Dapur

20 Petua Di Dapur Ini Boleh Tambah Skill Memasak, Barulah Power!

19
SHARES
petua di dapur

Dalam bidang masakan ada banyak petua di dapur yang boleh dicuba untuk menambah skill memasak. Antara petua yang biasa kita dengar adalah kalau nak masak sambal tumis sedap, kena tunggu cili kisar sehingga pecah minyak.

Bukan itu sahaja, ada beberapa lagi petua yang anda kena tahu supaya masakan lebih sedap. Nak tahu apa? Kena ikuti perkongsian lengkap di bawah mengenai 20 petua di dapur kena cuba. Jom!

Baca juga: Ini Kegunaan Santan Fresh, Kotak & Serbuk Dalam Masakan, Tak Semua Sama Rupanya…

PETUA DI DAPUR UNTUK TAMBAH SKILL MEMASAK, BARULAH POWER!

petua di dapur

1. Untuk elakkan sambal tumis udang terlalu cair, goreng sedikit udang dan keluarkan. Minyak yang sama digunakan untuk menumis sambal. Sambal dah garing baru masukkan udang.

2. Bila nak guna telur untuk masakan, kuih dan biskut, jangan lupa buang dulu ‘mata’ telur.

3. Untuk elakkan terbeli ikan pari yang berbau, jangan segan silu untuk mencium ikan pari di khalayak ramai sebelum membeli.

4. Cara saya lembutkan sotong kering mudah sahaja iaitu gunakan sedikit abu chang ketika rendam. Tambah garam untuk menghilangkan bau sotong. Bila sotong dah lembut, buang air rendaman dan rendam sekejap dengan air yang dicampur garam.

5. Nak senang kupas telur rebus? Lepas dah siap rebus, cepat-cepat rendam dengan air. Biar sampai telur sejuk baru kupas kulit dan isi tak melekat.

6. Pernah dengar tak, kalau masak cili padi kena masukkan sikit tangkai cili. Kalau kisar 10 batang, 2 batang dengan tangkai. Petua daripada seorang pengamal perubatan tradisional yang saya ingat sampai sekarang. Tujuannya adalah untuk mengelakkan gastrik.

7. Bila cuci ayam, rendam sekejap dengan tepung gandum dan garam. Lendir ayam akan senang dibersihkan dan ayam tak berbau.

8. Nak buat begedil kena tumbuk ketika kentang masih panas. Hasilnya lebih halus dan kentang tak berketul-ketul.

9. Kalau nak sayur yang dicelur cantik sampai petang, kena rendam dengan air sejuk sebaik sahaja keluar daripada periuk.

10. Nak nasi minyak, briyani, tomato yang cantik dan tak hancur? Rendam beras basmati sekurang-kurangnya 30 minit, kemudian tos.

petua di dapur

Setelah tumis rencah, masukkan air sama banyak dengan sukatan beras, tunggu air mendidih, masukkan beras dan garam. Bila hampir kering baru kacau dalam 2 kali kaup.

Tutup periuk, kecilkan api. Tudung periuk kena rapat agar wap panas tak keluar. Sila tahan hati dan perasaan daripada buka penutup sebab nak wap panas untuk masakkan nasi. Jangan buka-buka!

11. Untuk yang baru belajar nak buat kek lapis, alas dasar dulang dengan baking paper supaya senang nak keluarkan kek daripada loyang. Tepi loyang, tak perlu disapu butter, nanti kek akan renggang sedikit bila selesai dibakar.

Kalau letak butter, lapisan tepi akan senget-senget. Untuk lapisan pertama, guna api atas bawah. Lapisan seterusnya, guna api grill sahaja. Yang penting, jangan lupa tekan setiap lapisan dengan gelas setiap kali selepas bakar. Kalau tak, nanti lapisan kek akan ada gelembung udara.

12. Untuk lempuk durian yang power, guna isi durian yang baik dan hanya campur gula. Saya selalu guna nisbah gula:durian:1:3.

Jangan campur tepung walau sedikit sahaja. Letak beberapa biji durian bersama, masak isi durian dan gula hingga lempuk tak melekat dengan biji durian yang dimasukkan bersama tu.

13. Kalau lauk termasin, boleh kurangkan dengan cara:

– Tumis rencah lain dan tambah ke dalam lauk. Tambah semua bahan kecuali garam.

– Letak kentang yang dipotong, kentang akan serap masin.

– Masukkan 1 sudu makan cuka atau air perahan lemon.

– Basahkan tudung periuk, tutup api lauk dan terus tutup periuk dengan tudung periuk yang basah itu.

14. Kalau nak masak bihun goreng panjang dan tak putus, pastikan rendam dulu bihun sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam dalam air. Jgn guna air panas nanti bihun senang hancur.

15. Kalau tak rebus paru dengan betul, satu rumah bau busuk tau. Cara nak hilang bau tak enak paru, rebus dengan serai yang diketuk dan beberapa helai daun salam.

petua di dapur

16. Nak roti jala yang cantik, adunan kena perap sekurang-kurangnya 30 minit supaya tepung tu dapat rehat sikit. Kalau tak, kita jala, hasil macam baju koyak, dia kembang dan tak halus macam jala.

17.  Kalau nak nasi lemak cantik dan berderai, kena cuba letak sedikit minyak masak sebelum menanak nasi. Mudah je kan?

18. Kalau tak nak air rebus melimpah keluar, kena guna senduk atau sudi kayu. Menjadi!

19. Nak buang biji jambu batu mudah sahaja. Guna sudu dan korek tapi kena cari sudu yang tebal supaya tak mudah patah.

20. Kalau masak daging tetel, waktu tengah rebus tu kena buang buih darah rebusan daging supaya bila masak lauk tak berbau hamis. Ramai yang tak buang sebelum ini.

Wah, berguna betul ya semua petua di dapur yang dikongsikan. Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Habibah Badar Bajrai

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×