Setiap kali keluar pasti yang menarik perhatian anak mestilah permainan. Ada sahaja permainan baharu mereka mahu beli dan kumpul untuk bermain di rumah. Sebenarnya, selain membeli mainan di luar, ibu bapa boleh sediakan mainan sendiri untuk anak-anak mengisi masa lapang. Apa yang penting mestilah lebih murah dan menjimatkan. Jom tengok!
Baca juga: 6 Jenis Mainan Patut Ada Di Rumah, Ibu Bapa Kena Beli!
10 IDEA AKTIVITI UNTUK ANAK MAIN DI RUMAH, JIMAT & MENYERONOKKAN
Peram lama sangat dalam gallery phone, harini kita simpan dekat sini. Mana tau boleh bagi idea untuk mak-mak yang ketandusan idea nak buat aktiviti anak.
Kebanyakan aktiviti Nadhif yang ni pada umur 2 tahun ke atas dan semua aktiviti fokus kepada fine motor skills (kemahiran motor halus).
Banyak manfaat daripada aktiviti ini semua. Bukan aktiviti biasa biasa yang buang masa, tapi aktiviti ni semua merupakan persediaan untuk anak melangkah ke alam persekolahan. Tak perlu alatan atau bahan mewah.
1. KINETIC SAND (CONSTRUCTION THEME)
Kinetic sand ni bagus untuk anak-anak yang jenis penggeli. Tekstur pasir ni main peranan sangat tau. Cumanya, aktiviti ni mak mak mesti la ready mental dan fizikal dan berada pada emosi yang stabil.
Pastikan lapik dengan alas meja/kanvas/tikar atau nak mudah main di luar terus atau bawak anak main pasir pantai. Sebab apa? Sebab kalau pasir ni jatuh ke lantai anak pijak dan berjalan 1 rumah dikhuatiri mak mak akan bertukar jadi raksasa.
*Tray hitam tu beli di Mr Diy. Berguna sangat kalau nak buat messy play dan sebagainya. Kalau tak buat aktiviti anak boleh letak dalam bonet kereta. Beli ikan ka ayam ka barang basah boleh letak situ.
2. SORTING COLOUR
3. COLOURFUL TOWER
4. COLOURFUL BEADS
Ini pun nampak mudah, berapa kali dia give up. Tapi disebabkan ummi dan abi jadi tukang sorak teruih dia bersemangat waja.
5. STRAW PAINTING
Aktiviti meniup ni sangat membantu dan digalakkan untuk anak-anak speech delay. Tapi jangan la sekali buat terus expect esok lusa anak dah boleh bercakap lancar. Buat dengan kerap dan banyak berkomunikasi dengan anak. Paling penting mak mak jangan putus asa okay.
6. PAINTING ON ICE
7. STAMP PAINTING
Mak-mak mesti suka shopping dekat shopee kan. Haaa kalau ada beli barang dapat bubble wrap tu please jangan buang okay. Guna untuk aktiviti anak.
Balutkan kaki anak dengan bubble wrap tu ala ala kasut nak pergi bercucuk tanam. Lepas tu bagi anak gunakan berus dan warnakan tapak kaki yang dibalut tu. Hamparkan kertas mahjung atau surat khabar atas lantai. Bagi anak berjalan atas tu. Wuahhh excited anak berjalan sambil dengar bunyi meletup letup manjaaahh tu.
Untuk anak yang penggeli sangat digalakkan aktiviti ni sebab tekstur watercolor ni basah-basah melekit sikit kan. salah satu sensory play yang sangat baik dalam membantu perkembangan deria dan sentuhan anak adalah dengan kaedah tactile play. Tactile is all about touch and texture. okay, faham kan ?
8. PRE WRITING SKILL
Jarang la guna bahan yang susah. Apa yang ada saja. Terbalik kan meja, lilit saja wrapping plastic keliling meja. Nanti ada yang tanya macam mana wrapping plastic tu. Alaaaa yang tutup makanan tu haa . Tau kan? Dah siap boleh la scribble/menconteng.
9. CIRCLE PAINTING
10. FROZEN POM POM
Sumber: Facebook Sazna Najihah