Asuh

#ProjekMimpi: Mak Ayah Dipuji Ajar Anak Buat Kerja Rumah, Pandai Gosok Baju Sekolah Sendiri!

21
SHARES
mendidik anak

Benar kata pepatah Melayu, “melentur buluh biar dari rebungnya” sangat bersesuaian dengan maksudnya di mana, mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi. Terutama dalam membantu untuk melakukan tugas-tugas rumah. Mula-mula mungkin mereka akan berasa seperti terpaksa namun, pada satu tahap ia akan berubah kepada kebiasaan dan tersemat sebagai amalan.

Begitulah yang dilakukan oleh seorang bapa bernama Mohd Yazid Ismail bersama isterinya dalam mendidik anak-anak mereka. Ajaran disiplin dalam kelembutan sejak mereka kecil dalam melakukan kerja rumah telah memberi kesan positif kepada anak-anaknya. Semoga memberi inspirasi kepada ibu bapa di luar sana!

Baca juga: “Kalau Macam Ni Hantaran 50K Belum Tentu Cukup”- Wanita Ikat Sendiri Bata Bina Rumah, Kemas Macam Pro!

MENDIDIK ANAK DARI KECIL BANTU MELAKUKAN TUGAS RUMAH

Alhamdulillah. Nisreen walaupun baru darjah 1 tapi dia pandai buat sendiri banyak benda. Malah terlebih rajin, hari Jumaat dia dah siap gosok baju sekolah untuk hari Isnin. Lipat baju sendiri. Basuh pinggan sendiri sejak umur 5 tahun.

Ini semua hasil dari dia tengok kakak dan abang juga buat sendiri. Memang berbaloi kami ajar anak-anak buat kerja rumah dari awal, ia jadi norma keluarga sekarang.

Meja makan mesti dilap dan dikemaskan selepas makan. Walaupun anak baru umur 3 tahun kami ajar kalau makanan tumpah mesti kutip sendiri. Bukan Abah bukan Mama yang kutip.

Anak-anak kemas dan susun pinggan selepas makan di kedai

Gambar hiasan: Junery Ace Villa / Facebook – UpDaily.

Tempoh hari, saya dan 5 orang anak makan di satu restoran di Bukit Mahkota. Mama dan Baby Noura tak ikut. Restoran ni laku, orang beratur tunggu nak duduk dekat meja masa tu.

Selepas makan saya pergi bayar di kaunter, anak-anak susun pinggan dan gelas. Lap meja guna wipe. Tapi kerja mengemas mereka agak lambat sebab berhati-hati.

Padahal dah ada orang tunggu nak duduk di meja kami. Waiter datang bagitahu tak apa tak perlu susunkan pinggan-mangkuk dan tak perlu lap meja, biar waiter yang buat.

Dhia tanya saya, “Tak apa ke tinggal tak kemas, Abah?”. Begitulah budak-budak ni akan rasa bersalah jika tak bersihkan selepas makan walaupun di restoran.

Tiada anak yang dilahirkan sebagai pemalas, pentingnya didikan ibu bapa

Gambar hiasan: PrettyEasyLife.

Sebenarnya tiada anak yang dilahirkan sebagai pemalas, tapi ibu bapa yang menjadikan anak malas dengan tidak bagi anak buat kerja rumah dari awal. Bila dah besar susah nak dididik.

Anak lelaki dan perempuan mesti sama-sama buat kerja rumah. Tiada beza. Guna lah peluang masa anak masih kecil untuk ajar dia buat kerja rumah. Sangat senang nak memupuk sifat rajin dari kecil sebab anak-anak masih lembut dan fleksibel.

Tak perlu nak marah-marah. Anak sebenarnya gembira dapat buat kerja rumah sebab budak-budak memang kena ada banyak aktiviti bergerak.

Zikir “ala dia kecil lagi”, membantutkan pembelajaran anak sebenarnya

Menjengah di ruangan komen, ramai dalam kalangan ibu bapa bersetuju dengan didikan yang dibuat oleh saudara Yazid terhadap anak-anaknya selain, pujian yang diberikan.

Malah, mereka juga bersependapat dan sudah mula mengajar anak-anak dalam membantu dan melakukan kerja-kerja rumah dari kecil tanpa sebarang perbezaan jantina. Semua diajar dengan sama rata. Bagusnya!

Sumber: Facebook Mohd Yazid Ismail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×