40 Minggu

Hukum Gugurkan Kandungan Sebelum & Selepas Usia 4 Bulan, Haram Tak?

7
SHARES
kandungan 4 bulan

Baru-baru ini timbul persoalan tentang hukum gugurkan kandungan 4 bulan ke bawah apabila berlaku satu insiden dalam episod drama popular. Tambah pula, anak yang dikandung merupakan hasil dari perkahwinan apabila si wanita dan lelaki tidak tahu bahawa mereka merupakan saudara kandung.

Inilah pentingnya untuk lelaki yang berkahwin lebih dari satu isteri untuk memberitahu status perkahwinan mereka agar tidak berlaku insiden berkahwin sesama saudara. Namun, adakah kandungan hasil dari sumbang mahram ini boleh digugurkan? Berikut merupakan penjelasannya.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Perjalanan Semasa TTC & Apa Kena Buat, InsyaAllah Berjaya Dapat Zuriat!

HUKUM GUGURKAN KANDUNGAN 4 BULAN KE BAWAH

kandungan 4 bulan

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menggugurkan bayi dalam kandungan boleh dibahagikan kepada dua bahagian; iaitu menggugurkan kandungan sebelum berusia 4 bulan dan menggugurkannya selepas berusia 4 bulan. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW daripada Ibn Mas’ud RA:

إنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِيْ بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ يَوْمَاً نُطْفَةً، ثُمَّ يَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنفُخُ فِيْهِ الرٌّوْحَ

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap daripada kamu dihimpunkan penciptaannya di dalam rahim perut ibunya selama 40 hari, kemudian jadilah (nutfah) itu segumpal darah selama tempoh itu juga, kemudian jadilah (`alaqah) itu segumpal daging selama tempoh itu juga, kemudian diutuskan malaikat dan ditiupkan ke dalamnya roh”- Riwayat al-Bukhari (3208) dan Muslim (2643)

Menggugurkan kandungan yang berusia empat bulan atau kurang daripadanya adalah termasuk dalam perkara yang menjadi perselisihan dalam kalangan para ulama’ kerana dalam tempoh tersebut roh belum lagi ditiupkan ke dalam kandungan. Majoriti ulama mengatakan bahawa hukumnya adalah haram. Sebahagian lain mengatakan bahawa hukumnya adalah makruh.

Adapun menggugurkan kandungan selepas berusia 4 bulan, para ulama’ bersepakat bahawa hukumnya haram kerana pada usia tersebut, roh telah ditiupkan ke dalam kandungan ibu.  Namun, diharuskan menggugurkan bayi di dalam kandungan walaupun sudah ditiupkan roh kepadanya (selepas berusia 4 bulan), jika ia boleh mengancam nyawa ibunya seperti:

(1) Menurut Ijmak Fuqaha’, haram menggugurkan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab-sebab kecacatan yang teruk.

(2) Makruh menggugurkan janin yang berumur antara satu hari hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan daripada kedua-dua suami dan isteri.

(3) Ijmak Fuqaha’ berpendapat hukum pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu.

kandungan 4 bulan

Muzakarah telah mengambil keputusan bahawa adalah haram menggugurkan janin di dalam kandungan kecuali atas sebab-sebab kecacatan yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu. Begitu juga dengan isu yang membabitkan anak dari hasil sumbang mahram seperti disoalkan di atas, bayi tersebut boleh dilahirkan dan dibin atau dibintikan ayah tersebut, cuma pasangan suami isteri ini perlu dipisahkan kerana hubungan ini tidak sah dari segi agama.

@drkamilinjamilin SUMBANG MAHRAM, Boleh Ke Gugurkan Anak Dalam Kandungan? #LelakiItu #TV3Malaysia #IsuSemasa ♬ original sound – Dr. Kamilin Jamilin

Baca juga: 7 Jenis Makanan Yang Kaya Dengan Asid Folik, Badan Bakal Mommy Makin Subur & Sihat!

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan, Dr.Kamilin Jamilin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×