Dapur

9 Menu Makanan Tengah Hari & Malam ‘Kids Friendly’, Yang Penting Tiada MSG Tiruan!

29
SHARES
menu makanan tengah hari

Penyediaan makanan yang berkhasiat untuk anak-anak yang makin membesar merupakan elemen yang paling penting. Melalui menu makanan tengah hari dan malam serta sarapan yang berkualiti menjadi bekalan tenaga buat mereka khususnya semasa ke sekolah.

Jadi, mungkin ramai dalam kalangan ibu sudah buntu tentang idea makanan apa lagi yang boleh dimasak untuk anak-anak. Yang penting adalah, makanan tersebut ‘kids friendly’ iaitu tanpa pengawet, MSG, dan tiada pewarna. Berikut merupakan koleksi menu yang dikongsikan oleh Doktor Mazliana Mazlan di laman Facebooknya.

Baca juga: Rupanya Ini Cara Pilih Ketam Isi Penuh Supaya Tak Hampa Setiap Kali Makan, Barulah Puas!

MENU MAKANAN TENGAH HARI DAN MALAM UNTUK ANAK-ANAK

Semua resepi kids friendly, versi tak pedas. Tak ada pengawet tiruan. Tak ada MSG tiruan. Tak ada pewarna. Nak masak sihat kat rumah tak susah sebenarnya, cuma kena ada plan yang betul je. Susun jadual menu untuk anak-anak, supaya diorang tak jemu makanan sama setiap minggu.

1.TOMYUM KELAPA IMUNITI

menu makanan tengah hari

Bahan-bahan:

1. Bawang putih dan halia
2. Minyak kelapa
3. Cili merah
5. Udang dan sotong
6. Akar ketumbar dan daun limau purut
7. Serai
8. Air kelapa
9. Garam Himalaya

2.AYAM BUTTER KICAP

menu makanan tengah hari

Sediakan semua bahan ni;

1. Ayam tanpa antibiotik dan hormon
2. Kentang Australia
3. Cili merah buang biji sebab taknak pedas
4. Bawang Holland
5. Pure butter
6. Kicap tanpa MSG

3.DAGING MASAK MERAH

menu makanan tengah hari

Bahan-bahan;

1. Daging batang pinang hiris nipis
2. Bawang putih dan bawang holland
3. Ibu sambal
4. Minyak kelapa
5. Sos cili
6. Sos tomato
7. Sos ikan
8. Sos tiram
9. Cili merah, tomato, daun limau
10. Air

4.BUBUR LAMBUK

Step 1
-Sangai jintan manis, ketumbar, lada hitam dan lada putih. Sangai guna Thermomix je, buat 2 minit.

Step 2
-Blend rempah sangai tadi. Kisar halus 1 minit. Kemudian asingkan.

Step 3
-Masuk bebawang, halia dan buah keras, kisar 6 saat.

Step 4
-Tambah rempah ratus tadi, masuk 3 sekawan, udang kering, daun pandan, minyak sapi dan minyak kelapa dara. Tumis semua bahan ni 5 minit, tinggal je!

Step 5
-Masukkan daging, nasi, garam, santan dan air. Masak 45 minit, tinggal je. Langsung tak payah kacau tau. Effortles sangat kan!

5.SUP KETAM IMUNITI

Bahan-bahan;

1. 3 biji bawang merah
2. 3 ulas bawang putih
3. 1/2 sk lada hitam
4. 1 batang serai
5. 2 ekor ketam
6. 400 gram air
7. Cendawan
8. 1 sk mushroom seasoning
9. 1 1/2 sk garam Himalaya
10. 1/4 sk serbuk kunyit
11. Hiasan daun sup/daun ketumbar
12. Minyak kelapa

6.SHEPERD’S PIE

-Saya kukus kentang 25 minit. Kemudian tambah leek untuk minit-minit terakhir. Padu sangat mashed potatoes letak leek. Sedap!
-Kemudian kisar bebawang dan sayur 3 saat je! Express betul.
-Tumis sayur 4 minit, masak daging 5 minit.
-Tambah tomato dan cendawan, pemberi rasa umami yang kuat, masak semua ni 15 minit. Tinggal je!
-Dah siap semua, layer kan sos daging, kemudian kentang. Tambah cheese sikit, dan sedia untuk dibakar.

7.AYAM BAKAR

Bahan-bahan;

1. Ayam
2. Bawang merah dan bawang besar
3. Bawang putih Thailand
4. Cili merah
5. Biji ketumbar
6. Minyak kelapa
7. Santan
8. Gula kelapa
9. Garam Himalaya
10. Carrot
11. Butter dan cheese

8.BUBUR AYAM MCD

Bahan-bahan;

1. Ayam bahagian dada
2. Beras
3. Minyak bijan
4. Kiub ayam homemade
5. Garam Himalaya
6. Air
7. Serbuk lada putih

9.NASI AYAM UZBEK

Bahan yang saya guna;

1. Perapan ayam dengan yogurt, serbuk jintan putih, lada hitam dan garam. Perap 2 jam.
2. Bawang holland dan bawang putih
3. Jintan putih dan lada hitam
4. Serbuk pati ayam homemade
5. Garam Himalaya
6. Air dan minyak
7. Bahan sambal, cili padi, cili merah, bawang merah, bawang putih, daun ketumbar, tomato, air lemon dan gula.

*Ini merupakan antara 9 resepi yang paling mudah untuk dimasak kepada anak-anak. Yang penting tiada kandungan bahan perasa yang tinggi supaya makanan anak sihat-sihat belaka!

Sumber: Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×