Dapur

Resepi Bubur Asyura’ Ala Utara, Menu ‘Wajib’ Bulan Muharram

73
SHARES

Sempena bulan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalendar Islam, bubur Asyura’ menjadi hidangan yang popular di bulan mulia ini. Kebiasaannya umat Islam di Malaysia, terutamanya, memasak hidangan ini secara bergotong-royong di kawasan perumahan masing-masing. Sungguh meriah!

Justeru itu, jika tahun ini anda gusar untuk membuat bubur Asyura’ secara beramai-ramai ekoran Covid-19 yang melanda, apa kata anda cuba buat sendiri di rumah berdasarkan resepi yang dikongsikan semula oleh Puan Salwa Wawa dari Encik Azahari Abdullah.

Baca juga: Resepi Mi Kuning Buatan Sendiri, Tanpa Guna Mesin. 4.2K Perkongsian!

RESEPI BUBUR ASYURA’ ALA UTARA

Selamat menjalani ibadah Puasa 10 Muharram (Puasa Asyura’).

BUBUR ASYURA UTARA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula merah
  • 3/4 cawan gula
  • 1cawan jagung/carrot
  • 6 cawan santan
  • 6 biji pisang masak di potong
  • 1 cawan kacang hijau*
  • 1/2 cawan kacang tanah*
  • 1 biji ubi keledek*

*Direbus sehingga lembut kecuali ubi keledek separuh masak.

CARA PENYEDIAAN:

Gambar: Tangkap layar di video saudara Azahari Abdullah yang sedang memasak bubur Asyura’ sehingga mendidih.

1. Bancuh tepung beras bersama santan, gula merah, gula, serta garam.

2. Tapiskan bahan tersebut ke dalam kuali dan masak sehingga mendidih dengan menggunakan api yang kecil.

3. Kemudian masukkan bahan yang telah direbus tadi dan kacau lagi sehingga bubur pekat (kental) dan adunan berkilat.

4. Masukkan pisang diakhir sekali.

5. Tuangkan dalam loyang/bekas dan ratakan.

6. Biar sejuk sebelum dipotong untuk dihidangkan.

Credit kepada yang empunya resepi (Resepi : Azahari Abdullah).

Anda boleh menonton video penuh untuk mendapatkan penjelasan yang terperinci mengenai proses membuat bubur Asyura’ melalui pautan yang dikongsikan dari saudara Azahari.

Selamat mencuba!

Baca juga: Facebook Salwa Wawa via Masak Apa Hari Ni..(MAHN) / Azahari Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×