Dapur

Lebih 5k Shares Di Facebook, Ini Resepi Bubur Ayam Paling Simple Siap Ada Cili Kicap!

330
SHARES

Setiap kali badan anda rasa kurang sihat, pastinya kurang selera makan. Jadi, salah satu menu yang menjadi pilihan adalah bubur nasi yang sudah pastinya menjadi kegemaran anak-anak juga. Mungkin dalam kalangan anda yang berpendapat bahawa menu bubur nasi ini agak bosan tetapi sebenarnya tidak. Ini resepi bubur nasi ayam yang simple dan sedap untuk anda legakan sakit badan tatkala tekak rasa tidak selesa.

RESEPI BUBUR AYAM SEDAP DAN SIMPLE

Rasa memang kena anak tekak sis dini anak beranak termasuk anak gajet memang suke sangat bila buat bubur. Masak dua puk beras pun licin. Cara sis dini buat.

1. Cuci beras dua puk masak dalam rice cooker biase jer. Masuk air banyak dari masak nasi biase, biarkan.

2. Bahan rebus ayam ( lihat gambar )

Bawang besar, bawang putih, halia, lada hitam sedikit, garam, ayam dada atau ayam ada tulang sedikit. Air ayam ni nanti masukkan dalam bubur nasi yang dah kembang. Ayam tu carik carikkan nanti.

Sis dini hanya campur garam dan secukup rasa dalam bubur setelah masukkan air ayam tadi. Awak agak lah ye nak bubur pekat atau cair setakat mana. Nak cair lebihkan sedikit air. Nak pekat kurangkan air. Sis dini suke sedang-sedang tak cair dan pekat.

-Bahan sayur
-Taugeh
-Sawi, pak choy/
-Daun sup
-Limau nipis

Bilis goreng asing. Penambah rasa

-Sambal kicap
-Chili flakes homemade
-Bawang goreng homemade

-Sambal kicap
-Cili padi
-Banyakkan limau kasturi
-Garam
-Kicap manis

Ni jer bahan sis dini pakai. Masya Allah memang puas hati dan berbaloi buat dengan apa rasa yang kita nak.

Sumber : Jauharatuddini Taib

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×