Dapur

‘Syurga Kuman’, Rupa-Rupanya Kuman Di Span Cuci Pinggan Boleh Jadi Punca Cirit-Birit!

124
SHARES

“Span tu dah letak sabun pencuci pinggan, takkan tak bersih lagi?”

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang menganggap bahawa span pencuci pinggan sudah bersih kerana selalu diletakkan bersama sabun bukan? Ternyata anggapan anda salah!

Hal ini kerana menurut kajian, span yang direndam di dalam larutan air bersabun adalah lebih kotor dari tandas kita. Patutlah, kadang-kadang asyik kerap sahaja sakit perut kalau span yang digunakan sudah lama tidak ditukar. Jadi, ini adalah cara yang anda boleh gunakan untuk membasmi kuman yang ada pada span pencuci pinggan.

SPAN CUCI PINGGAN PUNCA CIRIT BIRIT?

Anda gunakan span untuk bersihkan pinggan, mangkuk, cawan, botol susu baby, periuk, sudu garfu, dan bermacam-macam lagi perkakas dapur. Tahukah anda? Pelbagai jenis kuman bakteria, Acinetobacter, Moraxella, Chryseobacterium, dan kulat melekat di span dapur rumah anda.

Anda mungkin berpendapat, sabun pinggan anda boleh bunuh kuman-kuman tersebut. Namun kajian-kajian telah menunjukkan kuman masih wujud walaupun ianya direndam dalam sabun pinggan dan boleh jadi lebih kotor berbanding keadaan di dalam tandas anda. Span adalah SYURGA bagi kuman.

Anda dan keluarga anda juga berisiko untuk mendapat cirit birit jika tidak bernasib baik. Tahukah anda, span di rumah anda perlu ditukar setiap tiga minggu sekali? Jom ikuti tips membersihkan span di bawah:

1. Rebus 5 minit atau,

2. Microwave. Letak dlm air + bleach selama 2 minit atau,

3. Beli span baru. 3 minggu sekali wajib tukar. Lebih afdal, seminggu sekali tukar atau bila dah berbau busuk, mana-mana lebih

awal.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggunakan cuka sebagai rendaman span. Hanya tuangkan cuka dan rendamkan span selama 5 minit untuk pastikan kuman di span mati. Kemudian bilaskan dengan air.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×