DIY & Kraf

Baju Bau Busuk & Kepam Terus Wangi Bila Sembur Ini, Tak Payah Basuh Semula!

29
SHARES
BAU BUSUK

Cuaca tidak menentu boleh menyebabkan baju yang sudah dibasuh bau busuk dan kepam kerana tidak kering sepenuhnya. Selain membasuh semula pakaian tersebut, anda boleh cuba beberapa tips seperti perkongsian penulis di bawah.

4 tips atasi baju bau busuk ini hanya menggunakan bahan yang mudah dicari dan tidak begitu mahal. Ini bermakna ia lebih menjimatkan dan rugi kalau tak cuba!

Baca juga: 10 Tips Rumah Kekal Bersih & Wangi Macam Hotel, Ramai Belum Tahu!

BAU BUSUK & KEPAM WALAUPUN DAH BASUH BAJU? INI CARA ATASI

BAU BUSUK

1. Cuka putih

Sekiranya anda mengalami masalah baju bau busuk dan hapak, boleh buat semburan menggunakan cuka putih. Caranya:

– Campurkan sedikit cuka dan air. Kemudian sembur di baju anda.

– Biarkan beberapa minit dan bau tersebut pasti akan hilang.

Selain cara di atas, anda juga boleh merendam pakaian ke dalam cuka dan air suam untuk menghilangkan bau. Biarkan selama lebih kurang 30 minit sebelum dibilas menggunakan air bersih.

2. Jus lemon

Seterusnya, anda juga boleh menggunakan jus lemon. Caranya adalah:

– Tuang jus lemon ke dalam botol semburan.

– Kemudia, sembur pada baju yang berbau busuk.

– Biarkan sehingga kering di bawah sinaran matahari sebelum digunakan.

3. Serbuk boraks

Boraks atau sodium tetrabora boleh digunakan untuk menghilangkan bau busuk pakaian anda. Mudah sahaja, anda hanya perlu:

– Campurkan serbuk boraks dengan air suam dan basuh baju menggunakan pes tersebut.

Sentiasa berhati-hati dan pakai sarung tangan apabila menggunakan boraks.

4. Gel silika

Langkah terakhir bagi menghilangkan baju bau busuk adalah dengan meletakkan gel silika di dalam almari anda. Pengunaan gel ini boleh menyerap bau dan mengurangkan risiko kulat tumbuh di dalam almari.

Kesimpulannya, jika anda mengalami masalah baju bau busuk, boleh cuba tips yang dikongsikan di atas ini.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Tukang Kebun Kongsi ‘Rahsia’ Guna Soda Penaik Untuk Tanaman, Serangga Pun Lari!

Sumber: The Spruce

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×