40 Minggu

Suami Tuntut Cerai Selepas Isteri Lahirkan Bayi Berkulit Gelap, Ragu-Ragu Itu Bukan Anaknya!

9
SHARES
warna kulit

Mungkin kedengaran seperti tidak logik namun inilah hakikat yang terpaksa ditelan oleh seorang isteri apabila suaminya menuntut cerai selepas dirinya melahirkan bayi warna kulit gelap! Mengejutkan lagi adalah apabila suaminya meminta ujian paterniti selepas melihat bayi tersebut.

Kisah ini dikongsikan oleh wanita berusia 30 tahun tersebut menerusi media sosial di mana dia mencari sokongan dan nasihat ramai.

Baca juga: Wanita Berwajah Cantik Cenderung Dapat Anak Perempuan & Beranak Ramai- Kajian Pakar

LAHIRKAN BAYI WARNA KULIT GELAP, SUAMI TAK PERCAYA & TUNTUT CERAI

warna kulit

Foto: Oddity Central

Menurutnya, sebaik sahaja suaminya melihat bayi itu buat kali pertama, dia memandang dengan penuh kehairanan dan enggan menyentuh anak tersebut. Hal ini kerana, anaknya yang lahir amatlah berbeza dengan kulit mereka dan menyangkakan bahawa bayi yang lahir itu bukanlah anaknya yang sebenar.

Wanita itu mengakui bahawa dia sendiri berasa pelik dengan kulit anaknya yang lebih gelap dari mereka dan menjelaskan bahawa dia sendiri tidak pernah ke Afrika atau mengenali orang berkulit hitam sebelum ini.

Tambah menyayat hati adalah, suami wanita berkenaan bukan sahaja tidak gembira malah menuntut untuk menjalani ujian paterniti bagi memastikan bayi tersebut adalah anaknya. Namun, hati isteri mana yang tidak retak apabila perkara ini diragui oleh suami sendiri bukan?

“FENOMENA NORMAL”

warna kulit

Foto: Media Permata

Perkongsian wanita dari Shanghai ini tular di laman media sosial dan ramai dalam kalangan netizen tampil menyokong bahawa ‘fenomena’ bayi dilahirkan dengan warna kulit berbeza adalah normal.

“Ini adalah fenomena biasa” kata seorang pengguna sosial media dan menjelaskan bahawa warna kulit bayi kebiasaannya akan bertukar menjadi lebih cerah dalam masa beberapa hari atau minggu. Hal ini kerana, tisu kulit bayi masih nipis serta peredaran darah masih lagi lemah.

*Jadi, janganlah terlampau terburu-buru nak berpisah atau bercerai kerana hal yang masih lagi boleh dibincangkan bersama. Takut menyesal di kemudian hari!

Baca juga: Hanya 3 NEGERI Sahaja Masih ‘Subur’ Lahirkan Bayi Yang Cukup Untuk Stabilkan Populasi

Sumber: Oddity Central

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×