40 Minggu

Kalau Nak Elak Demam Kuning Bayi, Lakukan 5 Perkara Ini

797
SHARES
demam kuning bayi

Eh, bolehkah elak demam kuning bayi sejak dalam kandungan?

Yalah, ibu mana yang tidak sedih melihat bayi yang baru lahir disahkan menghidap demam kuning. Ingatkan lepas lahir, dah boleh terus bawa anak balik ke rumah tanpa sebarang masalah.

Khuatir pula kalau organ dalaman seperti hati menghadapi masalah. Mesti terfikir, macam manalah badan yang kecil dan halus ini boleh menanggung penyakit berkenaan.

Kenapa Bayi Mudah Terkena Demam Kuning?

Sebenarnya, demam kuning bukan masalah baru di kalangan bayi yang baru lahir.

Mengikut statistik, lebih 60% bayi menghidap demam kuning selepas dua atau tiga hari dilahirkan. Manakala, 80% daripada bayi yang tidak cukup bulan menghidap sakit kuning lima atau enam hari selepas dilahirkan.

Ibu-ibu semua, jangan risau. Sakit kuning ini bukan disebabkan oleh masalah limpa seperti yang dihadapi oleh orang dewasa. Tetapi, ia disebabkan darah bayi mengandungi bilirubin yang tinggi, sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh pecahan sel darah merah.

Hati bayi yang masih belum matang tidak mampu untuk menapis atau memetabolismekan lebihan bilirubin ini. Semakin tinggi bilirubin ini, semakin banyak warna kuning merebak daripada kepala seterusnya ke abdomen.

Sebab itu langkah pencegahan harus diambil seawal waktu mengandung.

Untuk Elak Demam Kuning, Lakukan 5 Perkara Ini Semasa Hamil

Ibu mengandung perlu lakukan 5 perkara ini untuk elak demam kuning pada bayi:

1. Lakukan Pemeriksaan Darah

elak demam kuning bayi

Bilirubin merupakan sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh pecahan sel darah merah. /Foto Kredit: macroevolution.net

Darah yang tak sepadan antara ibu dan bayi boleh menyebabkan breakdown sel darah yang menghasilkan banyak bilirubin.

Wanita yang mempunyai darah O+ juga berisiko. Sebab itu penting untuk lakukan pemeriksaan darah.

2. Elak Bersalin Awal

Bayi yang lahir sebelum 34 minggu berisiko tinggi untuk mendapat sakit kuning. Oleh itu pastikan anda lakukan di bawah ini untuk elak bersalin awal.

  • Elak pencemaran bahan kimia:
    Tembakau, arak, dadah, ubat daripada bahan kimia serta pencemaran boleh menyebabkan bersalin awal daripada waktunya. Bayi yang belum cukup bulan berisiko untuk mendapat sakit kuning.
  • Sentiasa tenang:
    Stres antara penyebab kelahiran pra-matang. Jadi, sentiasa tenangkan diri.
  • Pastikan tidak terdedah pada penyakit berjangkit:
    Sebaiknya pelihara diri daripada terkena penyakit berjangkit seperti herpes, syphilis yang boleh menyebabkan kelahiran pra-matang.
elak demam kuning bayi

Elak stres dan keletihan yang melampau. /  Foto kredit: thebirthpro.org

3. ‘Keep Up-to-date’ Penjagaan Pranatal

Penjagaan pranatal yang konsisten akan memastikan anda dan bayi sentiasa sihat sepanjang mengandung.

Jangan ‘missed’ temujanji dengan doktor di klinik kesihatan kerajaan atau swasta yang ditetapkan. Sebarang masalah juga dapat dikesan dengan segera sebelum bersalin.

4. Amal Pengambilan Makanan Tinggi Khasiat

Apa Makanan Ibu Mengandung Menurut Islam?

Foto Kredit: datecoop.com

Makanan berciri super food’ seperti kurma, susu kambing, madu lebah, buah delima adalah antara makanan yang sangat elok dimakan sepanjang kehamilan.

Makanan sebegini mempunyai nilai khasiat yang amat tinggi dan terbukti mampu menghindarkan bayi dan ibu daripada sebarang penyakit semasa menghampiri proses bersalin.

5. Bersedia Untuk Menyusu Badan

Seawal kelahiran, segerakanlah memberi susu badan pada bayi kerana ia dapat mengelakkan bayi terkena demam kuning.

Buat persediaan supaya anda lebih yakin untuk memberi susu badan kepada bayi. Walaupun ia kedengaran remeh, percayalah, proses menyusu badan bukanlah sesuatu yang begitu mudah. Ia sebenarnya memerlukan persediaan mental dan fizikal, terutamanya pada detik awal-awal kelahiran.

Ada ibu yang akan menghadapi masalah puting susu tersumbat, payudara bengkak, sehingga ada yang sampai demam!

Apabila badan bayi semakin mendapat nutrisi dan berat yang stabil, hatinya dapat berfungsi dengan lebih baik seterusnya menentang lebihan bilirubin.

 

elak demam kuning bayi

Foto Kredit: gspkdesign.ltd.uk

Cegah Lebih Baik Daripada Mengubati

Dengan mempunyai sedikit ilmu tentang demam kuning, anda akan berusaha untuk elak demam kuning seawalnya seperti mengamalkan cara pemakanan yang sihat.

Mesti susah hati apabila anak terpaksa ditahan dalam wad akibat demam kuning.

Selain anda, elok juga memberitahu pasangan anda supaya anda berdua lebih bersedia sekiranya ditakdirkan anak terkena demam kuning sebaik lahir. Maka, anda berdua tidak akan panik dan tahu apa yang perlu dilakukan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×