Sihat

Awas Risiko Obesiti, Ini Cara Untuk Anda Kawal Kalori Tanpa Perlu ‘Ikat Perut’

41
SHARES

Kalori merupakan tenaga yang terhasil daripada proses pembakaran makanan dalam tubuh dan cara mengukur kalori adalah dengan menggunakan unit kilokalori atau Kcal. Setiap makanan yang kita makan menghasilkan tenaga. Kalori juga digunakan dalam mengukur tenaga yang terdapat dalam makanan dan minuman. Tidak dinafikan, zaman kini kita disajikan dengan pelbagai jenis makanan dan minuman yang lazat, ia juga berinovasi menjadi lebih menarik namun hakikatnya tidak menyihatkan kerana tingginya kandungan lemak, gula, garam atau bahan perasa. Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi laman Fecebooknya menyarankan setiap individu untuk peka dan pengawal pengambilan kalori bagi mengelak masalah obesiti.

CARA KURANGKAN PENGAMBILAN KALORI TANPA BERLAPAR

Kemudahan untuk mendapatkan makanan kerana akses kepadanya yang semakin meluas menjadikan sesetengah individu tidak dapat mengawal diri dan memesan tanpa berfikir panjang. Mengurangkan pengambilan kalori tanpa mengambil kira pola pemakanan dan apa yang anda makan biasanya bukan cara yang wajar untuk menurunkan berat badan kerana berpotensi untuk gagal. Oleh itu, beberapa perubahan perlu dilakukan untuk membantu anda mengekalkan defisit kalori bagi tempoh yang lama tanpa berasa lapar.

Berikut antara 5 perubahan diet dan gaya hidup bagi membantu menurunkan berat badan :

1. FOKUS DENGAN MAKANAN DAN KUNYAH DENGAN PERLAHAN


Fokus dengan apa yang anda makan, elakkan bermain gajet sewaktu makan agar anda sedar cara pengambilan makanan anda dan dapat menikmati rasa, tekstur dan bau makanan. Praktikkan kunyah dengan perlahan kerana otak memerlukan 20 minit untuk menerima isyarat kenyang, kunyah dengan perlahan cenderung menjadikan anda untuk berhenti makan sebelum kenyang manakala mengunyah telalu cepat pula menyebabkan kesukaran berasa kenyang mengakibatkan kita makan lebih banyak.

2. LEBIHKAN PENGAMBILAN PROTEIN

Protein merupakan raja kepada segala nutrisi, menambah pengambilan protein adalah cara paling efektif serta mudah dalam usaha mengurangkan berat badan. Kajian menunjukkan protein meningkatkan kadar metabolisme dan membantu mengekang selera anda. Satu kajian menunjukkan bahawa orang yang makan 30% kalori daripada protein secara automatik makan 441 lebih sedikit kalori setiap hari.

3. ELAKKAN MINUMAN RINGAN BERGULA DAN JUS BUAH-BUAHAN

Antara cara mudah untuk anda mengurangkan berat badan juga adalah dengan mengelak daripada mengambil minuman bergula seperti soda, susu coklat, jus dan minuman dengan gula tambahan. Otak kita tidak mengkategorikan kalori bentuk cairan seperti kalori makanan yang boleh dikunyah. Kajian menunjukkan minuman bergula berkait rapat dengan peningkatan risiko kegemukan seperti dalam satu kajian terhadap kanak-kanak menunjukkan peningkatan risiko 60% untuk setiap hidangan minuman manis atau bergula setiap hari. Lebihkan meminum air kosong terutamanya sebelum makan kerana dalam satu kajian selama 12 minggu mendapati bahawa peserta yang minum 500ml air sebelum makan mengalami penurunan berat badan sebanyak 44% berbanding dengan mereka yang tidak.

4. BERSENAM

Bersenam juga penting dalam tempoh ini kerana apabila pengambilan kalori anda sedikit badan anda terpaksa imbanginya dengan cara menjimatkan tenaga iaitu dengan membakar sedikit. Ini menjadi faktor mengapa pengurangan kalori dalam jangka masa panjang boleh memperlahankan metabolisme dan menyebabkan anda kehilangan otot. Oleh itu, anda perlulah melakukan senaman mengangkat beban. Jika anda tidak dapat pergi ke gym, cukup lakukan senaman seperti push-up, squats atau sit up di rumah dengan kerap. Aktiviti kardio seperti berjalan kaki, berenang mahupun berjoging juga penting bukan hanya sekadar untuk menurunkan berat badan tetapi juga untuk kesihatan dan kesejahteraan yang optimum.

Sumber: KKM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×