40 Minggu

Kasihan Baby Berulang Cek Darah Akibat Kuning Tinggi, Ibu Cuba Petua Ini, Mujarab!

33
SHARES
Demam kuning

Demam kuning atau nama spesifiknya Jaundis Neonatal sering berlaku dalam kalangan bayi yang baru lahir. Biasanya, jika bayi mengalami demam kuning, kulit dan bahagian putih mata akan kelihatan kuning. Gejala demam kuning ini boleh dilihat ketika bayi berusia 2 hingga 3 hari selama 10 hingga 14 hari.

Kaedah yang akan digunakan oleh pihak hospital untuk merawat bayi demam kuning adalah menggunakan sinar ultraviolet (UV) melalui lampu flurosen, halogen atau LED. Untuk demam kuning sederhana atau teruk, bayi mungkin perlu tinggal lebih lama di hospital.

Baca juga: 8 Jenis Ubat Batuk Mak Ayah Boleh Beli Di Farmasi Tanpa Preskripsi Doktor

PETUA HILANGKAN DEMAM KUNING BAYI YANG RAMAI TAK TAHU

demam kuning

Demam kuning bayi baru lahir adalah normal dan selalunya tidak dapat dielak. Jika ibu ayah di luar sana buntu memikirkan petua hilangkan demam kuning bayi, berikut kami kongsikan beberapa petua yang boleh dicuba.

1. FOTOTERAPI 

Bayi mungkin diletakkan di bawah lampu khas berwarna biru-hijau. Semasa rawatan tersebut, bayi hanya akan memakai lampin dan penutup mata pelindung. Terapi cahaya boleh ditambah dengan penggunaan pad atau tilam pemancar cahaya.

2. BERI SUSU BADAN IBU

demam kuning

Ibu perlu tingkatkan kekerapan penyusuan bayi satu hingga dua jam sekali supaya dapat menyingkiran bilirubin daripada badan bayi dengan lebih cepat. Jika bayi ditahan di wad, ibu boleh perah susu untuk dibekalkan kepada bayi dan berikan kepada petugas kesihatan.

Penyusuan yang kerap dapat merangsang pergerakan usus dan menyingkirkan bilirubin. Untuk mendapatkan kandungan lemak dalam susu ibu, bayi sekurang-kurangnya perlu menyusu dalam tempoh antara 10 hingga 15 minit agar susu diterima oleh bayi.

3. BERI SUSU FORMULA

Selain susu badan ibu, anda juga boleh cuba memberi bayi satu hingga dua auns (30 hingga 60 mililiter) susu formula setiap dua hingga tiga jam semasa minggu pertama demam kuning. Pastikan si anak menerima sekurang-kurangnya lapan suapan dalam tempoh 24 jam.

4. PEMAKANAN

Pemakanan ibu sangat penting untuk mengurangkan demam kuning bayi. Ibu dinasihatkan untuk ambil makanan tinggi serat yang dapat membantu memindahkan hempedu keluar dari hati.

Kemudian, pastikan ibu mengamalkan buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, bijirin dan badam untuk mengurangkan toksik.

Selain itu, ibu boleh mengamalkan protein tanpa lemak seperti tauhu dan ikan. Ikan tenggiri dan salmon mengandungi omega-3 yang boleh membantu metabolismekan asid lemak, alkohol, karbohidrat dan protein.

demam kuning

Sekiranya berada di rumah, ibu bapa jangan jemur atau tinggalkan anak di bawah cahaya matahari terlalu lama kerana boleh menyebabkan kulit anak terbakar. Dapatkan rawatan doktor sekiranya keadaan bayi semakin teruk dan tidak pulih.

Sumber rujukan:

1. Jaundice in Newborns, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/22263-jaundice-in-newborns

2. Infant jaundice, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/infant-jaundice/diagnosis-treatment/drc-20373870

3. Cara elak demam kuning, https://www.hmetro.com.my/WM/2021/10/771148/cara-elak-demam-kuning

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×