Asuh

‘Check’ Cara Anak Menulis Ikut Peringkat Usia Mereka, Normal Atau Tak?

15
SHARES

Ibu bapa tahu tak pendedahan awal dengan memberikan pensel dan kertas akan mendatangkan risiko anak malas nak belajar? Haaa, jangan terkejut tau. Kita semua beranggapan dengan memberikan pendedahan awal akan membuatkan anak-anak akan lebih cepat ‘tangkap’ berbanding anak-anak seusia mereka yang lain.

Sebelum menerima kehadiran cahaya mata terutama sekali cahaya mata sulung. Pendedahan mengenai ilmu penjagaan anak-anak perlu dipelajari terlebih dahulu oleh ibu bapa. Bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Baca juga: Apa Punca Anak Kena Sawan? Macam Mana Nak ‘Handle’?

CARA ANAK PEGANG PENSEL ITU NORMAL ATAU TAK MENGIKUT UMUR MEREKA

Kemahiran atau perkembangan anak-anak yang normal perlu dilatih mengikut peringkat umur seperti menulis, memberi pensel dan kertas. Apabila terlalu awal mendedahkan mereka akan mengakibatkan mereka hilang minat untuk belajar suatu hari nanti. Oleh itu, proses terpaksa akan membuatkan mereka ada experience menulis yang tak seronok.

Sebenarnya, ada banyak cara yang lebih fitrah untuk latih anak menulis ni. Kita boleh cek juga cara anak pegang pensel tu, normal atau tak mengikut umur mereka.

Cuba cek, adakah anak kita dah mahir menulis? Adakah pegangan pensil mereka dah cukup efisyen? Adakah motor halus mereka dah cukup baik?

Skill menulis mengikut peringkat umur :

1-2 tahun:

– Memegang krayon secara menggenggam.

– Memahami yang krayon / pensel digunakan untuk menconteng.

3-4 tahun

– Melukis garis bergelombang di seluruh halaman yang kelihatan seperti garis dari buku teks.

– Menulis beberapa huruf, terutama huruf yang terdapat pada namanya.

-Boleh menulis nama mereka.

– Mungkin mula melukis gambar dan melabelnya menggunakan huruf atau tanda seperti huruf.

5-7 tahun

-Pegang pensil dengan betul dan bentuk huruf dengan tepat.

-Ketahui bunyi huruf yang dibuat dan mengeja perkataan berdasarkan bagaimana mereka berbunyi.

-Sudah boleh mengeja Sight Words (The, And Here, You etc).

– Labelkan gambar dengan beberapa perkataan yang betul.

Haa, kepada ibu bapa lepas ini boleh lah terus mempelajari dan dalam masa yang sama pengawasan perkembangan anak-anak okey. Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×