40 Minggu

Selaput Putih ‘Vernix Caseosa’, Rupanya Lapisan Pelindung Terbaik Kulit Bayi Baru Lahir!

2
SHARES
vernix caseosa

Anda telah mendengar banyak mitos yang beredar apabila bayi baru dilahirkan. Salah satunya ialah kemunculan lapisan lemak yang dikatakan berlaku disebabkan tabiat ibu yang terlalu kerap makan makanan berlemak semasa mengandung. Sebenarnya, lapisan ini adalah vernix caseosa, yang ternyata mempunyai banyak manfaat untuk bayi yang baru lahir.

Baca juga: Amalkan DETOX RAHIM Kaedah Singkirkan Toksin Dalam Badan, Ikhtiar Mudah Dapat Anak!

VERNIX CASEOSA, PELINDUNG KULIT BAYI

Berikut merupakan hantaran yang dikeluarkan Public Health Malaysia untuk para ibu bapa mengetahui mengenai vernix caseosa.

Vernix caseosa ialah lapisan pelindung pada kulit bayi anda. Ia berwarna putih dan kelihatan seperti keju.

Jika anda perasan, selepas anda berenang atau mandi, jari dan kulit anda akan berkedut. Bayangkan keadaan bayi yang berenang dalam cecair ketuban selama 40 minggu!

Baca juga: Bahaya Uri Melekat Pada Rahim Lepas Bersalin, Beri Ancaman Nyawa Pada Ibu!

Fungsi vernix caseosa

  • Salutan vernix inilah yang melindungi kulit bayi yang belum lahir daripada cecair (ketuban) tersebut. Tanpa perlindungan ini, kulit bayi akan pecah atau berkedut.
  • Vernix menyumbang kepada bayi yang mempunyai kulit lembut selepas lahir.
  • Ia juga melindungi kulit bayi anda daripada jangkitan semasa dalam kandungan.

Sebaik sahaja anda memahami kepentingan vernix caseosa, anda boleh memilih untuk menangguhkan mandian pertama bayi anda untuk memaksimumkan manfaat. Minta jururawat menggunakan kain lembut untuk mengeluarkan perlahan-lahan sebarang kesan darah dan cecair amniotik dari kulit bayi yang baru lahir.

Tetapi anda mempunyai pilihan untuk memberitahu kakitangan hospital bahawa anda tidak mahu mereka mengeluarkan lebihan vernix caseosa. Dalam tempoh satu hingga dua hari seterusnya, urut salutan vernix ke kulit bayi anda dengan lembut.

Namun jika dalam situasi kecemasan, jika bayi alami distress, keselamatan bayi perlu diutamakan.

Baca juga: 9 Punca Mama Belum Hamil Biarpun Kerap Bersama, ‘Timing’ Kena Betul Baru Ada Benih!

MANFAAT VERNIX CASEOSA

vernix caseosa

Gambar: yanalya

Melalui laman portal Halo Doc, terdapat beberapa manfaat atau kebaikan yang wujud pada vernix caseosa ke atas bayi seperti berikut:

1. Bersifat antimikroba

Bayi yang baru lahir mempunyai sistem imun yang lemah yang bermakna mereka lebih mudah terdedah kepada penyakit. Menyusu akan membantu meningkatkan sistem imun bayi, tetapi ini bukan satu-satunya pilihan.

Lapisan ini juga boleh melindungi bayi baru lahir daripada jangkitan selepas lahir. Ini kerana lapisan ini mengandungi antioksidan, serta sifat anti-infeksi dan anti-radang.

2. Memudahkan laluan kelahiran

Lapisan ini bukan sahaja menyediakan halangan pelindung untuk cecair dalam rahim. Ia juga boleh mengurangkan geseran apabila bayi melalui saluran peranakan semasa bersalin.

Baca juga: Stimulasi Puting Isteri Supaya Cepat Kontraksi Pada Bulan Ke-9 Hamil, ‘Guide’ Untuk Papa!

3. Membantu mengawal suhu badan bayi

Semasa mengandung, tubuh ibu memainkan peranan penting dalam mengawal suhu badan bayi. Bagaimanapun, bayi memerlukan masa untuk mengawal suhu badan mereka sendiri selepas kelahiran.

Itulah sebabnya penting untuk membungkus bayi dengan selimut dan mengekalkan suhu bilik yang selesa. Selain itu, dengan mengekalkan lapisan ini pada kulit bayi selama mungkin secara semula jadi, ia dapat menstabilkan suhu badannya.

4. Melembapkan kulit bayi

Lapisan ini juga menyumbang untuk menjadikan kulit bayi lebih lembut dan licin semasa lahir dan selepas bersalin. Bahan seperti keju ini adalah pelembap semula jadi untuk bayi, ia akan melindungi kulit mereka daripada kekeringan dan merekah.

Baca juga: 7 Manfaat Hebat Buah Pear Untuk Ibu Hamil, Termasuk Cegah Kecacatan Janin!

Sumber: Public Health Malaysia / Halo Doc

FT Image: Getty Images

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×