Asuh

Ibu Kongsi 11 Aktiviti Di Rumah Bersama Anak, Boleh Tingkatkan Skills Tau!

76
SHARES

Kalau anak-anak di rumah pasti ibu-ibu terfikir apa aktiviti sesuai dilakukan bersama mereka kan? Tak akan asyik menonton televisyen atau bermain telefon sahaja. Rugi kalau tak manfaatkan masa bersama-sama.

Oleh itu, untuk ibu-ibu yang ketandusan idea, boleh cuba aktiviti yang dikongsi oleh Puan Nur Fatin di Facebook miliknya. Setiap hari ada sahaja aktviti yang berkaitan dengan kemahiran motor halus. Jadi, tak ada lah asyik main telefon sahaja. Betul tak?

Jom tengok, rugi kalau tak cuba!

Baca juga: 10 Idea Aktiviti Untuk Anak Main Di Rumah, Lebih Jimat & Menyeronokkan

IBU KONGSI 11 AKTIVITI DI RUMAH BERSAMA ANAK, BOLEH TINGKATKAN SKILLS

Ini antara contoh aktiviti Qafeel dirumah yang aku buat bagi mengisi masa lapang dan sangat bagus kerana melibatkan kemahiran motor halus. Sampai suami saya kata boleh jadi cikgu tadika dah laa hari-hari perah otak nak buat aktiviti apa untuk anak.

Banyak manfaatnya untuk mereka. Good for attention, eye contact, focus, two way communication, language skills. Kemahiran motor halus adalah aktiviti yang melibatkan penggunaan otot-otot kecil yang mengawal pergerakan jari dan ibu jari dalam melakukan aktiviti.

Kemahiran ini paling banyak digunakan dalam proses tumbesaran kanak-kanak. Kemahiran motor halus ini bukan sahaja untuk membantu anak belajar memegang dan menyentuh sesuatu objek malah kemahiran ini sangat penting dalam persediaan untuk menulis kelak.

1. MENYUSUN OBJEK MENGGUNAKAN LIDI

– Meningkatkan daya fokus.

– Menguatkan otot jari.

– Koordinasi mata dan tangan.

2. GAM & MENABURKAN PASIR BERWARNA

3. MENYUSUN GETAH

– Meningkat koordinasi mata dan tangan.

– Meningkatkan daya fokus.

Taraaa jadilah menara sedikit condong.

4. MELEKAT STICKER

– Melekat sticker mengikut huruf yang sama dapat eningkatkan fokus serta berfikir.

5. MELUKIS BATANG AIS KRIM

6. MEMASANG KLIP

– Menguatkan otot jari.

– Meningkatkan daya fokus.

– Berfikir.

7. STICKER LINE

– Meningkat daya fokus.

– Koordinasi mata dan tangan.

– Menguatkan otot jari mencabut sticker.

8. MENGEPIT BATANG AIS KRIM

– Menyusun dan mengenal warna.

– Menguatkan otot jari.

– Meningkatkan daya fokus.

9. MASUK POM POM DALAM BOTOL

Nampak macam senang kan tapi bagi aktiviti macam ni untuk umur kanak-kanak sangat susah untuk seimbangkan masuk kedalam lubang botol.

– Koordinasi mata dan tangan.

– Menguatkan otot jari memasukan sesuatu objek.

– Berfikir.

– Melatih kesabaran.

10. MEMANCING GETAH

– Melatih kesabaran untuk mengutip satu persatu.

– Menguatkan jari untuk mengepit getah.

11. BERMAIN PUZZLE

– Melatih berfikir.

– Melatih menyelesaikan masalah.

– Melatih kesabaran.

*Selamat mencuba para ibu!

Sumber: Facebook Nur Fatin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×