Percutian

7 Persediaan Ibu Bapa Perlu Buat Untuk Bawa Anak Kecil Travel Musim Sejuk

503
SHARES

“Lagi 3 minggu nak fly.. apa preparation untuk si kecil ni..?”

Cuti sekolah dah nak dekat, para ibu dan ayah mesti tengah sibuk fikir pasal persediaan percutian nanti. Macam-macam nak kena prepare lagi-lagi yang baru first time nak bawa anak ke overseas. Ibu ini telah kongsi tips untuk bawa anak kecil melancong terutama ketika musim sejuk supaya anda boleh bercuti dengan senang hati.

“Alhamdulillah ramai yang tanya tips bawa anak kecil melancong ke luar negara terutama negara yang beriklim sejuk. Senang saja sebenarnya, parents kena banyak buat persediaan segala kemungkinan. Sakit,kejutan suhu,peralatan sesuai,baju sesuai dan stok ubat jika perlu.

1. Travel insurans.

Yang ni wajib kalau bawa warga emas,ibu mengandung, anak kecil dan individu yang selalu atau kerap kurang sihat. Tapi bagi yang sihat pun kena juga ambil sebab kita tidak tau masa akan datang atau di tempat kita pergi kan. Ada insurans serendah rm60 saja untuk bantu cover kita kalau ada kecemasan d luar negara. Contoh tiba2 sakit atau admit wad. Ni kamu tanya orang yang jual insurans, sis tak berapa pakar untuk Q&A.

2. Stok ubat.

Antibiotik kena sentiasa bawa. Tapi pastikan yang belum dibancuh supaya tahan lama. Ni boleh minta consult doktor bila perlu guna nanti (berdasarkan simptom,suhu dan lain-lain). Ubat-ubatan lain pun kena bawa contoh ubat demam, selesma batuk, lozenge untuk sakit tekak (sejuk pun boleh menyebabkan sakit tekak). Stok ubat dewasa dan kanak kanak kena bawa.

3. Baju yang sesuai.

Dulu pernah asal beli baju tebal saja konon tahan di cuaca sejuk. Rupanya ada material yang memang akan bertahan di cuaca sejuk, ada juga nampak saja tebal tapi still boleh masuk angin sejuk ke dalam lapisan baju. Jadi buat pilihan betul terutamnya bila nemilih baju anak. Thermal wear atau long john untuk kanak kanak pun banyak dijual di Uniqlo atau di shopee. Tapi kena buat perbandingan yang mana sesuai dengan suhu tempat yg kamu pegi nanti. Sarung tangan dan stokin juga perlu. Mask muka pun sebenarnya perlu sebab bila angin sejuk terkena muka,percayala macam mau patah batang hidung walaupun hidung ni tidak seberapa mancung.

4. Heat pad perlu ka tidak?

Bergantung sebenarnya. Ada keadaan yang heat pad boleh menampung panasnya tapi bila suhu sudah drop banyak, kebergantungan dengan heat pad semakin kurang. Tapi bawa saja untuk membantu panaskan badan jika perlu nanti.

5. Penghalang angin di stroller.

Yang ni ada dijual di kedai gadget baby atau di shoppe. Perlu dipasang di stroller anak(jika pakai stroller) untuk elak angin sejuk terkena anak. Lapisan kadang dalam bentuk plastik jernih atau bercorak. Bergantung dengan kesukaan kamu. Sesuai juga digunakan bila cuaca hujan, jadi anak tidak mudah basah dan kesejukkan di dalam stroller.

6. Thermos.

Bagi yang mempunyai anak yang masih menyusu botol dan mahu susu yang panas saja(macam aqeel,kalau susu sejuk dia takmau suda) jadi wajib lah bawa thermos panas jalan jalan. Bawa yang muat dalam beg dan senang di refill di mana mana. Kalau mau bancuh minuman panas pun boleh,sejuk babe diluar sampai haus pun masih mencari minuman panas. Rajin2 bawa 3in1 nanti masa bejalan,tinggal bancuh.

Emm apa lagi ya,sisku fikir-fikir dulu apa lagi yang boleh dikongsi. Oh ya.. VAKSIN.

7. Vaksin influenza ambil 2 minggu sebelum jalan.

Berdasarkan pengalaman bawa aqeel hari tu masa musim winter di Korea,alhamdulillah sampai bumi korea yang sejuk beku tu dia langsung tiada panas badan atau selesma. Beza dengan kanak kanak yg juga berasal dari Sabah(saya tiada tanya asal sebab anaknya merengek nangis) yang kami jumpa di taman tema Everland demam bila sampai korea. Bila saya tanya ada ambil vaksin influenza sebelum ni? Dia bagitau tidak sempat ambil. Jadi,parents boleh ambil ikhtibar dari pengalaman ni ya. Tapi ni pun bergantung ibu bapa juga,kalau yakin tidak perlu ambil vaksin tambahan tiada paksaan juga. Cuma saya suka mencegah dari sengsara stay di hotel masa bercuti .kan?

Rasanya point yang penting semua sudah ada. Happy holiday kamu yang akan datang 2 bulan lagi selamat merancang percutian ya..”

*Semoga bermanfaat semua! hehe 🙂

Sumber: Hanna Aqeel

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×