Sihat

3 Aktiviti Kuatkan Sistem Imun Anak Sekaligus Menjadikan Usus Yang Sihat!

42
SHARES

Sistem imun merupakan pertahanan baris pertama anak anda terhadap anasir-anasir yang berbahaya dalam badan. Untuk menggalakkan tumbesaran anak yang sihat, sistem imun yang sihat memainkan peranan penting. Bergelar ibu bapa, secara tidak langsung, anda akan mempunyai keinginan untuk melindungi anak daripada jatuh. Malah ingin menghindarkan mereka daripada penyakit dan jangkitan.

Bagi membantu mengelak anak jatuh sakit, sudah tentu perkara paling penting untuk dilakukan adalah dengan menggalakkan amalan tabiat baik serta mengambil langkah melawan.

Baca juga: Top 5 Pulau Peranginan Yang Best Untuk Bawa Keluarga Bercuti

Semua nak anak-anak membesar dengan sihat. Sistem imun cukup kuat untuk halang bermacam jenis penyakit dari melekat pada badan. Bila besar nanti, taklah berisiko untuk senang jatuh sakit.

Apa contoh aktiviti bantu kuatkan sistem imun?

1. Berjemur

Tak perlu sunning ala ala orang putih. Cukup selama belasan minit di bawah sinaran matahari pagi. Bekal vitamin D untuk sistem imun.

Baiki mood dan karakter anak. Elak anak jadi mudah marah. Elak masalah rabun dekat. Paling padu, berada di luar rumah selama 30-60 minit dalam sehari.

2. Grounding

Saya pun suka buat. Kebiasaan lepas buat kerja. Saya keluar sekejap dan nikmati alam. Tanggalkan kasut dan jalan di atas rumput. Ikut kajian, grounding bantu redakan inflamasi. Dan kurangkan sakit dari segi emosi dan mental.

Bantu degupan jantung normal. Baiki kualiti tidur. Kurangkan hormon stres kortisol. Bantu anak untuk tahu cara tenangkan diri apabila sedang marah.

3. Makanan tinggi prebiotik

Anak kena makan makanan tinggi serat, protein dan prebiotik. Untuk sistem imun sihat. Usus juga perlu dalam keadaan terbaik. Punca segala penyakit datang dari usus. Elak bagi anak makan makanan berproses. Makanan tinggi gula. Dan tinggi pengawet serta pewarna.

Kesannya? Otak kecut. Sel neuron tak bertambah. Jangan jadi penyebab otak anak lembab. Kemudian, salahkan anak.

Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×