Famili

Begini Caranya Buat Biji Delima ‘Viral’ Ala Restoran Thai Untuk Pemanis Mulut!

2.5K
SHARES

Viral di laman media sosial baru-baru ini dengan resipi biji delima ala-ala pencuci mulut Thailand. Mana tidaknya, kalau nak makan biji delima atau dikenali sebagai red ruby ini, nak kena pergi restoran Thai baru ada. Jadi, buat anda yang merupakan penggemar kepada manisan ini, sebenarnya dah boleh buat sendiri di rumah! Macam mana tu? Jom kita tengok resipi yang mendapat lebih 15k perkongsian di Facebook ini!

Bahan-bahan

www.facebook.com/juniyatieaqilah.matjusoh

-1/2 cawan tepung ubi

-1/4 cawan air suam

-1 sudu tepung jagung

– pewarna merah

– Susu cair tu untuk dijadikan kuah biji delima, susu cair + gula melaka

CARA-CARANYA

1) Sapukan 1 sudu tepung jagung pada tisu (saya letak tisu tebal-tebal supaya senang menyerap air pada adunan tepung ubi kayu)

2) Campurkan 1/2 cawan tepung ubi kayu dengan 1/4 cawan air suam.

3) Tuang adunan atas helaian tisu tadi (tisu letak tebal-tebal sikit supaya senang air nak meresap) p/s : guna tisu yang tebal yer, guna tisu nipis dia melekat. Ni hasilnya selepas adunan disejat airnya.

www.facebook.com/juniyatieaqilah.matjusoh

4) Sapukan pewarna merah di bahagian atas tepung ubi kayu tadi (saya guna sudu je)

www.facebook.com/juniyatieaqilah.matjusoh

5) Potong adunan tadi ikut saiz yang diinginkan.

P/s : potong kecik-kecik tak nak bagi tepung biji delima liat (kang potong besar-besar jadi liat macam getah tayar pulak)

www.facebook.com/juniyatieaqilah.matjusoh

6) Didihkan air, lepas tu masukkan doh tepung ubi kayu yang dah dipotong tadi sampai masak, nak tahu dia masak pastikan putih yang kat dalam tu kecil je.

www.facebook.com/juniyatieaqilah.matjusoh

7) Rendam dengan air sejuk supaya biji delima tak melekat.

Dah boleh makan!

Jom cuba!

Sumber : Juniyati Aqilah Mat Jusoh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×