Deko & Hias

Tips Tanam SERAI DALAM PASU, Buat Secara Serong Lebih Cepat Pokok Membesar!

24
SHARES
tanam serai

Serai merupakan “senjata” utama dalam masakan. Kalau tak ada serai, rasa sesuatu masakan itu kurang sedap. Setuju tak? Jadi, apa kata kali ini anda beli lebih sedikit untuk cuba tanam serai dalam pasu sendiri. Cukup sekadar satu pasu pun dah okay sangat untuk kegunaan sendiri.

Jom lihat tips ringkas tanam serai dalam pasu yang dikongsikan Mohd Amri di bawah.

Baca juga: Buat 6 Teknik Asas Tanaman Dari Lelaki Ini & Lihatlah 3 Jenis Pokok Cilinya Sihat-Sihat Belaka!

TANAM SERAI DALAM PASU

tanam serai

Gambar: Mohd Amri

Tip ringkas tanam serai di dalam pasu

Setiap kali beli di kedai atau pasar, balik-balik nanti kering dan kecut. Apa kata kali ini, sahabat beli lebih sedikit untuk masak dan cuba tanam sendiri. Cukup sekadar satu pasu pun dah ok sangat untuk kegunaan sendiri.

Antara tips yang saya boleh kongsi ialah:

Baca juga: Cara Mudah Tanam TIMUN Dengan Betul, Ikut Tips A-Z Ini Baru Gemuk-Gemuk Hasilnya!

Peringkat semaian, tanam dan baja

1. Dapatkan serai yang lebihan anda beli di kedai atau pasaraya. Biasanya, akar sudah tiada sebab dibuang oleh pembekal. Tiada masalah, sahabat tetap boleh rendamkan ke dalam air kosong.

Proses ini bertujuan untuk menggalakkan akar baru tumbuh atau bertunas. Kebiasaannya, mengambil masa 4 sehingga 5 hari.

2. Setelah akar keluar, bolehlah ambil beberapa batang dan tanam terus ke dalam tanah. Kaedahnya, saya selalu tanam secara SERONG atau lebih tepatnya pada sudut 45 darjah.

Tujuan, untuk lebih cepatkan pokok membesar.

3. Kedalaman tanam ke tanah tidak perlu dalam. Sekadar menutup akar dan tidak perlu sampai menutup perut serai.

Baca juga: MINYAK KUIN Cara Orang Dulu Cat & Rawat Dinding Kayu Rumah Kampung, Lambat Reputnya!

4. Jenis tanah pula, jangan guna yang terlalu poros. Pada peringkat awal, saya akan siram sehari dua kali sehingga stabil dan mula menampakkan daun-daun baru.

5. Pembajaan tidak perlu terlalu kerap, sekadar dua minggu sekali. Sama ada menggunakan:

  • Baja berbentuk serbuk seperti tahi ayam, kambing;
  • Baja butiran seperti baja NPK 15:15:15 atau;
  • Baja berbentuk cecair seperti baja ab

6. Pokok serai yang matang, biasanya mengambil masa selama 5-6 bulan. Tapi, saya punya tanam dalam Mac hari itu, dah boleh guna untuk masak tak sampai 5 bulan pun lagi, hehe.

Baca juga: Ini Proses Buat Cincau Hitam Dari Pokoknya, Lebih Asli & Sedap!

Peringkat kawalan serangga

tanam serai

Gambar: Mohd Amri

1. Pokok serai pun ada serangan mahkluk perosak seperti bena putih dan kulat.

Justeru, boleh gunakan semburan organik seperti cuka kayu sambil diselikan dengan semburan yang telah dipelajari dari group ini. Iaitu menggunakan air rebusan cengkih, taburan kunyit atau sebagainya.

2. Selain itu, dalam 3-4 bulan sekali saya akan buat pemangkasan daun secara “ringan”. Ia bertujuan memastikan cahaya matahari sampai ke tengah rumpun.

Ianya bagi mengelakkan rumpun serai terlalu lembab disebabkan daunnya terlalu lebat sehingga menutup pangkal. Apabila pangkal terlindung dari cahaya matahari, pokok mudah menjadi lembab dan serangga seperti pengorek batang menyerang dan bena putih boleh bersarang.

Itu sahaja perkongsian ringkas tentang semaian, tanaman, pembajaan, dan penjagaan pokok serai. Diharap dapat membantu sahabat diluar sana.

Baca juga: Cara Tanam Daun Pudina (Mint) Guna Keratan, Sisakan Pucuk 2 Helai Daun Baru Subur!

Sumber: Mohd Amri

FT Image: Mohd Amri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×