Dapur

Resepi Sup Mi Champa Pedas Berasap, Berpeluh Makan!

51
SHARES

Setiap kali perayaan asyik masak menu makanan berasaskan nasi sahaja pun bosan juga kan? Disebabkan semalam baru kita meraikan Hari Raya Aidiladha, mesti banyak lagi lebihan daging lembu korban yang masih belum dimasak. Oleh itu apa kata anda cuba resepi sup mi Champa yang berasal dari Kemboja ini. Rasa pedas-pedas bersup memang boleh buat kita berpeluh ketika makan!

Baca juga: Petua Lembutkan Daging Liat Dari Tukang Masak Thai, Guna Ais Batu Je!

RESEPI SUP MI CHAMPA

Assalamualaikum …saya pasti ramai yang ternanti-nanti resepi sup champa ni kan? Mee champa pedas berasap ni boleh berpeluh satu badan..hari ini saya share resepi yang pasti meleleh air hidung.. Selamat Mencuba.

BAHAN KUAH

1 1/2 – 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dbuat bone broth

3 liter air

4 biji bawang holand* potong 4

3 biji bawang besar * potong 4

2 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipis

Seekor sotong kering sebesar tapak tangan* kalau takde tak kick la kuah sup ni..tapi kalau takde boleh la abaikan

Daun ketumbar seikat

Daun bawang

2 batang kulit kayu manis*

4 biji bunga lawang*

1/2 cawan sos ikan

Gula

Garam

Perasa jika suka

Serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam

3 kiub stok perisa daging

Cara- Caranya

 

1. Merebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth . Bone broth ni bagus untuk kesihatan kita. Caranya didihkan air rebusan dulu masukkan daging dan tulang dalam 30minit hingga 1 jam kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran.

Kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam selepas 30 minit mendidih lihat jika air rebusan ada buih-buih atau keruh buang lagi airnya dan masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi. Kali ini rebus sehingga daging empuk.. keluarkan daging dan rebus tulang sehingga [email protected] jam..

2. Sementara daging kita empuk .. anda boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering..kayu manis dan cengkih (Lihat gambar)

3. Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan-bahan yang kita bakar tadi..masukkan, sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. Rebuslah dengan api perlahan.. sebenarnya sup ni sangatlah sedap jika makan panas-panas.

Time korang ceduk kuah tuang dalam mangkuk mee tu kan ..korang kene tapis guna penapis supaya bawang-bawang dan segala rempah tak masuk dalam mangkuk mee tu..so dapat kuah yang suci bersih je..

SAMBAL LADA

4 biji lada merah (besar)*

20-30 biji cili api*

2 ulas bawang putih*

2 sudu besar cuka

Sedikit garam

Caranya

1. Rebus sehingga layu bahan-bahan bertanda * diatas kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. Siap!

MINYAK BAWANG PUTIH

3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus

1 cawan minyak jagung

Panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api …

AKSESORI LAIN

Kuey teow, mihun, mee champa

Daun ketumbar, daun sup, daun bawang

Limau nipis

Hirisan daging

Minyak bawang putih

Lobak asin yang dipotong halus

Sambal lada

Tauge

Kicap

Serbuk lada sulah/lada hitam

Gula (tambahan jika suka manis), sos ikan jika perlu

*Psst time nak makan tu kan korang boleh la taruk kicap, perah asam limau, taruk sambal lada, minyak bawang putih , serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis.. bahan tambahan ni la penyedap mee sup korang tau!! Sekali cuba mesti nak lagi!

Sumber: Tahrunnisah Jali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×