Asuh

3 Supplement Semula Jadi Penting Untuk Anak, Umur Seawal 6 Bulan Dah Boleh Bagi

44
SHARES

Ibu bapa sudah tentunya risau dengan kesihatan anak-anak apabila musim persekolah sudah bermula. Hal ini kerana mereka terdedah dan berjumpa ramai orang di sekolah dan boleh menyebabkan kesihatan anak-anak terganggu.

Menurut perkongsian Puan Mazliana Mazlan di laman Facebook, beliau menasihati ibu bapa di luar sana untuk memberi supplement semula jadi seawal usia mereka 6 bulan. Jelasnya, antara supplement boleh diberikan adalah madu, minyak kepala dara dan juga minyak zaitun. Ikuti perkongsian dengan lebih jelas di bawah.

Baca juga: Ibu Kongsi 11 Aktiviti Di Rumah Bersama Anak, Boleh Tingkatkan Skills Tau!

3 SUPPLEMENT SEMULA JADI PENTING UNTUK ANAK

Pastikan sentiasa ada stok supplement untuk tingkatkan imuniti anak dari sumber semulajadi macam ni dekat rumah kita.

1. Minyak kelapa dara

Minyak kelapa dara yang ini bau kelapa. Mungkin susah anak nak minum kalau dia tak biasa. Tapi kita cubalah. Ubat memang tak sedap kan. Mengandungi kandungan aktif yang bertindak sebagai antibakteria dan antifungus untuk badan.

Dapatkan di sini: https://shope.ee/7zWafyPiQj

2. Minyak zaitun

Minyak zaitun Al’Ard dari Palestin, dah banyak tahun saya guna. Dulu saya jual, ramai sangat yang beli. Sekarang dah tak sempat nak jual. Tinggi kandungan antioksida dan bersifat anti inflamasi, bantu untuk kurangkan radang dalam badan.

Dapatkan di sini: https://shp.ee/f4j7cmp

3. Madu asli

Kemudian madu. Saya suka rasa madu yang ini. Kena dengan lidah saya sebab rasa manis dia tak kuat sangat. Masu ni tak diproses dengan haba, tak ada bahan kimia dan racun serangga dalam pengendalian untuk hasilkan madu ni. Juga tinggi dengan kandungan antioksida dan bersifat antibakteria untuk melawan kuman dan tingkatkan imuniti badan.

Dapatkan di sini: https://shp.ee/v7ps525

AJAR ANAK DARI KECIL UNTUK KESIHATAN DIRI

Ajar anak makan dari kecil, supaya lidah mereka terbiasa dengan makanan macam ni. Minyak kelapa dara dan minyak zaitun, semua anak-anak boleh ambil, sejak umur 6 bulan.

Untuk madu, tunggu anak lebih setahun baru kita kenalkan. Ada risiko jangkitan kuman Botulism kalau kita bagi pada anak bawah umur setahun.

Saya akan cuba bagi setiap hari pada anak, untuk tingkatkan imuniti anak. Bila anak sakit, saya akan lebihkan lagi dos dari biasa, bagi 2 atau 3 kali sehari.

Waktu pagi sebelum ke sekolah, boleh bagi minyak zaitun dan minyak kelapa. Waktu malam sebelum tidur, boleh bagi makan madu.

1 sudu kecil pun dah cukup untuk permulaan. Bila anak dah umur 3-4 tahun, boleh naikkan jadi 1 sudu besar. Kalau ada anak anda yang kerap tak sihat, cuba bagi 3 supplement ni, dan elakkan makanan ultraprocessed dari anak. Korang akan nampak hasilnya kalau konsisten, insyaAllah.

Sama-sama kita cuba ya. Anak dah mula sekolah, mudah tak sihat bila bercampur dengan kawan-kawan. Antara usaha kita kat rumah, boleh sediakan supplement semulajadi untuk bantu tingkatkan imuniti anak-anak.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×