Famili

6 Cara Selamat Elak Bayi Menggigit Semasa Menyusu Badan

840
SHARES

“Habis luka dan melecet puting dibuat dek si kecil ni. Tak tahulah nak tumbuh gigi atau apa. Pedih sungguh, rasa macam fobia nak menyusukan pun ada. Apa nak buat kalau bayi menggigit puting semasa menyusu badan ni ya?”

Sepanjang pengalaman menyusukan bayi, tentu ini adalah salah satu insiden yang takkan pernah terlepas daripada terjadi kepada ibu-ibu.

Memang kebanyakan masanya kita tak dapat menjangka. Ada yang hampir terlena, tapi tiba-tiba saja menggigit. Rasanya bukan main pedih. Ada yang sampai menitis air mata menahan sakit. Tapi, takkan nak marah si kecil yang tak tahu apa-apa?

Foto Kredit: botaebebave.com

Foto Kredit: botaebebave.com

6 Cara Selamat Elak Bayi Menggigit Semasa Menyusu Badan

Berikut adalah 6 cara yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan bayi menggigit semasa menyusu badan.

1. Lihat ‘Timing’ Bayi Menggigit

Menurut Dr Sears, kebiasaannya bayi menggigit apabila dia hampir selesai menyusu. Ada yang suka bermain-main, dan ada yang ‘curious’ ingin tahu apa yang berlaku. Jika nampak mereka sudah tidak mahu menghisap, anda boleh menghentikan sesi penyusuan tersebut.

Selain itu, ada bayi yang akan menggigit apabila dia tertidur semasa menyusu. Jika ini yang kerap berlaku, tunggu sehingga pergerakan rahangnya menjadi perlahan. Kemudian keluarkan payudara anda daripada mulutnya sebelum bayi terlena.

Petua Nipple Crack

Foto Kredit: themominmemd.com

2. Berikan Bagi Menggigit Sesuatu Sebelum Dan Sesudah Menyusu

Ada bayi yang sedang tumbuh gigi dan akan menggigit untuk membantu melegakan rasa ‘gatal’ pada gusinya.

Dalam hal ini, anda boleh memberi bayi sesuatu yang sejuk dan lembut untuk digigit sebelum dan selepas menyusu. (Contohnya ‘teether’ atau buah-buahan sejuk jika bayi sudah mula makan.)

Apabila bayi berasa selesa, maka kebarangkalian untuknya menggigit adalah rendah.

3. Keluarkan Dengan Jari Kelingking

Lindungi puting payudara anda dengan jari kelingking anda setiap kali bayi mula menggigit. Masukkan jari kelingking ini melalui hujung mulutnya dengan berhati-hati.

Dengan cara ini, bayi akan menggigit jari anda, bukannya puting payudara. Jangan sesekali menarik keluar payudara anda semasa bayi sedang menggigit kerana akan membuatkan anda bertambah sakit.

4. Elakkan Gangguan

Sesetengah bayi akan berasa terganggu dengan persekitaran. Apabila kurang fokus, mereka mungkin akan melekap pada puting payudara dengan salah dan tidak menyusu secara efektif.

Kadangkala, mereka akan menoleh untuk melihat sesuatu dan lupa bahawa payudara ibu masih berada dalam mulut mereka. Apabila mereka menutup rahang, terjadilah ‘gigitan’ yang tak disengajakan ini.

Maka, cuba hadirkan persekitaran yang tenang agar bayi anda dapat menyusu dengan lebih perhatian.

Menyusu di tempat awam

Foto Kredit: popsugar.com

5. Betulkan Posisi & Lekapan

Semasa mula menyusu, usahakan agar mulut bayi benar-benar terbuka luas. Pastikan sebahagian besar aerola masuk ke dalam mulutnya.

Dalam sesetengah kes, bayi mungkin menghidap masalah kesihatan seperti selsema atau jangkitan telinga yang membuatkannya sukar menelan. Maka, posisikan bayi dalam kedudukan lebih menegak semasa menyusu untuk mengelakkan bayi menggigit.

Foto Kredit: babygooroo.com

Foto Kredit: babygooroo.com

6. Hentikan Sesi Penyusuan

Jangan sesekali anda memarahi bayi atau menjerit sebagai protes. Sebaliknya, cuba kawal rasa sakit tersebut sebaik mungkin. Jika bayi anda terkejut, ada kemungkinan bayi akan ‘mogok’ untuk menyusu.

Anda boleh meletakkan bayi seketika dan hentikan penyusuan sebagai isyarat bahawa jika menggigit dia akan kehilangan puting. Pandang tepat ke matanya dan katakan “Jangan” dengan tegas. Menurut pakar, kebanyakan bayi boleh memahami isyarat ini.

bayi kembung perut

Foto Kredit: life2day.gr

Beri Perhatian Semasa Menyusu

Selain daripada perkara di atas, anda boleh tunjukkan reaksi positif apabila dia tidak menggigit. Berikan banyak pelukan, ciuman dan pujian kerana mungkin bayi anda hanya mahukan perhatian anda.

Jadi, pandanglah matanya dan rajinkan bercakap dengannya semasa sedang menyusu. Ia juga akan merapatkan hubungan anda berdua!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×