Sihat

Asam Gelugur Bantu Kawal Berat Badan Tapi Jangan Makan Berlebihan!

355
SHARES

Asam gelugur merupakan bahan penting dalam masakan kerana ia boleh membuat masakan lebih sedap dan mengurangkan bau hanyir makanan. Selain ditambah dalam masakan, asam gelugur juga boleh membantu untuk mengawal berat badan kerana mengandungi asid hidroksi-sitrik yang tinggi seperti penerangan Dr Suri Roowi di laman Facebook.

Baca juga: Tiba-Tiba Kaki Cramp! Ini Cara Hilangkan Sakit Otot Kejang, Memang Lega

ASAM GELUGUR BANTU KAWAL BERAT BADAN TAPI JANGAN MAKAN BERLEBIHAN

Bahan berkhasiat yang terdapat dalam asam gelugur dikenali sebagai asid hidroksi-sitrik (HCA). Bahan HCA:

a. Boleh membantu mengurangkan pembentukan lemak.

b. Boleh tingkatkan tahap serotonin (bahan kimia otak), yang membuatkan kita berasa kenyang.

Justeru, boleh membantu turunkan berat badan. Ada juga kajian menunjukkan asam gelugur boleh membantu:

– Menurunkan kolesterol LDL.

– Menurunkan trigliserida.

– Menaikkan kolesterol baik HDL.

Walaubagaimanapun, jika menggambil produk asam gelugur yang tinggi HCA, kita mungkin mendapat simptom seperti:

  • Pening
  • Mulut kering
  • Sakit kepala
  • Sakit perut atau cirit-birit

Jika anda menyusukan anak atau mengambil ubatan moden untuk masalah asma, diabetis, anemia dan buah pinggang. Anda dinasihatkan mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum ambil produk asam gelugur.

Ada juga laporan menyatakan penggunaan sumber tinggi HCA tidak sesuai pada pesakit yang mengidap penyakit kolitis atau penyakit usus.

Saintis di Universiti Houston melaporkan HCA boleh membantu melarutkan kristal kalsium oksalat (komponen batu karang).

Sumber: Dr Suri Roowi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×