Dapur

Resepi Ayam Untuk Diet, Amalkan Waktu Bulan Puasa Raya Nanti Boleh ‘Cheat Day’!

61
SHARES

Terdapat pelbagai menu sihat yang boleh dibuat ketika bulan puasa ini. Antaranya seperti perkongsian di bawah oleh Puan Fatihah. Resepi ini sangat mudah untuk dibuat dan bahannya pun tidak sukar untuk cari. Paling penting ianya sedap, anak-anak pun mesti akan suka!

Menurutnya, mengamalkan makanan sihat ketika bulan mulia ini untuk dia menikmati pelbagai juadah hari raya sebagai pilihan ‘cheat day’. Bernas juga idea ni! Dapat makan puas-puas nanti, lemang atau rendang yang jarang nampak dalam setahun tu.

Baca juga: Rupanya Ramai Tak Tahu Buah Pokok Bunga Kantan Boleh Dimakan & Berkhasiat!

RESEPI AYAM UNTUK DIET, AMALKAN WAKTU BULAN PUASA RAYA NANTI BOLEH ‘CHEAT DAY’!

Makan dengan sedap dan sihat. Hari raya saya akan cheat dan nikmati segala juadah raya. Maaf, saya post hanya untuk berkongsi apa yang saya makan. Saya hormati segala cara pemakanan awak semua, setiap orang tak sama tapi inilah cara saya sejak hidup sama-sama dengan suami.

Suami saya adalah pakar nutrition dan atlit bina badan, awal tu saya ikut sebab tak nak suami kecil hati lama-lama nampak hasil yang hebat saya jadi seronok dan teruja. Dah 5 tahun saya makan macamni, bila diluar saya akan makan apa pun, saya normal macam orang lain jugak cuma takkan ada gula didalam rumah.

Nak buat guna daging pon sedap tau.

RESEPI AYAM SIHAT SEDAP!

Bahan Ayam Sihat Sedap

  • Isi ayam 1kg dikisar.
  • Telur 5-6 biji.
  • Segala jenis sayur yang awak suka.
  • Blackpepper dan white pepper.
  • Garam pink.
  • Bawang putih dan bawang besar

CARA SAYA MENYEDIAKANNYA

1. Minyak medella sedikit untuk tumis bawang putih yang dicincang dan bawang merah yang dipotong dadu. Selepas tu satukan semua bahan dan kukus. Masa nak makan saya akan grill sikit bagi warna nampak menarik.

2. Cara tak sihat boleh dipotong dadu selepas kukus, celup telur dan goreng macam nugget atau tambah tepung bulat bulatkan atau buatlah bentuk yang awak suka dan goreng. Ikut cara awak, tambahlah bahan perasa apa yang awak suka cuma kawal jangan berlebihan sahaja.

UPDATE CARA LAIN:

Tak kukus pon boleh, masak jer atas kuali macamtu jer. Biar dia jadi macam telur hancur tu. Lepastu nak makan dengan roti pon boleh dengan wrap pon boleh.

Yang mana nak makan ala-ala wrap tu nak tambah kewpie sikit pon sedap. Olah je resepi ikut selera kita tapi kawal la pengambilan sos dan apa-apa bahan perasa.

Sumber: Facebook Saya Fatihah via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×