Dapur

Selain Guna Air Garam, Ini Petua Lain Nak Elak Epal Lebam. Memang Menjadi!

51
SHARES
PETUA ELAK EPAL LEBAM

Antara petua elak epal lebam sering digunakan adalah rendam terlebih dahulu menggunakan air garam untuk memastikan buah epal kekal rangup dan tidak lebam walaupun terdedah lama.

Selain menggunakan petua air garam, ada beberapa petua elak epal lebam anda boleh cuba seperti yang dikongsikan Puan Lailatul Munira di laman Facebooknya. Ilmu baru buat yang tak tahu…

Baca juga: 20 Petua Di Dapur Ini Boleh Tambah Skill Memasak, Barulah Power!

PETUA ELAK EPAL LEBAM BUKAN GUNA AIR GARAM JE, ADA CARA LAIN

PETUA ELAK EPAL LEBAM

1. AIR GARAM 

Petua ini paling senang dan biasa orang buat. Caranya mudah sahaja iaitu sediakan air biasa, tambah secubit garam kemudian rendam hirisan epal ke dalam air tersebut sekejap.

Rendam dalam 5 minit kemudian toskan. Garam jangan terlalu banyak sangat sebab nanti buah epal akan masin. Agak-agak sahaja ya.

2. MADU 

Kalau tak suka buah epal jadi masin, bolehlah gunakan madu sebagai pilihan. Caranya pun mudah iaitu campurkan 2 sudu madu dengan segelas air biasa.

Kemudian, rendam potongan epal ke dalam campuran itu selama beberapa minit dan toskan. Sedia untuk dihidangkan.

3. JUS LEMON 

Petua elak epal lebam yang ketiga ini pun sangat mudah. Hanya perlu perah sedikit jus lemon ke dalam air. Kemudian, rendam potongan epal beberapa minit dan toskan sebelum dihidang.

PETUA ELAK EPAL LEBAM

4. PISAU TAJAM & LIMAU NIPIS 

Gunakan pisau tajam untuk memotong epal. Tapi sebelum itu, sapu atau lengserkan pisau tersebut dengan limau nipis. Kemudian baru potong epal seperti biasa.

Katanya, petua ini pun boleh digunakan untuk mengelakkan kita ‘menangis’ masa nak potong bawang. Cubalah! Kalau tak ada jus lemon, boleh juga gantikan dengan jus limau nipis atau apa-apa jus buah yang bersifat sitrus seperti oren atau nanas.

Petua di atas juga boleh digunakan untuk buah pear, lai, pisang, atau buah-buahan lain.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Sumber: Facebook Lailatul Munira Zainuddin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×