Dapur

Alamak, Masak Makanan ‘Terlajak’ Manis! Guna 5 Petua Dapur Ini Untuk Kurangkan

24
SHARES
makanan manis

“Aduh, kenapa makanan yang aku masak ni sepatutnya pedas tapi jadi makanan manis pula. Macam mana nak kurangkan manis tu?”

Mungkin ini adalah situasi yang akan terjadi apabila secara tiba-tiba makanan yang dimasak ‘terlajak’ rasa manis. Buntu juga cara bagaimana untuk mengurangkan rasa manis ini kerana bukan peminat makanan manis. Jangan risau, ada beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk mengurangkan rasa manis dan imbangkan kembali rasa makanan tersebut.

Baca juga: DIY Pewangi Rumah Hanya Guna 3 Bahan Dapur, Orang Puji Harum Macam Di Lobi Hotel!

MASAK MAKANAN MANIS TAPI RASA MACAM NAK KURANGKAN MANIS TU, BAGAIMANA?

makanan manis

Cara-cara yang boleh digunakan adalah:

1.Tambahkan sedikit garam

Cara pertama untuk mengurangkan rasa manis dalam makanan adalah dengan menambah sedikit lagi kandungan garam. Jangan risau kalau anda terfikir bahawa makanan tersebut akan menjadi masin kerana itu tidak akan berlaku. Malah, menambahkan garam ini lagi mampu untuk mengimbangkan semula rasa manis yang ‘terlajak’ tersebut.

2.Tambahkan rasa masam

Rasa manis juga akan menjadi kurang jika anda menambahkan makanan atau bahan yang mempunyai rasa masam. Antara bahan yang boleh diletakkan adalah, tomato, cuka, lemon atau belimbing buluh. Bukan sahaja untuk mengurangkan manis, malah cara ini juga boleh mengurangkan rasa masin yang terlebih.

3.Tambah air

Mungkin ini merupakan solusi yang sudah diketahui ramai iaitu dengan menambah air ke dalam masakan yang terlajak manis. Jika makanan tersebut adalah jenis berkuah, tidak menjadi masalah untuk anda menambah air kerana secara cepat air akan meresap rasa manis tersebut.

4.Tambah makanan bersifat neutral

Ini merupakan antara petua yang ramai dalam kalangan kita kurang tahu iaitu dengan menambah bahan-bahan masakan bersifat neutral atau tidak mempunyai rasa. Antara bahan yang boleh digunakan adalah, tauhu, tempe, kentang, terung, tepung dan telur. Rupanya makanan-makanan sebegini mampu untuk mengimbangi rasa manis dan masam supaya jadi lebih enak.

5.Tambahkan rasa pedas

Berita baik untuk pencinta makanan pedas kerana bahan-bahan pedas boleh mengurangkan rasa manis dalam makanan. Boleh tambah cili merah, cili padi, capsicum, paprika serta serbuk lada ke dalam makanan yang anda rasakan terlebih manis dari kebiasaan.

makanan manis

*Kalau anda suka makanan manis tidaklah perlu untuk menambah bahan-bahan ini ke dalam makanan. Tapi, kalau boleh kurangkanlah manis dalam makanan dan tambah manis itu pada senyuman..

Baca juga: Cara Buat Stok Air Barli Homemade Untuk Cuci Kencing Kotor, Tambah 4 Bahan INI

Sumber: Fimela.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×