Pantang

Kerap Menangis, Tak Mahu Diletak. Ini 9 Tanda ‘High Need Baby’ Yang Buat Mama Luar biasa Letih

26.6K
SHARES

“Kenapa anak aku tak macam anak orang lain? Ini tak kena, itu tak kena, asyik menangis aja…. Stresnya! Apa silap aku?”

Tahukah anda, setiap bayi dilahirkan dengan personaliti mereka sendiri. Walaupun bayi menangis itu normal, ada sebahagian daripada bayi tergolong dalam ‘high need baby’, di mana mereka ini lebih cerewet berbanding bayi-bayi biasa.

Kebanyakan masa, kita rasa keliru dengan cara kita menjaga mereka. ‘High need baby’ ini akan buat kita tertanya-tanya: Betulkah apa yang kita buat? Kenapa anak masih menangis lagi? Apa lagi yang tak kena? Kenapa aku tak boleh tenangkan anak sendiri? Kenapa anak orang lain tak macam ni?

Ini antara tanda bayi anda mungkin tergolong dalam kategori ‘high need’.

9 Tanda ‘High Need Baby’ Yang Buat Mama Luarbiasa Letih

1. Bayi Asyik Menangis Tanpa Sebab

Bayi menangis adalah normal kerana ia adalah cara mereka berkomunikasi. Biasanya bayi akan menangis atau merengek apabila lampin mereka basah, lapar, panas atau mahu didukung. Tapi apa yang membezakan ‘high need baby’ ini adalah mereka seolah-olah menangis sepanjang hari dan SANGAT SUSAH untuk ditenangkan.

Bukan itu saja, tangisan mereka juga sangat kuat sampai orang sekeliling mungkin boleh salah anggap yang kita ni dera anak. Kalau tak kena cara, tangisan dan teriakan mereka boleh menjangkau hingga 1-2 jam tanpa sebab yang dapat dikenalpasti.

Foto Kredit: themotherofnine9.wordpress.com

2. Susu Sebagai ‘Penyelamat’

‘High need baby’ bukan saja menyusu untuk mendapatkan nutrisi, tetapi mereka juga menganggapnya sebagai comforting tool. Maka tidak hairanlah bayi ini akan menyusu hingga 30-45 minit dalam satu-satu masa berbanding hanya 5 minit jika dibandingkan dengan bayi biasa.

Kekerapannya pula boleh mencecah 20 kali atau lebih dalam sehari! Mama yang menyusu badan mesti terasa ‘lunyai’ dan longlai apabila berhadapan dengan situasi ini.

tips penyusuan

Foto Kredit: breastfeedingbasics.com

3. Kurang Tidur / Kerap Terjaga

Bila tengok newborn semuanya suka tidur. Tapi ‘high need baby’ akan benar-benar buat anda faham bagaimana rasanya berjaga sepanjang malam.

Nak tidurkan mereka bukan main lama prosesnya. Tapi bila tidur, sekejap sangat. Tidur pun acah-acah saja. Dengar bunyi sikit dah terjaga, mata membulat dan tak mahu tidur semula.

http://wisgoon.com/

4. Tak Mahu Dengan Papa

Kebanyakan ‘high need baby’ cuma mahu dengan Mama, Mama, dan Mama. Dia TAK MAHU dengan orang lain WALAUPUN PAPA. Nak harapkan atuk dan nenek, kirim salam ajalah… Lagi menjerit dibuatnya.

Memang haru Mama dibuatnya sebab bayi sebegini memang susah berenggang dengan mereka. Nak buat kerja lain payah, badan pun lenguh seharian mendukung dan ‘menghadap’ mereka.

Foto Kredit: medicalonline.hu

5. Unpredictable

Selepas 2-3 bulan, selalunya Mama boleh mengagak waktu tidur bayi, waktu bangunnya, jadual ‘membuang’nya, cara memujuknya atau rutin kegemarannya. Berbanding ‘high need baby’, mereka ini seolah-olah tiada rutin dan sukar dijangka.

Bahkan, kebanyakan ibu ayah masih lagi tercari-cari apa yang disukainya.

bayi kuat menangis

Foto Kredit: positively.com

6. Picky Eater

Kita tengok orang lain excited nak sediakan macam-macam makanan untuk bayi bila dia dah boleh makan. Tapi kita pula masih tak mampu sediakan walaupun 1 makanan yang anak suka makan. Frustnya!

Inilah juga salah satu tanda ‘high need baby’. Semalam dia macam ok bila kita bagi makan epal, tapi hari ni bukan main tak suka. Padahal sama saja. Hairan kita dibuatnya.

7. Tak Suka Dibedung

Ini satu tanda yang mudah untuk anda perhatikan pada bayi. Cuba bedungkan dan tengok sama ada dia meraung atau tidak. Kalau meraung, kemungkinan besar bayi anda adalah ‘high need baby’.

Kebanyakan bayi suka dibedung kerana ia memberi rasa selesa dan selamat, seolah-olah dipeluk, seperti ketika dalam rahim ibu dulu. Tapi tidak bagi ‘high need baby’ kerana mereka lebih suka buat gaya bebas!

8. Mahu Didukung, Didodoi Setiap Masa

Mereka mahu didukung, digoyang, ditolak dalam stroller, atau apa saja keadaan asalkan bukannya duduk diam-diam atau bermain sendiri.

Sesetengah keluarga boleh bawa bayi ke restoran untuk makan bersama sambil bayi didudukkan di high chair – tapi ini agak mustahil bagi ‘high need baby’. Kalau tak makan bergilir, dah tentu bayi akan menangis dan menjerit. Lebih baik ‘tapau’ dan makan di rumah.

Foto Kredit: verywellfamily.com

9. Ibu Ayah Sering Buntu, Letih Yang Luarbiasa

Memiliki bayi sebegini tentunya mencabar dan kadangkala mengelirukan. Sampai satu masa, kita sendiri rasa buntu dengan apa yang mereka perlukan.

Letihnya jangan ceritalah. Memang susah nak cakap melainkan kalau anda sendiri pernah mempunyai anak yang memiliki semua ciri ini.

Foto Kredit: webmd.boots.com

Antara Sebab Utama Kebanyakan Ibu Berhenti Kerja

Boleh dikatakan inilah antara sebab utama kebanyakan ibu berhenti kerja dan jaga sendiri anak mereka. Bukannya memanjakan, tapi inilah situasi yang sukar difahami oleh orang lain.

Selain sukar mendapatkan pengasuh yang sesuai untuk melayan karenah mereka, ibu bapa juga risau kalau-kalau pengasuh tak tahan menjaga anak yang demanding begini. Takut-takut terlalu stres dan lain pula yang jadi.

Jika sebelum ini anda merasakan anda seorang saja yang ada anak begini, percayalah anda bukan keseorangan. Walaupun tak ramai, tapi masih ada ibu bapa yang pernah melalui pengalaman menguruskan anak yang berkeperluan tinggi begini. Sayalah salah seorang daripadanya!

 

*Sumber rujukan: AskDrSears.com, BellyBelly, HuffingtonPost.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×