Dapur

Ini ‘List’ Makanan Manusia Tak Boleh Bagi Kucing Makan, Hati-Hati!

makanan kucing tak boleh makan

Sikap prihatin suka memberi makanan kepada kucing merupakan perbuatan yang mulia. Namun begitu, anda juga perlu tahu terdapat beberapa makanan kucing tak boleh makan terutama yang dikhususkan untuk manusia.

Hal ini kerana, beberapa jenis makanan tersebut boleh mendatangkan kemudaratan kepada si bulu comel ini. Jom, lihat 6 jenis makanan manusia yang tidak boleh diberikan kepada kucing untuk makan.

Baca juga: Jangan Panik! Ini 9 Cara Mengatasi Si Bulu (Kucing) Yang Diserang Sawan

MAKANAN KUCING TAK BOLEH MAKAN

makanan kucing tak boleh makan

Ini 6 Senarai Makanan Manusia Si Kucing Patut Elakkan

Jika anda memutuskan untuk memberi kucing anda makan makanan manusia, berikut adalah beberapa makanan yang tidak sepatutnya terdapat dalam menu si bulu:

1. Produk tenusu

Walaupun sewaktu peringkat anak kucing memakan susu ibunya, apabila bercerai susu, ia kehilangan keupayaan untuk mencernanya dengan betul dan menjadi tidak bertoleransi laktosa.

Oleh itu, makan produk tenusu seperti susu dan keju berkemungkinan memberi si bulu sakit perut. Susu kucing juga mengandungi banyak kalori, jadi boleh menyebabkan kucing anda banyak nanah.

2. Coklat

Coklat mungkin lazat kepada manusia, tetapi membawa maut kepada kucing. Ia mengandungi bahan yang dipanggil theobromine yang beracun untuk anjing dan kucing.

Malah dalam jumlah yang kecil boleh menyebabkan masalah jantung, sawan dan juga kematian.

3. Daging mentah

Walaupun kebanyakan kucing suka makan makanan mentah, ia boleh menimbulkan banyak masalah.

  • Daging mentah mengandungi bakteria dan parasit yang boleh menyebabkan kucing sakit.
  • Kebanyakan diet makanan mentah tidak mengandungi nutrien yang mencukupi untuk memastikan kucing anda sihat.

4. Bawang putih & Bawang besar

Memberi kucing makan bawang putih akan bantu menghilangkan parasit seperti kutu dan cacing, merupakan mitos tentang kucing yang biasa didengari.

Sebenarnya, bawang putih dan bawang merah sangat berbahaya kepada kucing. Walaupun jumlah yang kecil boleh menyebabkan mereka mengalami anemia yang mengancam nyawa.

Lebih baik menangani parasit menggunakan rawatan yang ditetapkan oleh doktor haiwan.

5. Hati

Hati mengandungi vitamin A yang tinggi dan boleh menyebabkan kucing sakit teruk jika memakannya terlalu kerap. Jika anda memberi hati kepada kucing, pastikan tidak diberikan hati lebih daripada sekali seminggu.

6. Tuna

Tuna yang dirumus khas sebagai makanan kucing adalah baik untuk memberi makan kepada si bulu. Namun, tuna khas untuk manusia sebaiknya dielakkan kerana ia boleh menyebabkan gangguan pencernaan.

Sumber: Cats Protection

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×