Dapur

Memang Terangkat Makan Mee Celup Thai Ni, Tak Cukup Semangkuk!

41
SHARES
RESEPI MEE CELUP THAI

Mee celup merupakan salah satu hidangan Thailand yang tidak asing lagi dalam kalangan kita. Ini kerana kedai masakan Thailand senang dicari di Malaysia tapi kadang kala rasanya tidak sama seperti di sana. Oleh itu, apa kata kita cuba resepi mee celup Thailand yang boleh dibuat sendiri di rumah menggunakan resepi di bawah ini. Confirm tak cukup semangkuk!

Baca juga: Ini Kegunaan Santan Fresh, Kotak & Serbuk Dalam Masakan, Tak Semua Sama Rupanya…

RESEPI MEE CELUP THAI INI DAPAT 21K SHARES, MEMANG TERANGKAT

Lepas ini tak payah pergi kedai siam dah sebab makan dekat rumah lagi puas. Rugi kalau tak cuba.

RESEPI MEE CELUP THAI

Bahan-bahan: 

  • 1 labu bawang putih (ditumbuk)
  • 3-4 akar ketumbar (ditumbuk)
  • 2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
  • Halia ketuk
  • Tulang daging 2kg
  • 1 keping gula melaka
  • Kicap cair
  • Sos ikan
  • Kicap pekat
  • Garam secukup rasa
  • Perasa
  • Gula
  • Sup bunjut
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya
  • Ayam rebus dan diracik
  • Meatball
  • Mi atau bihun celur
  • Hirisan daun ketumbar
  • Kangkung celur
  • Kacang tanah
  • Chili flakes
  • Cili sambal

RESEPI MEE CELUP THAI

Cara penyediaan cili sambal:

1. Kisar cili padi merah, cuka, garam dan gula. Siap!

Cara penyediaan kuah: 

1. Panaskan minyak di dalam periuk.

2. Tumiskan bahan tumbuk bersama halia hingga garing dan berbau wangi.

RESEPI MEE CELUP THAI

3. Masukkan tulang daging ,air, sup bunjut, halia, gula putih, gula melaka, garam, kicap cair dan sos ikan secukupnya mengikut kuantiti masakan.

RESEPI MEE CELUP THAI

4. Masukkan ayam rebus yang sudah dicarik halus.

5. Celur mee/bihun/mi segera dan kangkung.

RESEPI MEE CELUP THAI

6. Sediakan semua bahan dan boleh dinikmati bersama keluarga.

Memang sedap dan rasa seperti di Thailand. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Maya Miera

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×