Asuh

Anak Dah Usia 6 Bulan Ke Atas Tapi Tak Ada Suara Membebel? Mak Ayah Kena Pantau ‘Red Flag’ Ini

11
SHARES
anak lambat bercakap

Mak ayah mana yang tidak sabar menantikan anak-anak yang kian membesar makin pandai dalam beberapa perkembangan seperti boleh berjalan dan boleh bercakap bukan? Namun, tidak semua dalam kalangan kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan mengikut usia yang sama. Ada anak lambat bercakap tetapi cepat berjalan dan ada juga yang sebaliknya.

Buat mak ayah yang masih tertanya-tanya mengapa anak-anak anda masih tidak menunjukkan sebarang tanda untuk ‘membebel’ dan bercakap dengan lancar, anda kena perhatikan 4 tanda amaran ini. Tanda amaran atau ‘red flag’ ini amat penting supaya mak ayah boleh dapatkan rawatan dengan cepat!

Baca juga: Cuba 5 Amalan Zikir Tidurkan Anak Ini, Setiap Malam Bayi Tidur Nyenyak Dan Tak Meragam

ANAK LAMBAT BERCAKAP, MAK AYAH KENA TENGOK 4 ‘RED FLAG’ INI

1.USIA ANAK 6 BULAN

Ketika anak berusia 6 bulan, ini merupakan fasa pendedahan kepada makanan pejal atau solid food. Walaupun ibu bapa tengah sibuk memikirkan pengenalan makanan, jangan dilupakan juga fasa percakapan mereka. Pada usia ini terdapat beberapa ‘red flag’ yang anda perlu perhatikan menandakan anak-anak akan lambat bercakap seperti:

-Tidak membebel atau membebel dalam kombinasi konsonan vowel yang terhad.

-Bayi kelihatan sangat baik dan mudah dijaga.

2.USIA 1 TAHUN 6 BULAN

Kebanyakkan kanak-kanak pada usia 1 tahun 6 bulan ini sudah pandai mengorak langkah dan berjalan secara perlahan. Ada juga yang perkembangan berjalan dan bercakap ini seiring dan ada juga tidak. Apa yang anda perlu pantau adalah:

-Jika anak tidak mennghasilkan bunyi.

-Tidak menghasilkan satu patah perkataan.

-Tidak dapat mengikut arahan dengan mudah.

3.2 TAHUN 6 BULAN

Ramai dalam kalangan kanak-kanak dilihat sudah fasih dalam percakapan pada usia ini. Ada yang sudah pandai ‘pot pet’ sampai 24 jam tidak berhenti. Namun, penting untuk mak ayah perhatikan kalau anak:

Tidak menghasilkan dua patah perkataan yang bermakna seperti ‘nak susu’.

4.3 TAHUN 6 BULAN

Inilah yang paling dirisaukan oleh mak ayah kalau anak dah berusia 3 tahun masih tidak mengeluarkan suara atau lambat dalam menuturkan perkataan. Antara tanda yang anda perlu perhatikan adalah:

-Tidak menghasilkan tiga patah perkataan yang bermakna seperti ‘adik nak susu’.

-Sukar untuk memahami butir bicara dalam perbualan sekurang-kurangnya 75%.

anak lambat bercakap

Empat jenis ‘red flag’ yang disenaraikan ini adalah sangat penting untuk dipantau kerana ramai dalam kalangan mak ayah yang terlepas pandang. Kalau mak ayah tak bertindak semasa anak berada di ‘red flag’ pertama, anda boleh lakukan rawatan pada tanda kedua. Penting juga untuk mak ayah tahu bahawa jika anak mempunyai masalah pendengaran jua boleh membawa kepada masalah ‘speech delay’ ini.

Perhatikan juga penggunakan Konsonan Vowel (KV) anak-anak adalah pelbagai atau tidak. Antaranya adalah ‘mamapapadada’ atau hanya ‘mama papa’ sehingga usia mencapai 3 tahun. Yang penting, bukan mak-mak sahaja yang kena kuat membebel, anak pun kena kuat membebel ya.

Sumber: Hasniza Fauzi, Kids Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×