Asuh

Kebaikan Halia Atasi 7 Masalah Kesihatan Ini Pada Anak Kecil. Cubalah!

1.6K
reads
hilangkan mabuk laut

“Mak tengok anak Su yang bongsu asyik tak sihat sahaja. Kalau tak selesema, batuk. Su ada cuba kasi Lin makan halia tak? Kalau belum, hiris halia halus-halus masukkan dalam bubur dan kasi Lin makan. Nanti, hilang semua selesema dan batuk. Lagipun Lin sudah nak masuk setahun, boleh makan halia.”

Ishh biar benar nak kasi anak kecil makan halia. Pedas tu. Orang dewasa bolehlah lagi tahan pedas halia. Adakah bayi turut mendapat kebaikan halia seperti orang dewasa?

Halia sebenarnya bukan sahaja beri kebaikan pada orang dewasa malah bayi seawal berusia lebih lapan bulan yang memakannya membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan.

hilangkan mabuk laut

Foto Kredit: draxe.com

7 Kebaikan Halia Pada Anak Kecil

1. Rawat masalah penghadaman

Halia membantu memudahkan pencernaan makanan selain mengurangkan kembung perut yang sering dialami oleh anak kecil.

Malah, penggunaan sedikit halia dalam makanan seperti sup mampu menaikkan lagi aroma dan meningkatkan selera makan.

2. Bantu atasi masalah sembelit

Jika anak susah buang air besar, masukkan hirisan halia ke dalam makanannya seperti bubur ayam. Ia akan melawaskan semula pembuangan air.

3. Kurangkan rasa mual dan muntah

Bila nampak anak ada simptom muntah-muntah namun, beri anak makan hirisan halia dalam jumlah yang kecil. Ia membantu mengurangkan gesa untuk muntah.

4. Legakan sakit perut

Memang selalu kita dengar halia dapat melegakan angin dalam badan. Ia juga bertindak sama untuk anak kecil.

Suku sudu jus halia segar sudah mampu melegakan sakit perut anak.

Lebih sedap jika anda mencampurkan halia ke dalam minuman seperti jus lemon atau teh.

kebaikan halia

Foto Kredit: davidwolfe.com

5. Ubati ulser gastrik

Anak kecil mudah terkena ulser gastrik yang disebabkan oleh asid perut kerana sistem imunisasinya masih lemah dan tidak berupaya menangkis asid. Dengan makan halia dapat membantu mengatasi ulser gastrik.

6. Hilangkan selesema

Rebus halia dan sejukkan. Beri minum air halia pada anak yang selesema. Pasti selesema anak akan berkurangan.

Pastikan anda merasanya terlebih dahulu supaya ia tidak terlalu pahit. Anda juga boleh manambahkan sesudu madu asli untuk anak berusia 1 tahun ke atas.

anak selesema

Foto Kredit: mamanja.ru

7. Redakan batuk

Batuk yang berlanjutan boleh mencederakan paru-paru anak apatah lagi paru-paru mereka masih kecil ditakuti boleh menjejaskan sistem pernafasan.

Campurkan satu sudu jus halia segar bersama biji halba dan beri anak minum untuk meredakan batuk.

Meskipun kebaikan halia memanfaatkan anak kecil,

Pastikan halia diberi dalam kuantiti yang kecil. Takut jika berlebihan boleh membawa kemudaratan.

Yang Popular

To Top