makanan

5 Tips Pilih & Beli Durian Terbaik, Isi Pun Mantap!

30
SHARES

Antara banyak-banyak buah, buah yang satu ini memang hebat penangannya. Sampai ada yang sanggup bermalam di kebun, dan merentas negeri semata-mata nak cari durian terbaik untuk melepaskan keinginan. Memang ada banyak durian dijual di pasaran tetapi masalahnya tidak tahu bagaimana hendak memilih durian terbaik. Dari luaran raja buah ini nampak elok, tetapi isinya tawar, masam dan keras.

Ada ketikanya rupa luar kurang menarik dan kecil tetapi yang itulah paling nikmat. Untuk penggemar durian, jangan risau. Sebelum anda keluar mencari durian yang sedap, jom tengok tip untuk cari durian terbaik yang isi mantap.

Baca juga: 3 Aktiviti Kuatkan Sistem Imun Anak Sekaligus Menjadikan Usus Yang Sihat!

1. Hinduri memilih  berdasarkan warna.

2. Pilih yang berbentuk bulat

Pilihlah durian yang berbentuk bulat. Umumnya, durian yang berbentuk bulat memiliki isi yang berwarna kuning dan lebih matang dibandingkan yang berbentuk lonjong. Durian dengan bentuk lonjong memiliki lebih isi lebih sedikit.

3. Periksa tangkainya

Siapa sangka kalau tangkai juga boleh menjadi petunjuk durian sudah matang atau tidak. Durian dengan tangkai yang tebal dan pendek menunjukkan bahawa isi buah tersebut tebal dan banyak. Hal sebaliknya jika tangkainya ramping dan panjang petanda isi tersebut tebal dan banyak.

4. Bentuk durinya

Pilih durian yang enak dan matang juga dari bentuk durinya. Pilih durian dengan bentuk pendek dan jarang kerana dipercaya lebih manis dibandingkan duri panjang dan berdempet atau terlalu banyak. Duri tersebut biasa menjadi tanda buah daging yang sedikit.

5. Beratnya ringan

Jika anda membeli buah durian dengan berat yang ringan maka petanda kalau buah durian tersebut matang dan berlimpah. Semakin berat durian tersebut maka bijinya yang besar, bukan isinya. Semakin besar bijinya, maka isinya semakin tipis.

Sumber: Facebook Azahari Abdullah 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×