Sihat

Opss Ini Rupanya 9 Punca Lelaki Mandul, No. 4 Itu Kena Jaga-jaga!

21
SHARES
punca lelaki mandul

Terdapat banyak perkara dalam kehidupan seharian yang boleh menyebabkan punca lelaki mandul. Salah satunya adalah penggunaan gajet dan menonton televisyen. Mesti anda tidak percaya, bukan?

Kalau nak tahu kenapa punca-punca tersebut boleh mempengaruhi kemandulan lelaki sehingga menurunkan kadar sperma, ikuti penulisan ini di bawah.

Baca juga: Oh Lelaki! Ini 5 Manfaat Bila Tidur Tak Pakai Seluar Dalam, Fuhhh Nyaman~

PUNCA LELAKI MANDUL

punca lelaki mandul

1. PEMILIHAN SELUAR DALAM

Tahukah anda pemakaian seluar dalam yang ketat pada setiap hari boleh menyebabkan penurunan jumlah sperma. Di mana, seluar dalam yang sempit membuatkan skrotum anda tertekan, sekaligus mengurangkan aliran udara yang menyebabkan suhu testikal meningkat dari suhu normal.

2. SUHU PANAS

Mesti ramai suka mandi dengan wap panas mahupun berada di sauna, kan? Namun, tahukah anda wap tersebut boleh meningkatkan suhu zakar dan seterusnya memberikan kesan kepada ‘kilang’ produksi sperma.

Makanya, testikal harus berada pada suhu 2 darjah selsius rendah dari suhu badan untuk memproduksi sperma.

3. BANYAK TENGOK TV

Tahukah anda, kajian terbaharu dari pusat penyelidikan di Denmark mendapati individu yang terlalu banyak menonton televisyen (TV) meningkatkan risiko kemandulan.

Dalam penelitian itu, peserta telah menghabiskan 5 atau lebih jam sehari untuk menonton TV. Di mana, kesannya peserta tersebut memiliki konsentrasi sperma 29% lebih rendah berbanding jumlah sperma lelaki yang tidak menonton TV iaitu sebanyak 34%.

Ia sudah jelas, kemandulan tersebut berlaku akibat individu yang terlalu banyak menonton TV menjadi tidak aktif dan kurang bergerak. Hal ini menyebabkan, kekurangan enzim antioksida dan peningkatan suhu skrotum kerana aktiviti duduk terlalu banyak.

4. STRES

Stres dapat mengurangkan potensi reproduksi anda. Stres membawa kepada pelepasan hormon yang dapat menghalang produksi testeron dan lambat laun menurunkan kuantiti dan kualiti sperma.

Selain itu, ia turut mengganggu libido dan mengurangkan nafsu seksual anda. Malah, ia akan mempengaruhi gaya hidup tidak sihat seperti makan dalam kuantiti banyak, menelan ubat-ubatan dengan tidak terkawal dan malas untuk bersenam.

5. TAK CUKUP TIDUR

Para saintis telah menyakinkan, tidur dalam 7 hingga 8 jam setiap malam dapat meningkatkan kesihatan sperma. Di mana, tabiat kurang tidur dapat menurunkan kesihatan dan kualiti sperma hingga 30%.

Maka, cuba dapatkan tidur yang cukup setiap hari supaya sperma anda akan terpelihara sehingga 41%.

6. JARANG BERSENAM

punca lelaki mandul

Lelaki dengan BMI 30 atau lebih tinggi, memiliki jumlah semen atau air mani yang lebih rendah. Selain itu, jumlah dan mobiliti sperma yang rendah termasuk dalam risiko kecacatan sperma berbanding lelaki dengan berat badan yang ideal.

Kajian telah membuktikan, obesiti sebenarnya dapat menggangu kadar hormon yang menyebabkan masalah kesuburan dengan menurunkan kadar testeron dan esterogen. Jadinya, ayuh rajinkan diri untuk bersenam tetapi jangan lah pula hingga terlampau berlebihan kerana ia juga boleh menurunkan kadar testeron.

7. GAJET

Mungkin anda tak sangka penggunaan gajet juga boleh mempengaruhi kesihatan sperma. Berdasarkan satu kajian yang menyimpulkan bahawa, radiasi telefon pintar dapat mempengaruhi perkembangan, fungsi dan viatibiliti sperma.

Disebabkan itu, elakkan dari menyimpan apa-apa sahaja gajet di poket seluar depan. Hal ini bertujuan, bagi mengurangkan paparan sinar radiasi menempiasi kawasan alat sulit.

8. KERAP AMBIL MINUMAN BERKAFEIN

Menjaga pola pemakanan amat penting agar kesuburan terpelihara. Oleh itu, amalkan untuk mengurangkan pengambilan soda dan kopi berkafein tinggi.

Dalam sebuah penelitian menemukan, minuman seperti soda, kopi dan minuman tenaga dapat menurunkan jumlah produksi sperma sehingga 30%.

9. RACUN BPA

Racun seperti pestisida, logam berat, radiasi dan bahan kimia industri yang lain berperanan dalam kemandulan. Tanpa sedar, anda mungkin menggunakan racun-racun tersebut dalam kehidupan seharian.

Jadi, berwaspadalah menggunakan botol plastik yang mungkin mengandungi BPA atau bisfenol A. Hal ini kerana, ia boleh mengganggu kesimbangan hormon.

Malah, melalui sebuah kajian di Reproductive Toxicology, BPA dapat menurunkan jumlah sperma dan motilitinya.

Sumber: GLAM Lelaki

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×