Dapur

Asyik Masak Gulai Yang Sama Je, Cuba Resepi Gulai Ayam Siam Pula!

3
SHARES

Kadang-kadang itu nak balik kampung pun tak lepas, inikan pula nak ke Siam semata-mata nak makan masakan Siam. Rasanya seperti gulai lemak tapi ayam masak gulai Siam ini kaya dengan aroma rempah ratus tau.

Resipi ini sangat mudah untuk dibuat. Ianya juga sesuai dijadikan lauk tengah hari dan lauk makan malam. Nak tahu kena lah cuba! Kalau dah bosan masak gulai biasa, anda boleh tukar selera dan masak menu Siam ini pula. Masak gulai Siam ini ada keunikan yang tersendiri.

Baca juga: Top 5 Pulau Peranginan Yang Best Untuk Bawa Keluarga Bercuti

Bahan-bahan blend:

  1. Cili besar merah dan cili besar hijau
  2. Cili padi merah dan cili padi hijau
  3. 2 batang serai
  4. Lengkuas
  5. Halia
  6. Buah keras
  7. Belacan
  8. Kunyit hidup
  9. Bawang besar
  10. Bawag putih
  11. Kulit limau purut

Bahan-bahan:

  1. Cili kering
  2. Asam keping
  3. Ayam
  4. Santan segar
  5. Garam
  6. Gula melaka

Mula-mula, masukkan minyak masak dan tumis serai. Serai itu ketuk dahulu ya.

Boleh terus masukkan kesemua bahan-bahan blend tadi.

Kemudian, masukkan cili kering blend sikit dan asam keping.

Masuk sampai pecah minyak, ulang tambah air 3 kali.

Lepas itu, boleh masukkan ayam.

Bila dah mati air ayam, masukkan santan segar. Baru lah cantik rupa dia!

Perasakan dengan garam dan gula melaka.

Masukkan daun limau pulut. Buang dulu urat tengah pada daun limau pulut itu.

Boleh tutup dan perahkan limau.

Siap untuk dimakan!

VIDEO PENUH 

@hadimohdsalleh

Reply to @luna_ezan Maaf ya lambat share resepi. Ramai rupanya nak makan Gulai Siam Ayam 😅, rupa macam rendang tapi bukan dia, ada gaya asam pedas pun bukan dia 😆 #tiktokmalaysia #malaysiafood #masakapaharini #makanantradisional #myfoodie #laukkampung #fyp #fypシ

♬ Joget Senyum Memikat – Siti Nurhaliza

Sumber: Tiktok hadimohdsalleh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×