Sihat

AWAS! Disangka Pedih Ulu Hati, Rupanya Itu Tanda Anda Ada Masalah Batu Karang Hempedu

9
SHARES
batu karang hempedu

Menerusi perkongsian Dr Ahmad Samhan di laman Twitter, seorang wanita datang ke kliniknya mengadu mengalami masalah pedih ulu hati dan sakit di bahagian rusuk kanan apabila mengamalkan makanan berlemak.

Pada mulanya, wanita itu menganggap dia mengalami gastrik tetapi apabila pemeriksaan lanjut dilakukan, doktor mendapati bahawa ada dua biji batu di dalam pundi hempedunya dan itu merupakan penyakit batu karang hempedu.

Baca juga: Bukan Sekadar Sedap, Air Tebu Rupanya Boleh Cegah Sel Kanser

APA ITU PENYAKIT BATU KARANG HEMPEDU? BAHAYA KE?

batu karang hempedu

Pundi hempedu berfungsi untuk menyimpan cecair hempedu yang dihasilkan oleh hati. Apabila seseorang itu makan, ia akan menghasilkan satu mekanisma yang menyebabkan pundi hempedu mengecut dan menolak hempedu yang disimpannya ke dalam usus.

Salah satu fungsi cecair hempedu adalah untuk memudahkan pencernaan lemak dalam usus. Batu hempedu terjadi di dalam pundi hempedu dan dalam istilah perubatan dikenali sebagai Cholelithiasis.

Kehadiran batu dalam pundi hempedu juga meningkatkan risiko untuk berlakunya jangkitan kuman atau pun keradangan pada pundi hempedu tersebut.

Keradangan pada pundi hempedu ini dinamakan sebagai Acute Cholecystitis. Jika batu tersebut tersekat dalam saluran hempedu menuju ke bahagian usus, ia boleh menyebabkan hempedu tidak boleh dikeluarkan ke dalam usus.

Ini menyebabkan proses penyingkiran bilirubin pun terganggu. Perkara inilah yang akan menyebabkan mata seseorang itu kelihatan kuning disebabkan bacaan bilirubin yang meningkat dalam badan.

Antara rawatan yang boleh dijalankan adalah:

1. ANTI BIOTIK

Jika pesakit sedang menghadapi keradangan pundi hempedu (Acute cholecystitis), pesakit akan diberi anti biotik terlebih dahulu untuk menghapuskan kuman supaya keradangan tersebut hilang terlebih dahulu. Kemudian barulah pembedahan boleh dilakukan.

2. PEMBEDAHAN 

Pesakit yang tidak mempunyai sebarang simptom, kebiasaan tidak akan menjalani pembedahan. Jika pesakit sudah ada simptom, pembedahan perlu untuk membuang pundi hempedu tersebut. Prosedur ini dikenali sebagai cholecystectomy.

Kesimpulannya, jangan biarkan sekiranya anda mengalami sakit di bahagian rusuk kanan dan pedih ulu hati. Segera dapatkan rawatan doktor.

Sumber: Twitter Dr Ahmad Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×