Dapur

Lepas 20 Tahun Baru Tahu Rupanya Ada Fungsi RAHSIA Periuk Nasi, Mudahkan Kerja!

14
SHARES
periuk nasi elektrik

Antara barang elektrik yang menjadi keperluan wajib bagi setiap rumah adalah periuk nasi. Kecil atau besar, periuk nasi elektrik sebenarnya mempunyai pelbagai fungsi selain hanya masak nasi dan sangat penting apabila kehabisan gas dapur.

Di sebalik fungsi periuk nasi elektrik ini yang ternyata memudahkan orang ramai, ada satu lagi fungsi periuk nasi yang tidak diketahui. Rupanya fungsi ini boleh mengubah dan memudahkan kerja dapur anda selepas ini!

Baca juga: Nampak Macam Semua Sama Tapi Tidak, Ini Cara Pilih Cendawan Enoki Fresh Sebelum Beli

FUNGSI PENUTUP PERIUK NASI ELEKTRIK YANG RAMAI TAK TAHU!

periuk nasi elektrik

Di pasaran, terdapat empat jenis periuk nasi iaitu jenis digital, asas, multifungsi dan periuk nasi jenis ‘induction heat‘. Oleh kerana peralihan zaman semakin moden, sudah ramai yang memilih untuk membeli periuk nasi elektrik kerana mempunyai pelbagai jenis fungsi.

Selain memasak nasi, fungsi lain periuk elektrik ini adalah boleh masak sup, masak bubur, stim dan mengukus sayur. Memang semuanya dalam satu fungsi!

Namun, ada satu lagi fungsi pada periuk nasi ini yang masih ramai tak tahu iaitu fungsi rahsia penutup periuk nasi yang sangat hebat. Jadi, kalau tengah nak membeli periuk nasi boleh belek-belek terlebih dahulu ada atau tidak fungsi rahsia ini.

Berdasarkan video di laman Tiktok @Meyspil (@spalspil_17), inidvidu tersebut berkongsi fungsi rahsia lain yang ada pada bahagian penutup periuk nasinya. Hal ini kerana, sebelum ini, kita hanya menganggap bahagian bawah pada penutup periuk nasi tidak memiliki apa-apa fungsi yang signifikan.

Namun berdasarkan video ini, rupanya, bahagian yang boleh dicabut itu juga boleh dijadikan penutup periup nasi apabila dibawa keluar dari dapurnya. Wah, baru tahu!

‘Penutup’ dari bahagian penutup periuk tersebut dapat menutup ruangan memasak nasi dengan sangat sempurna. Selepas ini, kita sudah tidak perlu menutupnya dengan pinggan mahupun tudung saji.

*Tak sangka kan? Jom belek periuk nasi anda sekarang!

Baca juga: Tak Sangka, Hampas Kopi Boleh Hilangkan Bau Busuk Terperap Dalam Peti Sejuk!

Sumber: Tiktok @spalspil_17

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×