Asuh

Guna Teknik Deria Ini Untuk Jadikan Anak Lebih Bijak Dalam Setiap Segi, ‘All Rounded’!

84
SHARES

Ibubapa mana yang tidak inginkan anak yang bijak? Tetapi, anda kena sedar bahawa terma ‘anak bijak’ ini perlulah dipupuk dan dididik dengan sebaiknya oleh ibubapa. Janganlah pula anda menganggap bahawa anak akan bijak mengikut keturunan sahaja, malah jadikan kelebihan ini sebagai salah satu cara untuk menambah kebijaksanaan dalam diri anak-anak. Buat ibubapa yang masih mencari cara untuk meningkatkan kepantasan minda anak-anak tu, apa kata anda cuba teknik deria ini untuk merangsang minda mereka. Mesti menjadi!

adweek.com

NAK ANAK BIJAK

Kadang-kadang saya garu kepala bila, Anak lelaki, semua mainan kereta. Anak perempuan, semua mainan anak patung.  Dalam merangsang perkembangan anak, pemilihan mainan sangat penting terutamanya anak bawah 2 tahun yang permainannya terhad dengan apa yang diberi dan apa yang ada.

http://www.parents.com/

Tidak perlu 1 rak mainan kereta untuk anak lelaki tetapi tidak ada 1 pun mainan masak-masak. Yang ada anak perempuan, tidak perlu pun penuh katil dengan teddy bear tetapi tiada mainan kereta. Semua mainan penting. Ramai yang bertanya saya, mainan apa yang paling bagus untuk anak umur bawah 2 tahun. Jawapan saya, apa apa mainan pun bagus selagi tak bahaya.  Asalkan dapat merangsang perkembangan anak, macam mana nak merangsang perkembangan? Dengan merangsang semua deria.

Ada 7 jenis deria yang perlu dirangsang sejak lahir kalau nak anak pandai dan bijak

http://www.luxrysale.com/

1. Sentuhan.
2. Keseimbangan dan pergerakan.
3. Sendi.
4. Visual.
5. Auditori.
6. Rasa.
7. Bau.

Maka, pemilihan mainan yang pelbagai sangat penting untuk merangsang semua deria. Otak anak bawah 2 tahun macam span, menyerap segala benda dan jangan terkejut jika kita merangsang semua deria dengan optimum dan cukup. Kesannya sangat memberangsangkan, malah anak cepat “tangkap” apa-apa input yang diberi kepadanya.

http://www.lifeway.com/

Kalau nak anak bijak, bukan dengan mengajar membaca seawal lepas lahir ya. Tetapi dengan merangsang deria-deria, dan cara yang paling bagus untuk mengajar anak benda baru adalah dengan menggabungkan semua deria yang ada. Contohnya nak ajar buah epal, daripada guna flashcard epal lebih baik guna epal yang betul kerana jika flashcard ia hanya menggunakan 2 deria sahaja iaitu pendengaran dan penglihatan. Jika kita beri buah betul, ia secara tak langsung menggunakan semua deria.

GUNA DERIA SUPAYA ANAK BIJAK

http://parklandplayers.com/

1. Sentuhan, anak pegang tekstur dan bentuk epal.
2. Auditori, anak dengar perkataan epal.
3. Visual, anak lihat buat epal.
4. Bau, anak bau epal.
5. Rasa, anak rasa epal.
6. Sendi, anak pegang epal dan agak berat epal.
7. Keseimbangan, anak cuba seimbangkan badan dan tangan semasa memegang epal.

http://www.friendshipcircle.org/

Teknik ini juga sangat berkesan untuk anak yang lewat bercakap (speech delay). Tetapi, berapa banyak mainan yang ada pun tak boleh tandingi “mainan” mak ayah yang meluangkan masa bermain dengan anak. Kepada mak ayah yang ada anak bawah 2 tahun, mohon sangat-sangat untuk luangkan masa bermain untuk anak. Tiada guna beli mainan berbakul-bakul tetapi “tiada” mak ayah yang bermain bersama.

Semoga bermanfaat, terima kasih.

Artikel ini adalah hasil perkongsian dari Maryam Jamadi, Occupational Therapist dan Founder Beyond Home Therapy di laman Facebooknya.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×