Famili

Top 5 Pulau Peranginan Yang Best Untuk Bawa Keluarga Bercuti

70
SHARES

Keindahan pulau yang terdapat di Malaysia yang kaya dengan pelbagai flora dan fauna menjadikan ia setanding dengan pulau di luar negara. Privasi dan jauh daripada kota membuatkan orang ramai memilih pulau sebagai tempat percutian kerana lebih menenangkan jiwa.

Memandangkan cuti sekolah telah pun tiba, ini lah masa yang sesuai untuk diluangkan bersama-sama keluarga. Kos pembelanjaan lebih menjimatkan kerana terdapat pelbagai pakej disediakan. Haaa, tunggu apa lagi ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Baca juga: Cara Buat Semburan Organik Bawang Putih, Tanaman Selamat Daripada Serangga Perosak

1. Pulau Tenggol 

Pulau Tenggol merupakan satu lagi pulau yang sangat cantik yang hanya terletak kira-kira 50 minit perjalanan dari jeti Kuala Dungun. Walaupun pulaunya hanya 3 km sahaja, namun Pulau Tenggol sering menjadi destinasi untuk mereka yang suka akan aktiviti menyelam di perairan yang cantik.

Bagi yang sukakan cabaran jungle trekking dan mendaki bukit, anda boleh menaiki bukit di tengah Pulau Tenggol ini yang setinggi 800 kaki dan boleh menikmati keindahan sekeliling pulau dari puncak.

Dapat menyaksikan hidupan marin yang menarik seperti humphead parrotfish, giant stingray, leopard sharks, bat fishes, whale sharks dan schooling jacks. Kalau bernasib baik, whale shark juga boleh kelihatan di sesetengah tempat di sini daripada bulan Ogos-Oktober pada setiap tahun.

2. Pulau Lang Tengah 

Lokasi Pulau Lang Tengah ini agak menarik kerana terletak di antara dua buah pulau yang terindah di Terengganu, iaitu Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Lokasinya yang tidak jauh dari pulau indah yang lain, membuatkan keindahan kawasan perairannya tidak ubah seperti mana pulau di sekitarnya.

Di sini anda dapat melihat kepelbagaian batu karang dan hidupan marin yang lain yang cukup mempesonakan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah anda boleh membuat  rondaan waktu malam, pengumpulan telur penyu dan pemantauan sarang penyu.

3. Pulau Pom Pom 

Pulau Pom Pom ini terletak di negeri Sabah dan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Pulau Pom Pom Kecil dan Pulau Pom Pom Besar. Tapi sebenarnya kedua-duanya terletak di dalam satu pulau yang kecil.

Dasar perairannya pula, dikatakan cukup kaya dengan hidupan marin dari spesies-spesies yang unik. Terdapat bilangan spesies ikan yang terdapat di sini iaitu lebih daripada 220 kesemuanya, manakala terumbu karang pula lebih daripada 250 spesies.

Bukan itu sahaja tarikannya, pulau ini turut menjadi lokasi penyu-penyu untuk mendarat dan menetaskan telurnya dari bulan Mei hingga September.

4. Pulau Jerejak 

Pulau Jerejak ialah sebuah pulau yang kecil di selatan Pulau Pinang, Malaysia. Banyak tempat menarik di Pulau Jerejak ini yang berhampiran pantai, kedai makan dan tempat-tempat menarik sekitar pulau.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah berbasikal mengelilingi pulau. Sekiranya anda seorang yang suka bersiar-siar menikmati keindahan alam semulajadi boleh menaiki basikal. Pulau Jerejak sesuai jika ingin jungle trekking kerana mempunyai pelbagai jenis flora dan fauna.

Pulau Jerejak terkenal dengan hidupan laut yang pelbagai. Jika anda seorang yang berminat dengan aktiviti memancing, jenis-jenis ikan yang terdapat di Pulau ini tentunya akan menaikkan semangat anda untuk pergi memancing.

5. Pulau Sembilan 

Pulau Sembilan merupakan sebuah pulau yang berada dalam cakupan negeri Perak Darul Ridzuan merupakan antara pulau di Perak yang tercantik. Pulau yang turut dikenali dengan nama Blue Tears ini akan mengeluarkan cahaya berwarna biru pada waktu malam, memang unik.

Hal luar biasa ini berlaku kerana terdapat banyak organisma laut yang mendiami persisiran pantai Pulau Sembilan. Ia dikenali dengan istilah saintifiknya sebagai Ostracod Crustaceans atau Phytoplankton.

Antara aktiviti yang disediakan ialah terdapat bot boleh anda sewa yang akan membawa anda melihat keindahan blue tears. Pemandu bot akan berhenti di tengah lautan dan membiarkan anda menyentuh air yang berkilauan itu.

Satu lagi destinasi terbaik untuk anda mengambil foto kenang-kenangan adalah sky mirror. Cuma kali ini berbeza dari Blue Tears kerana ia berlaku pada waktu pagi. Pantulan pada laut membiaskan cahaya dan menampakkan seolah-olah anda sedang berdiri di atas sebuah cermin gergasi.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×