Sihat

‘Kalau Boleh Makan Setiap Hari’- Pakar Kongsi Kelebihan Makan Nanas, Boleh Jadi Slim!

52
SHARES

Nanas atau nama saintifiknya Ananas comosus dari famili Bromeliacaeae merupakan antara hasil tanaman komersial yang penting dan digunakan oleh hampir seluruh penduduk dunia.

Jika durian dianggap Raja Buah, nanas pula ialah Permaisuri Buah disebabkan rasa dan perisanya yang sangat digemari ramai. Namun, masih ramai dalam kalangan kita yang menanggap bahawa nanas agak kurang sesuai dimakan kerana bersifat ‘tajam’ terutama sekali buat wanita yang sedang hamil. Tetapi, banyak khasiat lain yang ada pada buah nanas yang anda boleh manfaatkan dan boleh turunkan berat badan!

KELEBIHAN MAKAN NANAS BOLEH TURUNKAN BERAT BADAN!

Persediaan untuk makan malam – Nenas. Balik rumah tengok CikPuan isteri sudah beli nenas. Macam tahu tahu sahaja. Nenas adalah superfood. Penting untuk hanpir keseluruhan tubuh. Kalau mampu ambillah setiap hari.

Nenas sarat dengan vitamin C. Vitamin penting untuk hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus. Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre. Vitamin yang cantikkan kulit. Yang menarik tentang nenas ialah ia ada bromelain. Nutrisi yang hilangkan keradangan, kecilkan tumor serta redakan osteoarthritis. Bromelain juga disebut antara bahan turunkan berat badan.

Menurut Experimental Neurology Bromelain boleh menghalang berlakunya alzheimer. Kalau kita mahu elak dari jadi pelupa, berjinak jinaklah dengan nenas. Antara nutrisi lain ialah manganese. Penting untuk otak. Manganese bekalkan tenaga pada sel otak. Bertindak seperti power bank.

Seperkara yang saya suka tentang nenas ialah jumlah besar thiamin di dalamnya. Tugasnya tukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk tubuh. Ia juga disebut sebagai vitamin anti stress.

Petang petang balik kerja apa kata ambil sepotong nenas. Lepas makan baharulah pandu pulang. Pasti mood lebih baik. Saya suka ambil terus. Sekali dengan empulurnya. Banyak mineral dan nutrisi di situ. Apa kata cuba hari ini? Boleh boleh?

CARA PILIH NANAS DENGAN BETUL

1.Pilih nanas yang masak iaitu yang berwarna kuning terang. Elakkan juga membeli nanas yang sudah layu kerana terlalu masak. Ia dapat dilihat daripada keadaan kulitnya yang berkedut, merekah, dan daunnya yang layu.

2.Lebih bagus jika anda membeli nanas pada hari anda mahu memakannya. Nanas boleh disimpan di dalam peti sejuk sama ada sebelum atau selepas memotongnya.

3.Tapi, pastikan anda memakannya dalam tempoh 3 sehingga 5 hari.

4.Bungkus nanas dalam plastik sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk. Bagi nanas yang dipotong pula, simpan ia di dalam bekas kedap udara sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk untuk memanjangkan tempoh kesegarannya.

*Selamat makan nanas!

Sumber: Dr. Rizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×