Dapur

Resipi Nasi Kabsah, Guna ‘Rice Cooker’ Je Dah Siap!

10
SHARES

Masakan Arab kaya dengan penggunaan rempah ratus, aroma dari rempah ratus yang digunakan di dalam masakan mewangikan lagi masakan tersebut. Walaupun negara Arab banyak menggunakan rempah ratus, tetapi agak kurang sedikit penggunaan dari negara India.

Biasanya masakan Arab pasti terbayangkan makan bersama di dalam dulang. Kali ini resipi yang dikongsikan oleh pengguna tiktok yang dikenali sebagai @kak zaidah mengenai resipi nasi kabsah.

Baca juga: “Saya Berzina Tapi Solat, Diterima Allah Atau Tak?”- Ini Jawapan Ustaz Abdul Samad

RESIPI NASI KABSAH

Hari ini kak zada nak kongsi resipi nasi kabsah ayam. Ada yang buat nasi kabsah daging, ada yang buat nasi kabsah kambing jadi terpulang.

Bahan-bahan:

  1.  1 kg beras basmathi
  2. 1 ekor ayam
  3. 1 biji bawang merah
  4. 10 ulas bawang putih
  5. 6 batang cili padi hijau
  6. 1 pokok daun ketumbar
  7. 3 sudu makan serbuk rempah kabsah
  8. 3 sudu makan tomato puree
  9. 2 biji buah tomato

*Koma-koma dicampurkan dengan pewarna, minyak sapi, minyak menumis.

Bahan salad: 

  1. 1 biji bawang besar
  2. 1 batang timun
  3. 1 biji tomato
  4. Daun sup/bawang
  5. Air lemon/minyak zaiton

Pertama sekali, panaskan minyak dalam rice cooker. Masak atas api dahulu ya.

Kemudian tumis bawang holland, cili api hijau, daum ketumbar. Gaul sebati. Kalau dapat bagi lama sikit bagi dia layu sikit.

Masukkan tomato, kacau dan terus masukkan rempah kabsah.

Letakkan tomato puree. Kacau sehingga sebati.

Masukkan ayam dan gaul.

Boleh masukkan sedikit air supaya dia ada kuah sedikit. Boleh serap pada ayam. Kacau sehingga sebati. Air biar lah sama paras dengan ayam dan sekejap lagi ayam tersebut perlu diangkat. Hal ini kerana, ayam ini tak boleh masak dengan nasi nanti hancur.

Selepas ayam dah sebati dengan kuah, boleh angkat ayam tersebut.

Sekarang ini boleh masak nasi, rendamkan pewarna dengan saffron. Kalau tak ada saffron tidak perlu risau.

Masa untuk masukkan air, sukatan air ialah satu mangkuk beras bersamaan satu setengah mangkuk air. Boleh terus letakkan garam dan secukup rasa, agak-agak biar tak tawar.

Tidak perlu tunggu air mendidih, boleh terus masukkan beras. Beras tersebut dah direndam dahulu ya.

Kalau masak saya suka kacau dia. Apabila air banyak puan boleh kacau dia, kalau air dia dah susut dah mula nak mengering jangan kacau.

Tujuan kacau ini, agar beras ini lebih cantik, jangan risau beras tak patah kalau ada air. Kalau tak ada air dah kering jangan kacau lah nanti dia pecah.

Boleh tutup api dan letakkan dalam rice cooker. Biar dia masak sendiri.

Sementara itu, boleh buat salad. Masukkan timun, bawang holland, tomato, lobak merah. Potong secara dadu. Kacau.

Daun sup dan daun bawang. Potong secara halus. Kacau.

Kemudian masukkan air perahan lemon dan minyak zaiton. Jangan lupa letakkan garam dan gula. Kacau sebati.

Pergi semula kepada nasi tadi, boleh letakkan ayam atas nasi. Dah tutup periuk dan jangan diusik sehingga kering betul.

Setelah itu, kacau sedikit nasi ke ayam. Basmahti kalau tak letak minyak sapi dia macam tak sedap. Mesti nak bau minyak sapi sedikit.

Boleh taburkan bawang goreng. Beras tersebut ia dah masak tetapi ia cuma basah sedikit. Dah boleh tutup periuk.

Tunggu sekejap. Dah siap!

VIDEO PENUH

@jommasakdengankakzaidah

Nasi Kabsah Bahan-bahannya : 1kg beras basmathi 1 ekor ayam 1 biji bawang besar 10 ulas bawang putih 6 batang lada hijau 1 pokok daun ketumbar 3 sm serbuk rempah kabsah 3 sm tomato puree 2 biji buah tomato Koma2 dicampurkan dgn pewarna Minyak sapi, minyak menumis Salad : 1 biji bawang besar 1 batang timun 1 biji tomato Daun sup/bawang Air lemon/minyak zaitun Selamat mencuba! #jommasakngankakzaidah #fyp #fypシ #fypage #foryoupage #tiktokmalaysia #resipitiktok #nasikabsah

♬ original sound – ZaidahIbrahim – ZaidahIbrahim

Sumber: Tiktok jommasakdengankakzaidah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×