Famili

‘Rasa Nak Mati’, Ibu Kongsi 8 Amalan Untuk Bangkit Semula Dari Postpartum Stres Bersalin

4
SHARES
berpantang selepas bersalin

Benarlah kata orang bahawa semasa berpantang selepas bersalin, amalan penjagaan dari segi fizikal dan mental perlu dijaga dengan ketat supaya tidak mengundang perkara tidak elok. Hal ini kerana, penyakit meroyan atau ‘Postpartum Stress’ adalah gejala yang paling dielakkan dalam kalangan ibu bersalin.

Berikut merupakan perkongsian pengalaman dari seorang ibu yang mengalami gangguan emosi selepas bersalin serta cara untuk dirinya kembali ‘bangkit’ dan menjadi normal.

Baca juga: Cara Makan Pil Perancang Yasmin Dengan Betul, Jangan Terkejut Kalau Haid Tiba-Tiba Ada..

IBU ALAMI POSTPARTUM STRES, KONGSI AMALAN BERPANTANG SELEPAS BERSALIN

berpantang selepas bersalin

Menurut perkongsian di laman Facebook Norainsyah Abdul Halim, ibu ini berkongsikan pengalaman selepas bersalin ketika masih di dalam hospital. Disebabkan badan terlampau lemah, dia mengalami beberapa kesulitan dari segi fizikal dan emosi sepanjang berada di dalam hospital.

Tanpa suami menemani, tidak makan lebih dari 24 jam serta hanya fikirkan mengenai kematian sahaja hampir setiap hari menjadikan dia mengalami ‘postpartum stress’ atau gangguan emosi yang sering dihadapi oleh ibu selepas bersalin. Mungkin ada yang pernah menerima layanan buruk dan layanan bagus dari hospital yang berbeza, namun emosi ibu selepas bersalin wajib dijaga dengan sebaiknya.

“Mereka nasihatkan saya untuk jaga emosi. Masa-masa macam ni, senang juga ditumpang makhluk-makhluk lain. Namun, sejak itu everything had changed. Tak lama lepas emosi saya meletup tu, badan saya rasa shaking teruk. Tapi saya cuba control. Saya bisik pada diri saya “aku mesti kuat.”

GUNA CARA INI UNTUK BANGKIT SEMULA DARI STRES…

berpantang selepas bersalin

Setiap kali saya terkenang peristiwa di hospital, hati saya dirobek-robek. Kenapalah saya dilayan sebegitu? Layakkah seseorang yang sakit sungguh-sungguh dilayan, dijeling? Kenapalah hospital buat SOP macam tu? Badan saya juga sangat lemah. Beberapa kali saya hampir collapsed sampai the next day, misi klinik desa kejarkan saya ke unit kecemasan kk terdekat. Di sinilah saya nak share macam mana saya bangkit semula:

1) Saya berterus-terang kepada suami. Suami saya sangat bertanggungjawab. Anak memang dia urus. Dia sanggup belajar mandikan anak, tukar lampin anak, diri saya pun dia uruskan semua.

2) Sokongan dari keluarga sangat penting. Mak saya selalu pesan supaya adik temankan saya masa dia dan suami saya sibuk. Tak bagi saya duduk bersendirian. Jadi tidaklah saya termenung je. Adik ipar saya pun ada bagi tips kepada suami saya untuk jaga emosi saya waktu pantang caeser ni.

3)Pendek kata, family dedua pihak memang supportive sangat. Alhamdulillah ala kullihal. Terima kasih semua. Keluarga adalah harta saya.

4) Diri sendiri yang kena kuat. Suami minta saya kuat untuk dia dan anak. Jadi, hari-hari saya cuba lawan perasaan yang kosong dan takut tu. Susah, ya tak mudah. Tapi tak kisahlah macam mana pun family support kita, tak guna juga kalau kita sendiri tak nak lawan.

5) Saya bercakap dengan doktor. Inform pasal emosi tak stabil. Doktor kata, kalau tak okay juga, datanglah ke klinik semula untuk bincang.

6) Saya mula amalkan semula kurma ajwa untuk elakkan diri dari sihir makhluk lain yang menumpang.

7) Yang ini saya tambah kemudian sebagai ikhtiar. Saya beristighfar minimum sebanyak 300 kali sehari (Ustaz Azhar Idrus kata, orang awam kena istighfar paling sikit 300 kali sehari). Kemudian saya tambah dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 300++ kali sehari.

Ya, tiada dalil atau nas pun untuk baca sebanyak tu. Tapi saya buat untuk mendekatkan diri kepada Allah. Barulah hati ni rasa terisi. Ketakutan pun berkurang sedikit demi sedikit.

8) Dengar ceramah agama di Youtube/FB. Kita waktu pantang ni, nak solat tak boleh. Emosi memang kena jaga. Sekali dah kacau, memang susah nak okay balik. Jadi, usahalah untuk dekatkan diri kepada Allah sebelum melarat.

Inilah sebabnya saya menyepi selepas melahirkan anak. Emosi saya sangat-sangat kacau. Sekarang alhamdulillah saya beransur pulih, berkat doa semua. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ramai orang walaupun ujian saya ni memang tak seberapa pun dibanding orang lain.

Trust me, postpartum depression ni sakit. Sakit di dalam yang tak nampak. Kalau boleh, kita tak nak sesiapa dah rasa walaupun orang tu adalah musuh kita.

*Jadi, kalau ada ahli keluarga yang baru bersalin, bantulah dia. Jangan beri tekanan, jangan perli sindir. 

Baca juga: Hukum Muat Naik Video Isteri Bersalin, Di Manakah Sifat Malu Itu?

Sumber: Norainsyah Abdul Halim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×