepun, tunjuk kat depa, baru la depa paham dan jawab soalan ampa.

-Muslim Pro – untuk tahu info waktu solat dan qiblat.

-Halal Navi – untuk mengetahui dimana kedai atau restaurant halal di area sana atau yang berdekatan dengan kita.

-Halal Gourmet – cek status atau kandungan bahan2 di ingrediant makanan sana, scan ja, juga sama function dengan Apps Halal Navi untuk mengetahui dimana kedai makan halal.

-City Rail Map- maps train subway osaka

8)Ubat/medicine

Kita ni manusia biasa bukan badang atau malaikat, kadang2 kita x sangka tengah sihat2 tetiba jatuh sakit. Bawak la ubat seperti panadol, activefast, cekik tek aun, eye mor, dan ubat-ubat yang berkaitan. Ubat kat sana mahal dik non, aku sakit mata kat sana beli ubat sakit mata macam eye mo tu dekat 1000 yen tau. Menyesal tak bawak eye mo.

Yang penting ampa kena bawa minyak urut tau, minyak panas, yoko yoko , koyok, wajib tau bawa. Tiap malam sebelum tidur konpem sakit-sakit badan, sakit kaki dek berjalan banyak sepanjang hari, haa sapu dan urut la puas-puas, esok bangun pagi akan hilang sakit tu.
Bawa sekali time berjalan , mana tau tengah jalan otot terasa kejang boleh la calit sapu.

9.Travel Insurance

Benda ni antara perkara wajib mesti ampa amik, sediakan payung sebelum hujan, malang tidak berbau, sudah jatuh ditimpa tangga pula, apa lagi peribahasa boleh boh? Hehhe..

Kalau jadi kemalangan ka sakit ka masuk ward ka, lebih teruk lagi kalau meninggal ka, haa sapa nak tanggung ampa ?? Family ampa ka? Kawan-kawan ampa ka? Kalau anak orang kaya tak pa la, ni nak travel pun berjimat sakan, sampai nak beli insurance travel pun tak mau ye..

Tolonglah beli, bukan mahal pun, bawah RM100 je ikut plan ampa amik. Ada banyak plan, amik ja mana yang ampa mampu, yang penting pilihlah Travel Insurance yang Cashless ye, elakkan ambil yang Pay and Claim. Contoh yang cashless sekarang ni Etiqa dengan AIG tak silap aku la tapi Etiqa memang aku yakin memang cashless.

10)Empat Musim

Musim mana yang paling best di Osaka? Kalau ampa hendak lihat :

Musim Autumn/Luruh, pergi Pertengahan hingga hujung NOVEMBER, barulah nampak daun semua bertukar warna Merah, Kuning, Oren, view memang lawa sangat. Cuaca pun best tidak terlalu sejuk dan tidak panas. Selalu kalau dapat Tiket Murah Pada bulan SEPT/OKT , tyme ni di Osaka musim panas dan hujan ye, sebab tu dapat murah, daun pun hijauu jaa hahhha

Musim Winter/Salji, pergi MiD DEC – MID MAC, Selalu Tiket Murah Awal DEC untuk Osaka Maka Anda Akan dapat suhu sejuk sahaja tanpa kelihatan kelibat salji huhuuu

Musim Spring/Bunga, pergi End MAC hingga Awal APRIL , Selalu Tiket Murah Awal MAC untuk OSAKA maka Anda akan dapat suhu sejuk dan Ranting Sakura sahaja.

Tetapi Jika Anda Hanya ingin Melihat Jepun dan budaya mereka sahaja, pergilah bila bila masa dan bila tiket Murah.

Rujukan : Buku Road to Japan, post dari Facebook Tok Jack, post dari ahli members dari group FB Road to Japan, pak cik google.

Osaka is doneeee…

Sumber: Ben Amir Izzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×