Dapur

Resepi Ayam Goreng Vietnam Manis Pedas, Sekali Makan Nak Lagi!

8
SHARES

Biasanya kita dengar ayam goreng korea sahaja kan? Apa kata kali ini kita cuba satu resepi baharu iaitu ayam goreng Vietnam. Menerusi perkongsian Nurul Ateekah di laman Facebook, resepi ini sangat sedap kerana gabungan rasa manis, masin dan pedas.

Boleh dijadikan idea untuk makan bersama keluarga hujung minggu ini, ikuti resepi ayam goreng Vietnam manis pedas di bawah. Sekali makan pasti nak lagi.

Baca juga: Tips Masak Pes Jimat & Pantas Walaupun Tak Ada Masa, Tetap Jadi!

RESEPI AYAM GORENG VIETNAM MANIS PEDAS, SEKALI MAKAN NAK LAGI!

ayam goreng vietnam

Bahan-bahan: 

  • 1 kilo kepak ayam
  • 1½ cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 6 ulas bawang putih (dicincang & digoreng)
  • Daun ketumbar (2 sudu besar dicincang)
  • Minyak masak

Bahan perapan:

  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil pes bawang putih
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih

Bahan sos manis masin:

  • 3 sudu besar sos ikan
  • 2½ sudu besar gula
  • 2 sudu besar jus limau
  • 3 batang cili padi merah(dipotong)

Cara penyediaan & memasak:

1. Di dalam bekas, masukkan ayam dan bahan perapan. Gaul sebati dan perapkan sekurang-kurangnya 30 minit.

2. Untuk memasak sos manis masin, sediakan periuk kecil dan masukkan bahan-bahan sos tadi. Panaskan di atas api sehingga gula larut dan sejukkan ketepi.

3. Panaskan minyak di dalam kuali besar, letakkan chopstick atau kayu lidi di tengah-tengah. Apabila minyak sudah mengelembung atau berbuih dipermukaan kayu lidi tadi, bermakna minyak sudah panas dengan sempurna.

4. Sementara itu, sediakan mangkuk besar, masukkan tepung dan baking powder. salutkan ayam bersama tepung tadi satu persatu. Kemudian,masukkan ayam tadi ke dalam minyak panas. Goreng selama 15 minit atau sehingga ayam menjadi keemasan.

5. Kemudian angkat ayam yang digoreng tadi dan biarkan rehat seketika.

6. Di dalam minyak yang betul-betul panas tadi, masukkan semula ayam dan gorengkan lagi 2-3 minit. Tujuannya agar ayam lebih rapuh atau crunchy di luar. Angkat dan tapiskan ayam tadi pada tisu.

7. Akhir sekali, sediakan bekas masukkan ayam yang telah digoreng keemasan tadi, bawang putih yang telah digoreng, daun ketumbar yang dihiris dan tuangkan sos manis masin pada ayam tersebut. Gaul rata atau sebati dan boleh dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Nurul Ateekah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×