Asuh

Teknik Ajaib Nak Jauhkan Anak Dari Penyakit, Bukan Asyik Makan Ubat Semata-Mata!

7
SHARES

Sedar atau tidak kalau anak-anak kita memang mudah sahaja sakit seperti demam atau selesema? Kadang-kadang sudah pelbagai jenis ubat, makanan tambahan dan makanan sihat sudah diberikan, namun anak-anak masih mudah terkena jangkitan penyakit. Apa lagi yang perlu dilakukan?

Berdasarkan perkongsian dari Dr. Ahmad Luqman Bukhari, terdapat cara lain bagi mak ayah memastikan kebarangkalian anak-anak mudah terkena penyakit. Ini tidaklah hanya bergantung kepada ubat semata-mata kerana apa yang mak ayah perlu beri adalah ‘sentuhan ajaib’!

TEKNIK AJAIB JAUHKAN ANAK DARI PENYAKIT

Sebenarnya, bukan sahaja dari sudut ubat-ubatan dan makanan yang boleh mengelakkan anak-anak dari terkena jangkitan penyakit. Perlu anda tahu bahawa penjagaan dari segi emosi dan sentuhan fizikal juga adalah rawatan ‘ajaib’ bagi menjauhkan anak-anak dari serangan penyakit!

Hal ini kerana, selalunya individu yang sering tertekan dan kurang mendapat kasih sayang tertentu amatlah mudah untuk terkena penyakit. Hal ini kerana, rasa rendah diri dan stress tersebutlah yang akan memberi efek negatif kepada sistem imuniti badan.

KERAP DIPELUK BOLEH JADI PENAWAR

Perasan atau tidak ketika kita masih kecil, pelukan dari ibu seolah-olah ubat yang paling mujarab sekali apabila kita menangis? Inilah antara satu kajian yang dilakukan dimana, pelukan dan sokongan moral adalah antara penawar untuk mengatasi penyakit. Kajian mendapati, individu yang sering mendapat layanan kasih sayang seperti pelukan dan sokongan moral, kebarangkalian untuk terkena penyakit seperti demam dan selsema adalah lebih rendah.

Oleh sebab itulah, penting untuk ibu bapa bukan sekadar mengucapkan rasa sayang kepada anak-anak, malah berikan sedikit sentuhan kasih sayang juga buat mereka. Mungkin anak-anak yang masih kecil masih tidak tahu untuk memberitahu bahawa mereka tertekan, namun perhatikan segala tingkah lakunya yang negatif. Inilah masanya untuk mak ayah berikan pelukan ajaib buat mereka.

*Semoga bermanfaat!

Sumber: Dr. Ahmad Luqman Bukhari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×