Asuh

5 Tanda Bayi Anda Tak Kenyang Walaupun Kerap Menyusu

683
SHARES

“Asyik meragam saja dari tadi. Dah puas ‘memerap’ dan menyusu seharian. Ada apa-apa sebab lain ke yang buat dia jadi macam ni? Bayi tidak kenyang atau cuma tak selesa badan?”

Setiap bayi adalah unik dan mereka juga mempunyai cara penyusuan tersendiri yang berbeza berbanding bayi lain, termasuklah adik-beradik sendiri.

Ada yang hanya minum sedikit setiap kali menyusu, tetapi akan minum dalam tempoh masa yang kerap. Ada pula yang akan minum dengan laju dan banyak buat masa yang lama. Namun, adakah mereka telah minum secukupnya untuk keperluan mereka? Apakah petanda bayi tidak kenyang walaupun telah menyusu dengan kerap?

bahasa tubuh bayi 2

Foto Kredit: thestir.cafemom.com

5 Tanda Bayi Tidak Kenyang Walaupun Kerap Menyusu

Dalam beberapa minggu pertama selepas bayi dilahirkan, mungkin ibu berasa bingung atau tertanya-tanya sama ada bayi tidak kenyang atau mendapat susu yang secukupnya. Mana tidaknya, dalam tempoh ini kebanyakan bayi hampir ‘melekat’ setiap masa dan kadangkala masih nampak tidak puas selepas menyusu.

Berikut adalah 5 tanda yang boleh anda perhatikan.

1. Berat Badan Menurun

Setiap bulan, pantauan akan dilakukan oleh doktor dan jururawat. Biasanya setiap bayi akan mengalami kenaikan berat sebanyak 400g- 1kg setiap bulan, bergantung kepada keadaan fizikalnya.

Namun, anda tak perlu risau jika bayi anda mengalami penurunan berat badan selepas beberapa hari pertama kerana dalam tempoh ini bayi cenderung untuk kehilangan sedikit berat badannya. Namun, pastikan penurunan berat badan ketika tempoh ini tidak melebihi 10% kerana ia mungkin berpunca daripada kekurangan susu badan.

Bayi anda seharusnya mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.

bayi tidak kenyang

Foto Kredit: hyvinvointi.ts.fi

2. Kurang Menukar Lampin

Selepas 2-3 hari selepas dilahirkan, selalunya bilangan lampin basah yang perlu ditukar akan meningkat hingga 6-8 kali sehari.

Warna air kencing bayi seharusnya kuning pucat dan tidak berbau. Jika ia berwarna pekat dan berbau, ia menandakan bayi tidak kenyang dan mungkin tidak cukup susu.

Najis bayi pula akan berwarna gelap dan melekit dalam beberapa hari pertama. Selepas seminggu, najis bayi seharusnya lembut, tidak berketul-ketul, dan berwarna kuning keemasan.

Foto Kredit: https://www.psychologytoday.com

Foto Kredit: psychologytoday.com

3. Payudara Sakit Semasa Menyusu

Lekapan yang tidak betul menunjukkan bayi anda tidak dapat meminum dengan baik. Maka, ia mungkin salah satu punca bayi tidak kenyang.

Perhatikan payudara anda sama ada ianya masih penuh, terasa ‘keras’, atau cedera walaupun bayi tidak menggigit. Perbetulkan posisi anda dan pastikan anda dan bayi mendapatkan kedudukan yang selesa supaya bayi dapat menyusu dengan efisyen.

Jika anda berasa sakit setiap kali bayi mula menyusu, ini adalah tidak normal dan anda perlu mendapatkan nasihat pakar laktasi atau doktor.

Foto Kredit: babygooroo.com

Foto Kredit: babygooroo.com

4. Bayi Tak Mahu Menyusu

Kekerapan bayi menyusu badan adalah berbeza. Namun, pada umumnya setiap bayi akan menyusu sebanyak 8-12 kali sehari, iaitu setiap 2-3 jam sehari.

Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu badan yang akan anda hasilkan. Semakin besar usia bayi, semakin banyak susu yang akan bayi minum setiap kali sesi penyusuan. Dan jarak bagi sesi penyusuan juga akan bertambah.

Seorang ibu biasanya dapat mengetahui jadual penyusuan ini dan cepat peka apabila bayi kurang menyusu atau ‘mogok’. Ia mungkin disebabkan beberapa perkara seperti demam atau keliru dengan puting. Namun, perkara ini tidak seharusnya berlanjutan hingga menjejaskan pengambilan jumlah susu oleh bayi.

5. Nampak Kurang Aktif

Bayi tidak kenyang tidak semestinya akan meragam atau menangis selepas menyusu. Sebaliknya, muungkin ada yang akan kelihatan mengantuk, letih, dan kurang aktif berbanding hari-hari biasa.

Selain daripada itu, perhatikan juga jika terdapat tanda-tanda fizikal yang membimbangkan seperti warna kulit dan mata yang kekuningan dan sebagainya.

Bayi pakai bantal

Foto Kredit: momjunction.com

Susu Badan Memang Cepat Dicernakan

Sesetengah ibu risau jika bayi kelihatan tidak kenyang dengan menyusu badan dan mula mempertimbangkan untuk memberi susu formula. Lebih teruk lagi, ada pula yang memberi makanan seperti bijirin halus seawal usia 2-3 bulan. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana tindakan sebegini boleh menyebabkan kecederaan dalaman kepada organ bayi yang masih kecil.

Sebenarnya anda tak perlu risau jika bayi tidak menunjukkan tanda-tanda bahaya seperti kurang berat badan atau sakit. Kemungkinannya bayi ‘mengempeng’ kerana dia berasa selesa berada dalam dakapan anda. Atau memang dia lapar kerana susu badan amat cepat dicernakan, iaitu sekitar 2 jam selepas dia menyusu. Namun, ini adalah petanda yang baik kerana ia menunjukkan sistem pencernaan bayi berfungsi dengan baik dan normal.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×