40 Minggu

Perlukah Makan Asid Folik & Vitamin Semasa Mengandung?

216
SHARES
makan vitamin semasa mengandung

“Betul ke kita kena makan vitamin semasa mengandung? Sebab ada sesetengah orang kata, kalau makan vitamin semasa mengandung ni, bayi dalam kandungan akan menjadi besar daripada normal?”

Sebenarnya kita harus mengikut nasihat yang doktor berikan kerana mereka sudah terlatih di dalam bidang ini.

Ada yang akan memberikan reaksi positif kepada pengambilan vitamin dan ada juga yang perlu mengambil suplemen di dalam bentuk lain.

Tetapi secara umumnya, vitamin adalah sangat baik untuk badan jika diambil di dalam dos yang disyorkan. Jangan pula ambil berlebihan sampai ‘overdose’ dan memberikan kesan negatif pula.

Ia biasanya dapat membantu kekurangan nutrien yang diperlukan dalam tubuh wanita mengandung, terutamanya yang mengalami ‘morning sickness’ yang teruk. Yalah, dalam keadaan mual begitu, memang tidak banyak makanan yang dapat masuk ke dalam perut untuk diproses bagi keseluruhan badan.

Ibu Mengandung Perlukan Banyak Nutrien Tambahan

Ketika sedang mengandung, badan kita memerlukan lebih banyak nutrien daripada biasanya untuk membolehkan bayi membesar dengan sebaiknya. Oleh itu, kita perlu mengambil makanan tambahan bagi menampung keperluan tambahan tersebut.

Samada melalui pemakanan atau pun vitamin, sememangnya ia adalah penting bagi tujuan kesihatan ibu dan bayi.

Ada beberapa kes yang dilaporkan jika tidak mengambil vitamin, bayi lahir pra-matang boleh berlaku.

Antaranya ada yang dipaksa bersalin seawal bulan ke-7 dan ini akan menimbulkan banyak komplikasi yang lain.

makan vitamin semasa mengandung

Foto Kredit: momjunction.com

Pengambilan Vitamin Mengikut Dalam Dos Tertentu

Kebanyakan doktor akan menyarankan ibu-ibu mengandung untuk mengambil salah satu atau beberapa vitamin berikut:

  • 6 mcg vitamin B12
  • 70 mg vitamin C
  • 400 IU vitamin D
  • 10 mg vitamin E
  • 400 micrograms (mcg) asid folik
  • 200 ke 300 milligrams (mg) kalsium
  • 150 micrograms iodin
  • 17 mg besi
  • 3 mg tiamina
  • 2 mg riboflavin
  • 20 mg niasin
  • 15 mg zink

makan vitamin semasa mengandung

Apa Kepentingan Makan Vitamin Semasa Mengandung?

1. Vitamin B12

Vitamin B12 membantu dalan perkembangan otak, saraf dan salur darah. Ia juga dapat meningkatkan tahap tenaga, mood dan tahap stres semasa kehamilan.

2. Vitamin C

Vitamin C merupakan antioksidan dan membantu dalam meningkatkan ketahanan terhadap jangkitan dan penyembuhan luka. Ia juga dapat meningkatkan penyerapan zat besi di dalam makanan bagi mencegah anemia.

3. Vitamin D

Badan anda memerlukan Vitamin D bagi membantu mengekalkan tahap kalsium dan fosforus yang penting untuk tumbesaran tulang dan gigi bayi. Kekurangannya boleh menyebabkan pertumbuhan yang terbantut dan juga boleh mempengaruhi berat bayi secara keseluruhannya.

4. Asid Folik

Ini pil vitamin yang paling biasa diberikan oleh hospital kerajaan untuk ibu mengandung. Asid folik boleh mencegah kecacatan kelahiran tiub saraf, yang menjejaskan otak dan saraf tunjang.

Selain dari memakan pil yang mengandungi asid folik, anda juga boleh mengambilnya secara semulajadi dengan memakan sayur-sayuran hijau, kacang dan buah limau.

5. Kalsium

Kalsium juga penting bagi seorang ibu mengandung dengan mencegah kehilangan kepadatan tulangnya sendiri kerana bayi turut memerlukan kalsium untuk pertumbuhan tulangnya.

Biasanya, ibu yang alah terhadap susu atau produk tenusu akan diberi vitamin kalsium untuk membantu keperluan kalsium dalam badan.

6. Iodin

Iodin pula sangat penting bagi menjaga fungsi kelenjar tiroid sewaktu kehamilan. Kekurangan iodin boleh menyebabkan pertumbuhan fizikal yang terbantut, kecacatan mental yang parah dan kepekakan. Juga boleh menyebabkan keguguran dan lahir mati.

7. Zat Besi

Zat besi pula membantu dalam penghasilan darah bagi ibu dan bayi dan bertindak sebagai pembawa oksigen ke seluruh bahagian badan.

Makanan dan Minuman Yang Dilarang Ketika Ibu Hamil atau Mengandung

Selain mengambil vitamin, amalkan pemakanan seimbang dan lebihkan sayuran serta buah-buahan.

Rujuk Doktor Apabila Tidak Serasi Dengan Vitamin

Sekiranya pengambilan vitamin-vitamin di atas membuatkan anda mual atau muntah, anda boleh berbincang dengan doktor anda bagi memberikan anda alternatif. Sebagai contoh, sesetengah ibu yang mengandung lebih menggemari vitamin yang boleh dikunyah atau dalam bentuk cecair berbanding dalam bentuk kapsul.

Makan vitamin semasa mengandung adalah penting tetapi ia haruslah diambil di dalam dos yang disyorkan. Pengambilan vitamin secara berlebihan akan mendatangkan kemudaratan dan kekurangannya pula akan menyebabkan masalah lain.

Selain itu, ibu mengandung perlu sedaya-upaya mengamalkan pemakanan yang seimbang dalam memastikan kesihatan diri dan kandungan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×