Melangsungkan majlis nikah dan sanding hari yang sama semakin menjadi pilihan rata-rata bakal pasangan pengantin di Malaysia. Gabungan kedua-dua majlis ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah lebih praktikal dalam menguruskan kos dan tenaga.
Sekiranya anda ingin mengadakan majlis nikah dan sanding pada hari yang sama, boleh ikut cadangan tentatif seperti perkongsian di bawah ini.
Baca juga: Contoh Teks Ucapan Pengantin Kepada Ayah & Ibu, Ringkas Tapi Mendalam
NIKAH DAN SANDING HARI YANG SAMA, INI TENTATIF BOLEH IKUT
Sekiranya anda ingin nikah pagi dan sanding tengah hari, ini tentatif yang boleh diikut:
6.00am – 8.00am
– Masa untuk pengantin solat Subuh dan bersiap.
8.00am – 9.00am
– Bertolak ke lokasi nikah. Persiapan terakhir sebelum mula masjid akad nikah.
9.00am – 10.00am
– Majlis akad nikah berlangsung. Bergantung pada kadi. Kadang-kadang lambat dan cepat.
10.00am – 10.30am
– Sesi sujud syukur, batal air sembahyang, sarung cincin dan serah mas kahwin.
10.30am – 10.45am
– Sesi bergambar dan video bersama keluarga.
10.45am – 11.15am
– Sesi pengantin beramah mesra dengan keluarga.
11.15am – 12.30pm
– Masa untuk tukar baju sanding. Touch up makeup.
12.30pm – 12.45pm
– Perarakan masuk pengantin. Terus ke pelamin.
12.45pm – 1.15pm
– Bacaan doa makan beradab.
1.15pm – 1.30pm
Sesi potong kek. Kalau tak ada, boleh lakukan sesi lain.
1.30pm – 2.15pm
– Pengantin berhenti untuk solat.
2.15pm – 3.30pm
– Sesi bergambar bersama keluarga dan tetamu.
3.30pm – 4.15pm
– Sesi pengantin bergambar dan video bersama pasangan.
4.15 – 4.30pm
– Pengantin bergerak untuk sesi bergambar outdoor.
4.30pm – 6.00pm
– Sesi outdoor tamat. Selesai majlis akad nikah dan sanding pada hari yang sama.
Diharapkan dapat memberi manfaat buat bakal pengantin di luar sana.
Baca juga: Sunnah Setelah Akad Nikah Yang Pengantin Terlupa Buat, Rugi Kalau Tak Baca Doa Ini
Sumber: TikTok Aura Ijab Studio